Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 20 buat anakanda Mohamad Talhah, moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg berpanjangan, menjadi anak yg soleh yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan keluarga dan semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aamiinn..
Pesan mama dan abah, pandai2lah menjaga diri sepanjang berada di perantauan, taat perintah Allah dan hormat sesama insan. Sentiasa ingat jati diri walau dimana jua anakanda berada. Akhir kata, Mama,abah dan keluarga sangat2 merindui dan menyayangimu. InsyaAllah raya nanti kita bertemu jua, alangkah indahnya saat itu. Moga Allah memperkenankan doa hambamu ini. Aamiin ya rabbal alaamiin...
**Pagi tadi buka fb ternampak anakanda Talhah post gambar apam polkadot yg dibuatnya sendiri sempena hari jadinya. Gembira dan terharu dibuatnya. Walau tak secantik mana, tapi kesungguhannya yg ingin menunjukkan sesuatu hasil air tangannya pada mama, membuatkan hati ini tersentuh. Sabar ya nak, bila balik M'sia nanti mama buatkan apa saja yg Talhah nak.
