Monday, June 4, 2012

Ayam Goreng Seri Wangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak ayam lagi. Kalau menu ayam ni mmng tetap laku kat rumah ni, lebih2 lagi Hamka...suka betul kalau lauk ayam. Maunya bertambah2 dia makan. Kadang2 tu baru sejam makan dah rasa lapar lagi. Nasib baiklah dia suka makan sayur, tu yg tak kisah sangat....kira makan seimbanglah ya. Ok, kali ni saya nak kongsikan resepi ayam yg mudah dan sangat sedap. Haruman daun limau purut, serai dan bunga kantan membuatkan masakkan ini sungguh sedap dan menyelerakan betul. Terima kasih pada Kak Ummi kerana mewar2kan resepi yg best ni. Menurut Kak Ummi, resepi asal adalah dari Chef Wan dan Mat Gebu lah yg memperkenalkan resepi ni pada Kak Ummi. Pada kawan2 yg pening nak masak apa dngn ayam tu, bolehlah cuba resepi ni, tak rugi mencubanya..mmng sedap sangat. Jom semak resepinya..



Bahan-Bahan
  • 4 dada ayam - dihiris kecil (Yatie guna 1 ekor ayam sederhana dan potong kecil)
  • 2 batang serai - dihiris halus
  • 1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
  • 10 biji cili padi - dihiris halus, nak pedas boleh tambah lagi
  • 1 labu bawang besar-dihiris halus (Yatie tambah)
  • 2 ulas bwng putih- dihiris halus (Yatie tambah)
  • 1 inci halia- dihiris halus (Yatie tambah)
  • 2 sudu besar pes tom yam
  • 60 ml air
  • 1 camca teh madu (akak letak lebih sikit, Yatie pun sama)
  • 1 1/2 camca besar mayonis
  • 3 helai daun limau purut
  • minyak masak secukupnya
Bahan Perap:-
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telor saiz kecil - dipukul sikit
  • garam
  • 3 camca besar tepung jagung
# Ayam diperap dengan bahan perap selama 15 minit.

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali untuk goreng terendam isi ayam tadi. Goreng hingga garing dan angkat, toskan.
  2. Panaskan pula sedikit minyak dalam kuali, tumis serai, bungan kantan, cili padi dan pes t0myam hingga harum.
  3. Masukkan air, madu dan ayam, kacau rata dan seimbangkan rasa. Tutup api.
  4. Masukan mayonis dan daun limau purut. Gaul rata dan hidangkan.

12 comments:

  1. salam Yatie,nampak sedap je ayam ni boleh try nnt macam ayam goreng tomyam lah ni kan mesti sedap masam2 manis rasanya kan..

    ReplyDelete
  2. asslm kak Yatie...sedapnye tgk ayam goreng serai ni...mesti harum masakannye...myelerakan..pasti akan dicuba nti ni...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akak...
    memang nmpk menyelerakan ler ayam tu akak... sedapnya nie makan lg ngan nasi putih yg panas2 tu.. mmg sedap!!!

    ReplyDelete
  4. mmg menjilat jari sekali pandang..macam2 diapunya bahan untuk ayam ni,mesti enak punya kan..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, emm masuk blog sinar kehidupan rasa macam masuk kedai makan rasanya...! Sedap2

    ReplyDelete
  6. Assalam Yatie cayanggggg, muaaahhh... Amboi harum wanginya bau ayam...dah la tu, sedap ayam ni kan... maklumlah resepi Chef Wan kan, kaannn... ^__^

    ReplyDelete
  7. Wah..sungguh menyelerakan..konpem makan nasi banyak..

    ReplyDelete
  8. Salam, nampak menyelerakan. Nanti cuba. Sila ke blog saya di http://cooking-engineer.blogspot.com/ boleh kita berkongsi resepi. I already add your blog in my bloglist. Hope you do it the same to mine. Thanks.

    ReplyDelete
  9. salam ziarah kak yatie...dah bertahun jadi silent reader kak yatie...salam kenal kak...

    ReplyDelete
  10. Saya dah coba dah recepie ini.. Memang sedap suami saya ckp.. Terima kasih for the simple receipe..

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap.nak try lah.anak saya mmg suka makan ayam.nk cuba resepi baru ni.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails