Tuesday, May 29, 2012

Kek Kukus Keju Lapis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Moga hari2 yg ceria buat teman2 yg di sayangi. Petang ni saya nak kongsikan bersama resepi kek kukus keju lapis yg saya buat hari ahad lepas. Masa tu kakak dan makcik saya nak datang rumah, so fikir punya fikir...buatlah kek kukus ni. Disamping tu adalah menu sampingan yg lain. Sebelum ni pernah buat diSINI, mmng sedap sangat. Kali ni nak cepat cuma guna 2 perisa dan pewarna je. Pada kawan2 yg belum cuba tu, bolehlah cuba resepi ni, mmng sedap. Terima kasih pada Dayang Jack kerana berkongsi resepi ni. Izinkan Yatie kongsikan sekali lagi resepinya disini ya. Kali ni Yatie guna ikut sukatan butter, whip krim dan krim keju yg sedia ada, so mudah kerja. Pada kawan2 yg nak mencuba tu, bolehlah guna resepi asal atau sebaliknya ya. Kedua2nya saya dah cuba, mmng tak banyak beza...yg penting menjadi dan semestinya sedap sangat...moist je kek ni.





bahan-bahan: loyang 9 atau 10 inci
  • 250 g tepung gandum (diayak)
  • 7 biji telur A pd suhu bilik (diasingkan putih dan kuningnya)
  • 250 g gula halus (dibahagi dua)
  • 2-3 sb susu pekat manis
  • 300 g mentega (pada suhu bilik)-Yatie guna 250 gm je
  • 260 g krim keju (pada suhu bilik)-Yatie guna 250 gm
  • 260 ml krim putar / whip cream- Yatie guna 200 ml
  • sedikit pandan emulco/pes pandan
  • sedikit esen vanilla
Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
  2. Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan 1/2 daripada gula halus sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul mentega, keju dan susu pekat hingga gebu. Kemudian masukkan lebihan gula tadi dan putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan kuning telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  5. Kemudian, satukan adunan dengan meringue tadi dan sebatikan.
  6. Masukkan krim putar dan tepung secara berselang seli hingga habis. Putar lagi hingga rata.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Setiap bahagian dicampurkan dengan pes pandan, p dan pewarna kuning+esen vanilla (boleh juga menggunakan pewarna/pes yang lain mengikut kegemaran masing-masing). Kemudian setiap adunan tadi dibahagikan lagi menjadi 3 bahagian.
  8. Tuangkan lapisan hijau ke dalam loyang dan ratakan. Tutup loyang dengan kertas foil tetapi biarkan ia longgar sedikit. Kemudian kukuslah selama 10 minit atau hingga adunan dah tak cair.
  9. Tuangkan lapisan kedua (kuning), dan kukus lagi selama 10-12 minit. Ulangi proses hingga habis. Setelah ke lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-30 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  10. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dikeluarkan daripada loyang.

**Utk adunan diatas Yatie gunakan 1 3/4 cwn tepung je sbb guna butter, krim keju dan whip krim yg asal.

19 comments:

  1. cantiknya k.yatie kek lapis ni..mesti sedap nih..

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie..

    Cantik warna kek tu walaupun dua warna jer... ni warna bendera Kedah ni... Hidup Kedah ..ehe Agong kita sekarang...

    Memang gebu lah nampak kek ni.. saya mohon share resipi ye ^__^

    ReplyDelete
  3. Yatieeeeeeeeee cayangggg....pas sini sikit...adeeeii rajinnya dia....sedap sungguh nampak...nak buat gak la nnt....bila eks...hehe..ada baki hulur2 la kat akak yeaa...

    ReplyDelete
  4. Salam Yati cayang!!!

    mama like byk2 kali hehehe
    cantik warna hijau & kuning.. serasi g2
    ada lagi tak??? mintak lah septg 2 hehehe

    ReplyDelete
  5. as-salam kak Yatie
    cantiknye warna kak Yatie kek kukus keju lapis tu..mesti sedap kek lapis ni...

    ReplyDelete
  6. Sedap nya nampak ni.... bila lah nak buat. Kaler pun menarik lah.

    ReplyDelete
  7. mengancamnya nampak.. tentu sedap ni kan..

    ReplyDelete
  8. Salam kak Yatie...

    duhhh..ijau kuninnn...kedahhh ooo...hehe.dap la kak yatie..wajinnya..yummy..

    ReplyDelete
  9. nmpak cam sedap la kak..
    nak try la nanti nie...
    copy resepi dulu ye...mekasih...:)

    ReplyDelete
  10. Salam Cayang Kak Yatieee... wahh bestnya... nanti sha nak cuba... tapi bab kena putar telur putih tu yang lemah... hehehe

    ReplyDelete
  11. wahhhhhhhh
    cantiknya...
    pandai kak yatie bt kek kukus..

    ayu mmg tak reti..
    ayu hulur piring kosong lagi

    ReplyDelete
  12. Salam Yati.cantik kombinasi warna kuning hijau kek lapis kukus keju ni...nampakpun moist.tengok bahan2nya ada whip..cheese..susu pekat...sudah pasti sedappp....
    re; Yati...mmg betulkan apa2 yg letak pisang mmg best.kek pisang resepi k.Ummi tu mmg sedap dan lembut....

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap dan lembut kek lapis kak yatie nih..nengok bahan dah dpt imejin kesedapan dan teksturnya..nyumm2..rajinlah kak yatie nih ^_^

    ReplyDelete
  14. Assalam kak Yatie, rajinnya akak buat kek lapis ni...cantik jer warna dan lapisannya tu...:)

    ReplyDelete
  15. As'salam Yatie ...

    Cantik dan gebus nyer !! Nampak moist sangat, Mesti sedap nie..
    Ada lagi x?
    Nina nak 2potong.... hehehe . . .

    ReplyDelete
  16. auwwww suka ni letak keju plak ekkk
    sure lagi sedap ni
    akak nk tips mcm nak x nak kasi ada lubang2 jerawat tue....ayu bab kek kukus ni mmg x pernah buat kecuali kek kukus choco horlicks tue ngeee...

    ReplyDelete
  17. kek lapis cis vrsi kukus..selalu mkn yg bako je..cantik je lapisan tu kemas.terrer lah kak yati melapis..:)

    ReplyDelete
  18. Kalau dibakar boleh x? Berapa lama 4 each layer & suhu berapa?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails