Friday, May 4, 2012

Kek Puteri Dangdut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kejap je nak cuti lagi. Walau cuti sabtu ahad, tak bolehlah waktu dibiarkan begitu je ya adik2. Ambil peluang mengulangkaji pelajaran sebab minggu peperiksaan dah nak bermula. Elok rasanya buat persediaan awal supaya tak kelam kabut nanti. Minggu depan Hamka periksa sekolah agama, jadi kena beri perhatian lebihlah sebab semuanya dlm bahasa jawi...mmng mencabar betul. Baru darjah 1 sklh agama, so mmng tak lancar sangatlah baca jawi...jadi kita jadilah guru untuknya.

Ok berbalik pada resepi kali ni, inilah kek yg saya buat minggu lepas. Lama dah mengidam nak buat dan merasa kek puteri dangdut ni. Bila tngk pada bahan2 dah dapat agak mmng sedap kek ni, lagipun letak horlicks, mmng saya suka sangat kalau kek yg ada horlicks ni...terasa harum dan lemak je. Mula2 tu terbantut gak nak buat kek ni sebab takde browning sugar/gula hitam. Saya pun ikutlah cara2 yg diajar oleh HaSue di myresepi. Boleh buat sendiri rupanya. Saya pun cubalah buat gula hitam ni sendiri, dlm hati dok fikir..kalau jadi gula hitam ni, maka jadilah Kek Puteri Dangdut ni, kalau tak jadi gula hitam ni...maka tak jadilah kek yg diidamkan ni.

Alhamdulillah, menjadi dngn jayanya browning sugar/gula hitam tu. Bila dah betul2 sejuk, barulah saya mulakan projek membuat kek puteri dangdut ni. Uwaaaa..tak sabar nak menunggu 2 jam tu. Bila dah kukus tu, kejap je pulak rasanya, maklumlah sambil kukus kita buat projek lain...tu yg tak terasa sangat lamanya. Kali ni tak sabar pulak nak tunggu sejuk....hah3, mcm budak2 kecik je, maklumlah tak pernah buat kek ni, jadi mmng teringin sangatlah nak merasa, lagipun guna gula hitam yg di buat sendiri...pastilah tak sabar yg amat sangat...kan..

Terima kasih HaSue berkongsi resepi kek dan browning sugar ni. Kini akak dah berjaya buat kek yg diidamkan, tapi taklah secantik kek HaSue. Lenkali akak akan cuba lagi supaya lebih cantik lagi kejadiannya. Kek ni sedap sangat seakan2 kek gula hangus pun ada, di tambah lagi dngn haruman horlicks tu...wallaweyyyy sedap sangat. Saya mmng suka kek yg lembut2 dan moist mcm ni. Pada kawan2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah mencubanya...Jom tngk resepinya.



Browning sugar yang Yatie buat sendiri

Bahan-bahan ( loyang 8"x8"x3.5" )*sukatan gelas 200ml
  • 450g mentega berkualiti
  • 1 gelas gula halus -boleh kurangkan ke 3/4 gelas
  • 10 biji telur
  • 1 gelas tepung gandum
  • 2 gelas horlicks
  • 1 tin kecil susu manis
  • 1 botol browning sugar - kalo takde boleh rujuk SINI
Cara-cara
  1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang/putih
  2. Masukkan telur satu persatu (pukul sekata baru masukkan telur seterusnya) hingga habis..
  3. Masukkan pula tepung gandum,horlicks dan susu pekat manis satu persatu sambil di adun rata. Setelah sebati,masukkan browning sugar dan kacau hingga warnanya sekata..
  4. Masukkan adunan ke dlm loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung atau loyang dlapik kertas minyak.
  5. Pastikan pengukus sudah mendidih. Tutup loyang dgn aluminium foil(jgn ketatkn kerana kek akan naik ketika dkukus)cukup skadar utk mengelakkan air kukusan menitik dpmukaan kek.selain tu,boleh juga ltk kain di atas penutup pengukus utk mengelak hal yg sama berlaku.
  6. Kukuslah adunan kek selama 2 jam ke atas(org kate,lg lama kek tu dkukus,lagi thn la kek tu)..tp sy kukus selama 2 1/2 jam jer.dah sehari semalam kat luar,simpan dlm pt sejuk..mmg thn lama. SELAMAT MENCUBA! :)

14 comments:

  1. amboiii Kak Yatie...kemain lg nama kek ni...pasti akan bjoget dangdut ni bile mkn kek ni..hehehe...ape2 nmpk sedap n nmpk moist sgt...

    ReplyDelete
  2. perhhh...mengancamnya nama kek tu..
    terasa nak berjoget dangdut lak..he3
    tengok kek tu memang menggodaaaaa..
    masukk list dulu..

    ReplyDelete
  3. Sedap nama kek ni...pasti rasanya pun sedap.

    ReplyDelete
  4. salam k.yatie..ain pun mengidam kek ne jg ms lepak kat dapur k.hasue tapi xtercapai lagi hasrat nak buat..bestnya..kek serawak ni mmg jd idaman lah..

    ReplyDelete
  5. mesti sedapnie..kita belum ada kerajinan nk wt kek kak..adduusss entah bila la angin rajin nie nk dtg.:)

    ReplyDelete
  6. dangdut santai..hehe..pastu makan2 kek ni.Mesti dah tak perasan habis sepinggan..

    ReplyDelete
  7. salam kak yati, mmg nmpk menggoda kek tu, mst sedap kan...nnt senang2 Liza nk try jugak la...thnx yer kak

    ReplyDelete
  8. salam dek yatie manis...

    t.kasih ucapan buat liayana ya...
    mama tak sempa t buat kek.. cuma bua t bingka labu jer hehehe..
    tahniah pandai buat browning sugar tuu..
    kak ilah selalu beli dgn kwn2 di sarawak jer... dulu pernah gula terhangus 1 kilo tapi kak ilah buang.. kalu simpan boleh dijadikan gual tu...cuma tambah air jer kan.. huhuu.. mana kak ilah tahu lagi masa tu 12 thn lepas lama tuuu..blog masak belum wujud...hehehe

    ReplyDelete
  9. wah nampak sedap kek tu ala2 dangdut
    kalau rajin tu mehlah singgah blog akak

    ReplyDelete
  10. Yatie,
    bila masanya nak berdangdut tu... sebelum, semasa atau selepas siap kek tu... he he heh lepas makan kek jangan terus dangdut ye, nanti berguguran semua ha ha hahh

    ReplyDelete
  11. Akak..dah lulus dah tuu..akak buh berapa sudu browning sugar tu?hehe..kalo nak gelap lg leh tmbh b.s tu lg kak..insyaAllah x pahit..
    Trm kasih sbb berani mencuba..lega sy sebab akak buat menjadi..maklum la org berbakat beso kan.hehe.. nak sepotong bleh x kak?ngee

    ReplyDelete
  12. Mm..kek ni nampak sedap,teringin saya mencubanya.Nanti saya minta ibu membuatnya.Boleh saya bertanya sedikit,kek ni mmg x letak serbuk penaik atau soda bikarbonat ke?

    ReplyDelete
  13. yg ni kek kegemaran n sgt sdp...tp kat semenanjung memang susah nk dpt browning sugar. time study kat UTM, puas mcari browning sugar tp xjumpa. syukur kat sarawak jer ada :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails