Wednesday, May 2, 2012

Cucur Kentang Bombastic

Assalamualaikum dan selamat petang kawan2 semua. Hari ni kita layan menu minum petang yg sangat mudah tapi sedap sangat. Biasanya sebut jemput2 je, kali ni sebut cucur pulak..tak salah kan..kalau salah tu betulkan sendirilah ya. Resepi ni sebenarnya asal dari cucur nasi yg saya buat sebelum ni, ianya mmng sedap dan tetap lembut walau dah seharian. Bila guna kentang rebus ni pulak, tetap lembut juga...mmng sedap betullah sebab tu di namakan cucur kentang bombastic...mmng DeBoommm. Kentang ni pun gara2 saya rebus banyak semalam. Bila tak habis tu, jadilah menu yg yg satu ni. Biasanya buat bingka kentang atau donut kentang, tapi kali ni saya blend dan jadikan cucur/jemput2....wallaweiii enak banget. Pada kawan2 yg nak merasa tu, cubalah..pasti tak mengecewakan. Jom semak resepi mudah ni.



Bahan-Bahan

  • 2 cwn kentang- yg telah di rebus dan toskan
  • 2 cwn air
  • 1/2 biji bwg besar*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1 tangkai cili merah*
  • 1/2 cwn ikan bilis*- buang kotoran, cuci dan toskan(*bahan2 di kisar halus)
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend kentang rebus bersama air, masukkan sekali ikan bilis, cili merah, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

13 comments:

  1. sekarang memang musim hujan...makan cucur + kopi..perghh!!.

    ReplyDelete
  2. sayaa pernah buat jugak kak yatie mcm ni.mmg anak2 sukeee bangat. sebab bila kentang tu saya dadukan jadi jemput diorg kurang suke, tapi kalau yg dah direbius tu suke la pulk. hehehe

    jemput ke cucur ke sama jek la kan. kalau tempat saya lagi la.. semua bentuk cucur ke jemput ke semua panggil cekodok. hehe

    ReplyDelete
  3. Kak Yati.. wah wah petang ini di saji kan cucur kentang bombastik.. seremban hujan hari ni.. perut lapar bukak je blog nampak entry ni.. sedap nya

    ReplyDelete
  4. kak yatie...
    sedapnya tengok cucur kentang tu..
    nampak lembuttt jerk..

    ReplyDelete
  5. Assalam Dik Yatie...Akak pun suka cekodok yang lembut2 ni...tapi Hubby pulak suka yang keras dan ranggup....lain orang lain seleranya....kalau Watie...jenis yang lembut nilah yang senang nak makan!

    ReplyDelete
  6. mesti sedap nie, tengok pada nm pun dah membayangkan yang cucur nie sedap n lembut..esok leh buat tok sarapan pagi nie..tq kak

    ReplyDelete
  7. SAlam Kak Yatie.. wahh memang bombatic ni... hebat kejadian dan rasanya..sha tak pernah lagi cuba cucur nasi.... Insyallah nanti nak cuba..

    ReplyDelete
  8. Salam kak yatie! waaaaaaa, namanyer yg boombastic tu mesti rasa nyer double boom ni kan kak hihihi... lama sgt tak buat jemput2 :D

    ReplyDelete
  9. Salam mesti sedap bombastic...nanti saya teringin nak cuba gak bila ada kentang rebus selalunya kita guna kentang yang di parut saja buat cucur.

    ReplyDelete
  10. kak!!! sehari nk mengguda ai tk sah ek? saya penah buat tp kerat kenit2 kentang tu, nnti nk try cm akak ni...tkpun bak saya acu cuba terai test betul ke dak boombastik cucur akak ni..

    ReplyDelete
  11. nampak pun menyelerakan kak yatie...kena try nih...

    ReplyDelete
  12. Wahh resepi kak yatie lbih kurang dgn resepi yang saya dapat dari org jawa. Org jawa mmg suka letak kentang dalam cucur.. Tapi resepi dwng tambah carrot dengan taugeh kadang2 kucai. mmg sedap.. tambah2 kalau cicah dengan sos cili buatan sendiri. ;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails