Wednesday, February 1, 2012

Chocolate Fudge Brownies

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni anak saya Seri teringin sangat nak makan brownies. Petang tadi saya buatlah atas permintaan dan mcm biasalah kalau kek/kuih/brownies yg berkaitan coklat mmng kegemaran Seri. Kalau Dina pula sama macam selera mamaNya suka kuih kukus2. Oklah kita terus semak resepi yg mudah dan sedap ni. Resepi asal siapa lagi kalau tak Kak Wan yg mmng serba boleh tu. Saya kagum betul dngn kebolehan Kak Wan ni. Kebanyakkan kuih, kek atau masakan hasil air tangannya mmng memikat selera. Terima kasih Kak berkongsi resepi yg best ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya.



Bahan-bahan
  • 310gm mentega (Yatie guna 1 1/4 cawan)
  • 160gm serbuk koko
  • 400gm gula kaster
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 5 biji telur - di kocok ringan
  • 200gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 cawan chocolate chips (gaul dengan sedikit tepung)
  • Hirisan badam secukupnya untuk hiasan (Yatie ganti coklat chips putih)
Loyang 10 x 10" di alas dan di gris

Cara-cara :
  1. Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan serbuk koko dan gaul rata.
  2. Masukkan gula, esen vanila dan telur, gaul sebati.
  3. Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga bergaul rata. Masukkan chocolate chips, gaul rata.
  4. Tuang di dalam loyang, ratakan dan tabur dengan hirisan badam.
  5. Bakar di dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 30 - 40 minit.

11 comments:

  1. salam yatie.Untungnya anak2 yatie yg punya mak yg setia melayan selera anak2nya.Ada lg tak?atie dtg bawak tupperware nih..hihi

    ReplyDelete
  2. Salam. Kak Yatie, sedapnya.. Tadi tengok brownies juga kat blog Kak Izzah.. Terliur dibuatnya..

    ReplyDelete
  3. asslm...sedapnya tgk brownies ni...rmi pula yg buat semenjak dua menjak ni...hehehe....

    ReplyDelete
  4. salam kak yatie..emm sedapnya kak...tadi nampak kat dapur alongroz kek cekelat..kat dapur akak lak brownies...adoyai,pepagi lagi dah meleleh liur..hihihi

    ReplyDelete
  5. AS-SALAM KAK Yatie
    memang mengancam Chocolate Fudge Brownies tu... menarik dipandang dan sedap dimakan...

    ReplyDelete
  6. bile tengok gamba ni.. sedapnya.. tu lah yg terkeluar dr mulut.. hehehe.. bile la nak cube ni..

    ReplyDelete
  7. blom pnah try buat brownies...tp tgk kak yatie buat ni kita pun rs nak try...

    ReplyDelete
  8. auwwww .. feberet kita nih. meh sepiring yatie.

    ReplyDelete
  9. kak yatie...rajinnya buat brownies...
    mehhhh sikit...

    ReplyDelete
  10. Ade je menu yg best dr akak nie..bila pulak nk ku buat..lama dan selalu sudah berangan nak buat brownies, tapi lom nyempat je.

    ReplyDelete
  11. kalo kita kurangkan koko tapi kita masukan dark chokelat yg di cairkan rase nye ok ke?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails