Tuesday, January 31, 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Petang ni kita layan menu omputih pula. Sebenarnya saya buat Cotton Soft Japanese Cheesecake ni 2 hari lepas. Masa baru keluar dari oven tu, anak2 tak sabar nak merasa. Saya terpaksa sembunyikan dulu sbb nak tunggu betul2 sejuk dan nak letak blueberry topping. Dah lama berangan nak buat mcm tu, asyik tak kesampaian je, belum sempat di hias dah habis kek yg sedap tu. Biasanya buat kosong mcm tu je dan kawan2 boleh lihat di SINI. Kali ni saya hias sikit.....bila makan tu, fulamakkkkk sedap sangat dan nyaman je lalu kat tekak ni...terasa mcm kek yg beli kat kedai tu.

Terima kasih pada penyumbang resepi asal Alma kat myresipi dan saya kopipes dari blog Kak Ummi. Pada yg belum mencuba tu bolehlah cuba..mmng berbaloi. Tak tau nak cakap mcmana lagi betapalah sedapnya. Jom kita semak resepinya.



Bahan-bahan ( 8-inci )

Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara:-

Utk adunan A:
  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.
  2. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
Utk adunan B:
  1. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy).
  2. Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). (*akak pukul lebihkurang 7-8 minit)
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau sampai sebati.
  4. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  5. Bakar kek dlm kira-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.
#Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga separuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air x masuk esp. springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

Topping Yatie guna resepi AlongRoz.

TOPPING:
  • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
  • 30ml Air
  • 150g Blueberry pie filling
Caranya
  1. Campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.

15 comments:

  1. Asmkm Kak Yatie. Sedap tu kek. Meh tukaq dgn roti sue meh. .Heeee

    ReplyDelete
  2. salam kak yatie.. mmg sedap sgt2.. tun baru buat sekali kek nih. xpuas makan! mmg iA akan ada ulangan lagi..

    ReplyDelete
  3. kakna belum cuba lagi...
    kena cuba ni.

    ReplyDelete
  4. sedapnya. Lama dah tak buat cotton cheese cake ni...

    ReplyDelete
  5. Kak yatie mmg nmpk sedap sgt,ngan toping leleh2 lagi tuh..Fuhhh xtahan..Hamka suka juga ke kek yg bukan kale ijo nih kak,hehe..Akak kek nih rasa sama ngan light n slice ciskek x..Sbb yg dua tuh dah pernh wat,mmg sedap,yg nih pon sure rasa lbh kurang kan..

    ReplyDelete
  6. oven tu tak perlu panaskan dulu ke? tq

    ReplyDelete
  7. salam Yatie..
    Alahai tergoda dan digoda rasanya...
    macam mana nak diet macam ni..

    ReplyDelete
  8. salam yatie...sedapnya mkn cotton soft japanese cheesecake ni sambil layan lagu maher zain...hihi

    ReplyDelete
  9. wowwwwwwwwwwwwwww
    mmg bijak kakakku sorang nie..
    nak juga tumpang mkn.

    ReplyDelete
  10. K.Yatieeeeeeeeeeeee....seksi laa akk nyer CSJC nehhh...bikin hati nk wat skang jugakkk....huhuhuuhuh

    ReplyDelete
  11. salam kak..mmg sedap japanese cotton ciskek alma ni...syok kunyah, lembut je kan.. :)

    maceh eh kak atas ucapan tahniah tu.. teruskan berblog, mana tau esok lusa giliran akak pulak.. :)

    ReplyDelete
  12. As Salam Yatie. Nak tanya kenapa kadang2 kek di atas yg saya buat tak menjadi? Kek saya jadi dua lapis, yg atas lembut tp yg bawah keras. Harap Yatie boleh share some tips. Thanks.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails