Wednesday, February 15, 2012

Ayam Ala Bali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni masak ayam ala2 bali sbb teruja tngk kat blog Diana. Ramai kawan2 yg dah mencuba termasuklah Mas, K.Nor,Izah dan Zaliedana. Semuanya kata sedap dan pada saya sememangnya sedap, rasanya seakan2 ayam masak merah juga. Masakan ni sesuai di makan bersama nasi kegemaran. Pada yg nak merasa tu bolehlah mencubanya. Terima kasih Diana berkongsi resepi yg best ni, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.


Bahan² :
  • 950 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  • 1 inci halia _ dihiris
  • 1/2 inci lengkuas _ dihiris
  • 2 batang serai _ dihiris menyerong
  • 2 - 3 helai daun limau purut _ dimayang / dicarik²
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan² Kisar ( Kisar menggunakan food processor )
  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili kering ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing² )
Bahan² A :
  • 2 tbsp ABC soy sauce
  • 2 tbsp sos tomato Maggi
  • 2 tbsp sos cili Maggi
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Gula merah secukup rasa _ boleh juga menggunakan gula melaka
  • Garam jika perlu
Cara memasak :
  1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak yang banyak.. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tu tadi.. tinggalkan sedikit minyak tu untuk menumis ) dan tumis bahan² kisar hingga terbit aromanya.
  4. Kemudian masukkan halia dan lengkuas.. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
  6. Tambahkan bahan² A dan gaul rata.
  7. Setelah mendidih dan sedikit pekat.. bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
  8. Masak seketika dan sesuaikan rasa.
  9. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.

9 comments:

  1. salam yatie..nampak sedap ayam masak ala bali ni.kat umah ni klu anak2 ada mmg hari2 mkn ayam.Klu depa dah blk asrama...atie ngan HB lbh suka beli ikan,udang,sotong/daging jer sbb dh jemu mkn ayam time anak bercuti..:D

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak yatyie cayang...
    terima kasih kerana sudi mencuba resipi ayam ala bali nie...Alhamdulillah.. gembira dpt tau akak suka.. :)

    ReplyDelete
  3. rupanya ala ala masak merah kan..nanti nak cuba jugaklah.Jika makan dgn nasi yg ada perisa lg sedap kan.

    ReplyDelete
  4. Nampak macam best !
    Tapi kawasan ni was2 nak beli ayam,
    kena postpone percubaan :)

    ReplyDelete
  5. Salam kak yatie! sedapnyerrrrrrr ayam yg kaler merah2 giniiii :D kita kalau raya mmg akn carik ayam masak merah dulu, yg ni pun kaler2 merah ginii mesti sedap! masuk list lagiii :D

    ReplyDelete
  6. As'salam Yatie

    Alahai macam nak tumpang makan jer bila tengok menu ayam bali ni, merah memikat dan memukau rasanya. Ingat hujung minggu nak buat lagilah buat dengan nasi kuning atau buat nasi lemak aje..hehe

    ReplyDelete
  7. Yatie....nak tumpang lauk Yatie tu eh...tadi pergi rumah Diana dah dpt terung sambal tumbuk tu...lauknya xda, amik kat sini la ye...aaiisshh, nampak gaya akak kena try gak la resepi Diana ni..nampak Yatie masak ni...terliur habiss... :)

    ReplyDelete
  8. Sampai ke sini dah menu ayam ni...mesti sedap ni kan Yatie...:)

    ReplyDelete
  9. salam ziarah kak yatie...td tgk ayam bawang besar di blog Diana, now ayam ala Bali pulak...perut dah lapar ni....hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails