Monday, February 20, 2012

Kuih Lapis Labu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga hari ini anda semua bertambah semangat utk menjalani kehidupan seharian dan seterusnya hari2 mendatang. Ok pagi ni saya nak sajikan dngn menu kuih lapis labu utk kawan2 semua. Kalau beli mmng takde jual kuih mcm ni kecuali buat tempahan dulu barulah orng buatkan. Kuih lapis ni selalunya rasa lemak2 manis dan ikut selera masing2lah ya nak letak perisa dan pewarna kegemaran. Kali ni saya buat perisa labu dan menggunkan labu yg di rebus dan di lecek. Wowwww sungguh sedap dan terasa lemak manisnya. Pada peminat kuih kukus mcm ni bolehlah mencubanya. Satu peringatan pada kawan2 semua ya, kalau mengukus kuih tu hendaklah setiap lapisan tu masak barulah kita lapiskan adunan seterusnya ya. Jangan bila nmpk beku sikit je kita dah tuang adunan seterusnya..dikhuatiri adunan tu tak masak di bahagian tengahnya dan masih lembik. Bila dah masak sepenuhnya lapisan tadi tetap tak cantik.

Saya sekadar berkongsi pengalaman yg mmng suka buat kuih2 mcm ni. Sebelum ni ada kawan2 bertanyakan mengapa kuihnya tak jadi padahal menggunakan resepi yg sama. Pada saya mungkin ada sesetengahnya tersalah gunakan teknik masa mengukus kuih. Satu lagi masa nak kukus kuih tu adunan dikacau dulu baru tuang ke loyang ya supaya adunan tepung tak mendak. Oklah pada kawan2 yg nak merasa kesedapan kuih lapis labu ni, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya dan selamat mencuba.





Bahan A
  • 2 cawan air
  • 1 1/4 cwn gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan-disimpul
Bahan B
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 1/4 cwn tepung jagung
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
Bahan C
  • 1/2 cwn santan pekat
Bahan D
  • 1 cawan labu-( yg telah di rebus dan di lecek halus)
Cara Penyediaan Adunan.
  1. Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan.Ketepikan dulu.
  2. Dalam mangkuk lain satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A kedlm B.
  3. Setelah sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  4. Satu bahagian di masukkan bahan C(santan) dan satu bahagian lagi masukkan bahan D(labu)
  5. Bahagikan pula setiap bahagian pada 3 bahagian supaya sama je jumlah cecair adunan iaitu 3 kuning dan 3 putih.
Cara Masak Kuih.
  1. Panaskan kukusan. Alaskan plastik di loyang dan sapu sedikit minyak di sekelilingnya.
  2. Masukkan adunan D(labu) dan kukus selama 5-7 minit.
  3. Lapiskan pula adunan C(santan) dan kukus selama 5-7 minit.
  4. Ulangi sehingga habis.Lapisan terakhir hendaklah dikukus selama 20 minit guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik. Selamat mencuba.

**Untuk kuih di atas Yatie gunakan loyang 10x10x2....kalau nak lapisan tu tebal sikit, gunakan loyang 8 inci.

20 comments:

  1. Assalam Yatie cayang...Tu diaaa, ratu kuih talam punya tips dah bagi tu...mmg terserlah kepandaian Yatie dalam bab2 kuih talam ni...Ni pagi2 Isnin ni tayang kuih talam labu pulak daaahh, baru blk dr dapur Azlita tgk talam roti paun....mana satu nak buat nih! Cantiikkk sungguh talam Yatie tu...lapisannya elok sama je...akak ni ada musim, kadang buat sama, kadang2 x sama...nampak sgt jenis x teliti n berseni akak ni...hahahaha, janji leh makan jerk.. :)

    ReplyDelete
  2. wahhh...cantikkk la kuih lapis labu ni...
    rajinn kak yati melapissss.....

    ReplyDelete
  3. salam yati..
    nak cuba kuih talam mesti kena datang sini.tak payah nak beli dah puas buat sendiri.terima kasih.

    ReplyDelete
  4. salam akka yatie...sedapnya kuih muih..saya ni bab kukus2 kuih ni kurang rajin..makan je yterlebih rajin..

    ReplyDelete
  5. kak yatieeeee....
    ....juaranya kue talam dan kue lapis...
    ratunya lah kalau boleh mimie cakap...
    cantikkkk sangat kue lapis labu tu...
    some time nak try...
    senang jumpa blog akak.... ^_^

    ReplyDelete
  6. fuyoo sedapnya kak yati, tina suka kuih lapis tapi takpernah ada kerajinan nak buat hehe

    ReplyDelete
  7. hebat2! tun suka makan je, sbb tang nk melapis tu.. adoii.. maleh betul. tp kalau malas2, x merasa la kan.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Yatie..akak pun nak kata WOWWWW bila tengok rupa kuih talam labu ni, cantik & kemas sgt..teringinnya nak rasa :))

    ReplyDelete
  9. As'salam Yatie

    kemas dan cantik jer potongan kuih lapis ni. k.ct tak bersenilah nak potong secantik tu..hehehe

    dah salin resipi ya, Insya'Allah nanti k.ct cuba buat ya. tr kasih Yatie :)

    ReplyDelete
  10. labu pun boleh buat kuih lapis yer.. ingat boleh buat kuih talam jer.. tq kongsi.. nanti bolehlah cuba.. kat kg ade labu sebakul.. nenek bagi hihihihihi.....

    ReplyDelete
  11. Canteknya kuih lapis labu tu Kak Yatie,suka tengok..tapi lagi suka klu dapat join makan2 kuih lapis petang ni..hehe..

    ReplyDelete
  12. wow bole cuba cuti nnt.cantik rupa paras kuih tu..mesti sedap ni

    ReplyDelete
  13. Kak Yatieeee...nak sikit. Terliur Naz tengok gambar kuih lapis labu akak ni..huhuhuuu..

    ReplyDelete
  14. akak yatie cayang..
    cantiknya kuih lapis tu akak.. nampak sgt keenakannya... kalau dpt makan sepotong 2 nie alangkah bahagianya ...:)

    ReplyDelete
  15. xtahan tengok.. stok labu dah abis...eeeeeee

    ReplyDelete
  16. kakyati. atie amik resepi ek.. tak tahan tengok kueh akak nih hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yatie.....cantik sungguh kuih talam labu ni....kak rus pun teringin nak mencubanya....Terima kasih dengan resepi dan tipsnya.Kak rus akan mencubanya...Insyaallah

      Delete
  17. Salam Yati.
    saya dah cuba resepi ni,sedap sekali.Terima kasih banyak2 sudi berkongsi resepi ni.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails