Tuesday, February 21, 2012

Ayam Kacang Peas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni satu lagi menu ringkas dari saya dan semestinya sedap. Ayam kacang peas, pernah dengar tak? Sebelum ni pernah dengar dan tak pernah rasa, macam sedap je. Bila dah cuba barulah tau rasanya macamana...fuhhhh mmng best. Terima kasih pada Kak Liza berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu bolehlah mencubanya...mmng sedap. Anak saya Hamka bukan main suka lagi ayam masak mcm ni sebab ada kacang peas kegemarannya....kena pulak warna hijau..mmng layan habisssss....Jom semak resepinya.


Bahan-Bahan:
  • 1 tin kacang peas-toskan
  • 500 gm ayam (buangkan kulit dan potong kecil)
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 tangkai cili merah (hiriskan serong)
  • 2 biji cili padi-Yatie tambah sbb nak pedas sikit
  • garam dan gula
  • 1 pokok kecil daun sup [cincang]
  • minyak utk menumis
Cara- Cara
  1. Panaskan minyak dlm kuali.
  2. Tumis bawang putih & halia.
  3. Masukkan ayam (seeloknya ditutup bagi mempercepatkan daging itu masak).
  4. Masukkan tomato sos dan sos cili, gaul rata.
  5. Masukkan kacang peas, cili merah dan bawang besar. Gaul hingga rata.
  6. Taburkan daun sup dan tutup api.
  7. Hidang bersama roti bakar atau garlic bread.

10 comments:

  1. Sedapnya..nak cubalah buat ni.;)

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie! dtg petang2 ni perut lapo hihihi... nmpk sedap tuuuuuu, masuk list lah :D kacang pes kita pun bykkkkkk sgt, gunanyer cuma buat nasi goreng itu pun sebulan sekali buat nasi goreng :D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yatie

    Ayam Kacang Peas...Kalau makan dgn nasi panas sedap ni...pastinya anak2 Kak Lin suka....

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Yatie,yang ni menu utk dinner nanti k? hehehe...lapar la..

    ReplyDelete
  5. asslm kak...
    hmmm nmpk sedap lak ayam kacang peas...
    berbunyi perut tgk..hehehe

    ReplyDelete
  6. akakkkkk.. i miss uuu.. lama dah mengeram, baru nak keluar tengok dunia maya. hahahhaa.. woo suke ye dak hamka kcang peas. kiki malu aa acik jah. banyak2 kacang, kacang yang ni acik tak suke hamka oii.. haha..

    geram la tengok kuih lapis labu akak kat bawah tu. rasa cam nak beli labu lak. haishh kita geng kak. suke rasa labu labu pada kuih ni

    ReplyDelete
  7. selamat malam
    sedap nampak ayam berkacang peas ni.

    ReplyDelete
  8. Assalam yatie,
    waduh ayam kacang peas pulak ya..nampak sedap ni yatie..
    wah hamka suka kacang peas ya..bagus tu..anak2 kita tak suka pulak kacang peas kalau dibubuh dia orang kuis2 ketepi..hehe..

    ReplyDelete
  9. askum kak..
    blh try nie,sbb kat rumah nie kalo ayam mmg laju je,masakla apapun..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails