Monday, February 20, 2012

Kerisi Tumis Asam

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni masak menu ringkas je asalkan sedap. Sebenarnya dah selalu sangat masak lauk simple mimple macam ni, kalau kawan2 nak tau lauk inilah yg saya ajar pada anak saya Seri utk masakan air tangannya sendiri buat pertama kalinya selain ikan goreng. Dah selalu sangat ikan goreng, jadi saya ajarlah masak yg mudah. Bahan2 semuanya hiris je pastu perasakan, dah siap bolehlah di hidangkan dan di jamu selera. Kalau masak kicap pun sama gak..guna resepi yg ringkas2 je..lenkali boleh buat rujukan di masa akan datang ya Seri...manalah tau dah dok jauh dari mama...masa nilah kena masak sendiri, so carilah resepi yg mudah je. Ok jom semak resepinya...


Bahan-Bahan
  • 5 ekor ikan kerisi (ikan apa2 pun boleh)
  • 1 btng serai- di titik
  • 2 helai daun limau purut
  • sedikit belacan
  • 2 sudu besar asam jawa-bancuh bersama 1/2 cwn air
  • Garam dan sedikit gula
  • Sedikit kunyit serbuk utk goreng ikan
  • Minyak secukupnya
  • 1 cawan air atau secukupnya
Bahan di hiris
  • 2 tangkai cili hijau/merah
  • 6 tangkai cili padi
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
Cara-Cara
  1. Siang ikan, cuci bersih dan toskan. Gaul ikan kerisi bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga separuh masak. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumis bahan yg di hiris tadi, masukkan juga serai yg diketuk tadi.
  3. Setelah wangi, masukkan air asam jawa. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air lagi jika perlu.(ikut selera masing2 ya nak kuah bnyk atau sikit)
  4. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi, daun limau purut dan gaul sebentar. Perasakan...sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan hidangkan.
  5. Sedap di makan bersama nasi putih panas.

13 comments:

  1. masakan simple2 ni la yg biasa lg lajuu je makan nyer kak.. tun suka mkn lauk camni, lagi2 kalau pedas.

    ReplyDelete
  2. akk pun mkn lauk kerisi jugak hr ni.. versi grg jer..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaykumwbh Kak Yatie......waaaaaa kerisi tumis asam...mmmm cam best je....xnak lauk lain dah kalu mcm ni kan?

    ReplyDelete
  4. As Salam rindu Yatie :)
    waduh2x byk N3 mskkan disini yg dah termiss hehehe
    lama tak mkn ikan kerisi nie..

    ReplyDelete
  5. saya memang suka lauk simple2 cam ni...nak masak pun senang..hehehe

    ReplyDelete
  6. Salam kak yatie!!! kita tak suke lauk2 simple gini sebab makan mesti tak hengat!!! uuuuwaaaaaa...tp sedappppppp!!!! bila pkir2 nak buat lauk2 simple gini kan selalu pkir byk2 kali sbb mesti ambik nasi lebih2 punyer hihihi.... ikan kerisi dah jarang beli sejak ank pompuan kita tercekik tulang dulu, terus serik nak beli :D

    ReplyDelete
  7. nmpk sedap la kak lauk ni....walaupon simple tu la yg sedap...

    ReplyDelete
  8. Waaaaa Yatie, nampaknya anak dara dah mula rajin ke dapur...eloklah tu kan...kita asuh dia masak dgn resepi2 yg sempoi jek dulu.. Akak pun dulu2 belajar masak ikan asam tumis camni gak....pastu mak ajar letak pulak pati santan sikit, pastu baru kita pelbagaikan....hehee. Tahniah tu Seri dan maknya jugak...hehe

    ReplyDelete
  9. Assalamualikum akak...
    aduuh!! pepagi nie dtg cnie ngan perut kosong... nampak pula kerisi tumis asam nie... bertambah ler lapar d buatnya... sedapnya nie akak...

    ReplyDelete
  10. Singgah sini...

    aduhai sedapnye ikan kerisi tu...makan dgn nasi panas..phewwww...;)

    ReplyDelete
  11. salam yatie..nampak cili api tu pun dah tergoda.lapar rasanya..hai kena masak nasi petang ni hehe.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails