Thursday, February 23, 2012

Kek Marble Optima

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sebelum ni demam Kek Batik Arora melanda para blogger masakan termasuk juga saya yg dah buat dan merasa kek glamour tu. Hari ni terasa2 nak buat dan makan kek lagi. Jadi saya pun cubalah kek yg mudah dan semestinya sedap. Hasil singgah blog kawan2, jumpalah kek yg di idamkan, lagipun dah lama betul saya tak guna tepung optima utk buat kek. Kali ni saya nak kongsikan bersama resepi kek yg mudah dan hanya menggunakan telur, butter dan tepung optima je tetapi hasilnya sungguh memuaskan hati...terasa lembut dan moist je kek ni. Perisa kek tu terpulanglah pada selera masing2 ya.

Terima kasih pada Kak Fida kerana berkongsi resepi yg mudah ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya buat rujukan. Sebelum ni pernah juga nampak Ayu dan Kak Am buat kek marble optima ni. Kawan2 bila lagi nak mencuba tu....jngn tunggu lama2...he3...




Bahan-bahan ( loyang 10x7 inc./9x9 inc. )
  • 250 gm mentega - dicairkan
  • 6 biji telur - A
  • 350 gm tepung Optima
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 sb serbuk koko - diayak (Yatie guna coklat emulco je)
  • 1 atau 2 lagi warna pilihan (Yatie guna strawbery emulco dan tambah sedikit pewarna pink)
Cara-cara
  1. Telur dan tepung dipukul hingga kembang
  2. Masukkan mentega cair dan esen dan kacau hingga sebati.
  3. Ambil 1/3 adunan dan campurkan serbuk koko.Lebihan adunan diwarnakan jika suka.
  4. Bubuh adunan seperti marble ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak pd suhu 160C-170C atau ikut kepanasan oven masing2.
  5. Sejukkan di atas redai kek sebelum dipotong dan disajikan.

17 comments:

  1. Sedapnya kek ni.. Bilalah Nur nak buat ye.. :)

    ReplyDelete
  2. akak.. saya baru tengok kek ni tadi kat belog kak am. tapi sebab guna optima.. kat bakery ye kak tepung tu.. apa beza optima ngan tepung gandum biasa ek kak. mcm tepung kek ke? bukan?

    ReplyDelete
  3. aslmkm kak yatie..rajinnya buat kek..kena guna tpg optima la yer..tpg gandum tak leh ek..hehe..tak pernah bli tpg optima ni..

    ReplyDelete
  4. Perghh..kak yatie, mengganass betul sekarang..hahaha...lawa pulak kombinasi kaler cekelet n pink.. ^__*

    ReplyDelete
  5. Salam kenalan Yatie, cantik dan nampak gebu aje kek Yatie. Kombinasi kaler pun sesuai. Mesti sedap nih. Nanti Yatie jawab ye soalan Izah tu sebab akak pun tak pernah beli tepung optima ni. Tk.

    ReplyDelete
  6. Cunnya kek... aduhhh!!! demam arora belum kebah lagi, sampai pulak kek kuda belang ni...

    ReplyDelete
  7. As'salam Yatie

    k.ct pun ada stok tepung optima ni 2 kotak. bukan apa kot2 malas nak menimbang tepung boleh buat dan sesenang 123 dah siap kan...hehehe

    cantinya kek yang dimarblekan tu Yatie, satu gabungan warna yang sangat menarik, nak 2 potong. k.ct dah bawak mangkuk 3 tingkat ni..hahaha

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Yati...

    Menarik Kek marble Otima Ni...Mcm nak buat jer...sedap ni...

    ReplyDelete
  9. Assalam Yatie cayang...akak pun suka kek2 simple dan warna warni camni...masa tengok CMG buat baru2 ni pun akak dah syiookk abis tgk...tp x terbuat lgk...ni tgk Yatie lak...adeeeii... Mintak Yatie pos ke Kuantan la sikit...ada belen lg x tu? hehehe

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Yatie..tpung optima tu ada nama lain ke...? sebab kalau gi kedai baking macam tak pernah jumpa pula kat label tu tulis tepung optima..atau saya yang tak perasan kottttt

    ReplyDelete
  11. Cantik rangsangan warna kek tu..sedapnya kalau dapat ni..dapat impak rasa yg maksima rasanyeee..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum akak yatie cayang..
    cantiknya kek tu akak... marblenya pun cantik... nampak moist jer kek nie.. pasti sedapkan akak..

    ReplyDelete
  13. wah.., cntiknya kaek optima dia.., mmg senang, mudah dan sedap kan yatie? mmg tak rugi mencubanya yg penting mudah sngt proses membuatnya. akak ada 1 pkt lagi tpg optima tu, tapi belum nk buat lagi saje simpan utk stok.

    ReplyDelete
  14. saya mmg suka jln2 kat blog ni...byk resepi2 yg best dan dah cuba mcm2 resepi dr blog ni..minta halal ye..sbb dok cilok resepi dr sini...kek ni nampak sedapppp sgt.tp resepi ni..bila dok tgk2...dok belek2...tak nampak pun sukatan gula..mmg tak masuk gula ke atau dah dicampurkan dlm tepung optima ni...maklumlah tak kenai lg tepung jenis ni...

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Ramai kat sini tanya tepung optima ni beli kat mana, saya pun dah lama carik kat mana2 bakery, tapi tak jumpa pun..

    ReplyDelete
  16. Pernah mkn memang sedap. Nak buatnya ntah bila. Nak tany juga camne rupa tepung optima tu..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails