Tuesday, February 28, 2012

Mee Rebus Cik Ani

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sejak2 ni tak berapa selera nak makan nasi, so hari ni saya masak mee rebus atas permintaan suami tersayang. Masa pergi kenduri pengantin aritu selain makan nasi minyak ada menu mee rebus juga. Saya tak melepaskan peluang dan sempat jugalah merasa mee rebus tu. Bila makan kat kenduri ni biasalah, malu sikit..makan pun buat syarat je. Bila balik tu asyik teringat2 je. Hari ni puas makan siap ulang2 lagi kami anak beranak makan mee rebus special ni. Biasanya saya guna resepi di SINI. Kali ni saya guna resepi dari chef terkenal iaitu Chef Wan dan menurut Mat Gebu resepi ni adalah resepi dari bonda Chef Wan sendiri...mmng ternyata sedap sangat....sebab tu namanya mee rebus Cik Ani, nama bonda Chef Wan rupanya.

Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula buat rujukan di masa akan datang. Pada kawan2 yg belum mencuba resepi ni, bolehlah mencubanya. Maaf ya Chef sbb saya ada tambah sikit bahan2 rencah ikut kesesuaian rasa. Jom kita semak resepinya.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg mee kuning
  • 150 g taugeh, buang ekor
  • 2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis
  • 2 biji cili hijau, hiris
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1 pokok daun sup, hiris
  • 1 pokok daun bawang, hiris
  • 4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2
  • 6 biji limau kasturi, belah 2
  • Bawang goreng secukupnya
  • Kuah mee rebus*
BAHAN KUAH MEE REBUS* :-)
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat
  • 500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit)
  • 5 - 6 cawan air
  • 500 g keledek
  • 1 cm lengkuas, dititik
  • 1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 2 sudu besar udang kering*(Yatie tambah)
  • 7 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*(*tumbuk halus)
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK KUAH MEE REBUS :-
  1. Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu).
  2. Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit.
  5. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).
PENYEDIAAN MEE REBUS :-
  1. Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan.
  2. Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee.
  3. Letak telur rebus dan taburkan cili hijau/merah, tauhu, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Hidangkan segera....

19 comments:

  1. salam yatie..sedapnyaaaaa.Singgah mlm2 ni semua dok menayang menu sedap2,terus jadi lapar.
    Baru blk dr umah k.ummi...sedap kek coklatnya tp dia dh ttp pintu xleh nk tapau..hihihi
    Ambik sepiring mee rebus kat umah yatie je lah ya :D

    ReplyDelete
  2. Aduhhh...!! menggoda jiwa raga lah yatie....

    ReplyDelete
  3. Salam...ummmmp nampak teringin pulak nak makan mee rebus nie mmg kama sangatlah tak buat mee rebus begini.

    ReplyDelete
  4. salam kak yatie, selamat pagi...aduh, terliur tgk mee rebus tu, kadang2 bila tgk org lain buat, rasa kecur dia lain macam...

    ReplyDelete
  5. aslmkm ka Yatie..nak 2 mangkuk..hehe..tak rajin nak buat kuah tu kak..hehe

    ReplyDelete
  6. Salam kak...

    atoyaiii..sedapnyer mee rebus tu..mcm nak balik johor gai ni gak nk mkn mee rebus..hehehehe..;)

    ReplyDelete
  7. Assalam Yatie cayang...amboiii pepagi tayang mee rebus pulak dah.... Aritu tengok Mat buat, mengancam habis dah, pastu x terbuat..ni Yatie pulak seru....nak buat jgk...tp seru tu sempat ke tak ke masuk ke dapur akak...takut dibawa angin lalu....hahahaha

    ReplyDelete
  8. nmpk sedap mee rebus tu...
    xpenah lag cuba buat...tp suka mkn..hehehe

    ReplyDelete
  9. Salam Yatie..
    Ita pun pernah buat mee rebus mak Chef Wan ni
    Memang sedap! makan mmg tak hingat2.. hihi
    Kebetulan ita sekeluarga mmg suka makan mee rebus.. adoii.. tgk mee rebus yatie ni buat ita terliur lah pulak!

    ReplyDelete
  10. assalam kak Yatie cayang...salam rindu kak.apa khaabr? harap akak sekeluarga sihat yer. maaflah lama tak singgah dapur akak sebab lama tak bw.Hari ni baru ada kesempatan update blog. sedap tgk mee rebus ni kak saya memang suka mee rebus nanti boleh cuba ni.:)

    ReplyDelete
  11. salam rindu yatie cayang..wah ni resipi wajib try..akak kalu resipi chef wan mmg suker sbb semuanye menjadi..sebelum tu nk kenen semangkuk dulu kt sini..hehe!

    ReplyDelete
  12. assalamuaalikum kak.. smlm nampak kat fb.. menggoda sungguh nampaknya tu... suke mee rebus gini. 2 mangkuk rasa cam tK cukup je. hehe

    ReplyDelete
  13. Assallamualaikum kak Yatie..
    Kak, mana2 mee rebus pun Naz mmg suka tp rasa kuahnya kenalah umphhh kan.. Kena ada limau potong dan kuah agak pekat..bestnya.. Lama dah tak buat..

    ReplyDelete
  14. yang lain tu biasa guna,tapi taucu tak pernah guna lagi..boleh juga mencuba ni...

    ReplyDelete
  15. salam...
    sedapnyer mee rebus....sis khas utk
    blogger...boleh reg n post sini jugak tak? >>>http://www.youtube.com/watch?v=TYe8JOEiPao

    ReplyDelete
  16. Love cuba nak telan air liur tapi takleh kak. Can't stop drooling :))

    ReplyDelete
  17. Tauco tu mcm mane rupenyer yg masin punyer ke

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails