Sunday, February 19, 2012

Pankek Jagung Pedas

Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu. Petang ni buat apa ya utk minum petang. Kalau musim hujan ni sedap gak makan jemput2 atau lempeng yg panas2, kena pulak di gandingkan dngn sos kegemaran atau sambal tumis...mmng best. Ok kali ni saya nak kongsikan bersama resepi pankek jagung pedas dari Kak Liza, mmng sedap. Pankek ni sesuai di makan waktu pagi ataupun petang. Bila teringin tu bolehlah mencubanya. Terima kasih Kak Liza berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni,izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya.




Bahan-Bahan
  • 1 cawan jagung [2 tongkol jagung segar -hiriskan]-Yatie guna jagung dlm tin je dan toskan
  • 5 stik ketam fillet-potong kecil
  • 3 cawan tepung*
  • 1 s/k soda bikarbonat*(* diayakkan)
  • 1/2 sk baking powder*
  • sedikit daun bawang/daun sup [potong pendek]
  • 1/2 batang kecil carrot [parut]
  • 1 labu bawang besar-di potong dadu
  • 2 biji cili merah-buang biji dan hiris halus
  • 2 biji telur
  • 2 1/4 cawan air
  • sedikit garam
  • minyak untuk lenserkan non-stik pan
Cara-Caranya
  1. Gaukan semua bahan supaya sebati.
  2. Panaskan non-stik pan dan lenserkan dengan sikit minyak.
  3. Letakkan 1 senduk adunan dalam pan dan tudungkan dengan tudungnya.
  4. Masakkan dengan api paling minumum dan terbalikkan bila nampak kekuningan.
  5. Angkat dan hidangkan dengan cili sos.

2 comments:

  1. Salam..
    terimakasih kerana sudi mencuba...
    kakliza baru jer buat untuk minum petang beberapa hari lalu....

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie! td nk dtg sini nmpk ada n3 kuih lapis labu, kita ni dah gian nak mkn kuih2 lapis gitu, sedapnyer! nmpk pankek jagung pedas pulak hihihi.... mesti sedap pedas2 pastu ada jagung :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails