Thursday, February 2, 2012

Kuih Lapis Seri Wangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang ni layan kuih lapis seri wangi pula. Sebelum ni banyak dah guna resepi yg berlainan, kali ni resepi lain pula dan mestilah letak nama yg berlainan supaya senang di ingat. Lagipun gabungan pandan dan coklat mmng harum je, bersesuaianlah namanya kuih lapis seri wangi. Pada penggemar kuih lapis/kuih yg di kukus tu bolehlah cuba resepi ni.

Anak2 mmng suka kuih lapis ni...mereka suka buka selapis demi selapis utk makan kuih ni. Kali ni buat warna hijau dan coklat pula. Macam biasalah kalau ada warna hijau...Hamka lah paling suka. Dia selak selapis demi selapis dan di kumpulkan je yg hijau..yg coklat dia suruh kakaknya Seri makan..adoyaiii Hamka ni. Sebelum ni buat Kuih Lapis Koko, resepi tu guna tepung gandum yg lebih, kali ni guna tepung beras pula yg lebih. Rasanya tentu berlainan, yg penting kuih2 lapis ni mmng sedap dan terasa lemak manisnya. Ada yg nak mencuba ke.... Jom kita semak resepinya.




Bahan-bahan (loyang 8 inci)

Bahan A

  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tpng jagung
  • 1 sk garam
  • 2 cwn santan pekat
Bahan B
  • 1 1/4 cwn gula pasir
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 2 helai daun pandan-di simpul
Bahan C
  • 3 sb rata serbuk koko*
  • 4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je)
  • pewarna hijau, perisa pandan
Cara-cara.
  1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
  2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
  3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
  5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
  6. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
  7. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
  8. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
  9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
  10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
  11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya. Selamat Mencuba.

29 comments:

  1. Assalamualikum Yatie...Alamak, cantiknya kuih lapis tuu, nama dia pun bukan main sedap disebut, rasa dia dah boleh agak mesti sedap ni! Dulu akak pernah try buat kuih lapis koko resepi Yatie memang tersgt la sedap, yg ni pun teringin jugak nak cuba.. Hamka ni mcm anak akak yg umur 8 tahun tu, kalau kuih lapis pilih yg warna merah saja...Mcm2 perangai anak kan!

    ReplyDelete
  2. masuk list kuih lapis ni..
    sedapnya tengok..
    nak buat gak la nanti..
    warnanya pun cantik..
    berseri2 jerk nengoknya..

    ReplyDelete
  3. Hihi ijo lagi....kak, sebulan bape liter akak beli warna ijo? Hihi...tp kuih2 kukus ni mmg heaven!

    ReplyDelete
  4. Cantik nya kueh lapis ni...Nak buat juga lah nanti...masuk dlm list dulu..Tq...

    ReplyDelete
  5. kak yatie....canteek jer kejadiannyaa..... sy mmg failed wt kueh lapis mlapis nehhh...tumpang mkn lehhh..??

    ReplyDelete
  6. saalam kak..nmpk je kuih ni darwish trus cakap mama nak kueh tu.. hahaha..adoi..mamamnye baru nak berehat luruskan pinggang haa..huhuh.... nmpak sodap kak. salin resepi dulu..klo rajin nnti buat utk anak bujang ni.hhihih

    ReplyDelete
  7. aslmkum yatie.. demam2 ni pun mrayau ke sana sni.. bru sampai kt dapur yatie.. dah terlepas brwnis .. ada kuih lapis pulak.. teringin gak nk melapis.. tgok gabungan warna coklt n hijau ni mmg cantik n sgt mgoda.. sedapnya tak terkata..

    ReplyDelete
  8. cantiknya kuih lapis kak yatie ni... dah lama tak makan kuih lapis... bak mai sepinggan kak...

    ReplyDelete
  9. akak..sgt menggoda kuih lapis akak tu..huhu

    ReplyDelete
  10. As'salam yatie

    Selamat petang, k.ct kalau masuk sini ada kuih lapis atau talam mengidam semacam jer nak makan ni yatie..hahaha. Kalau k.ct duduk sebelah rumah yatie ni kenyang tau hari2 sebab dok mengendeng memanjang erk..hihihi

    Nampak cantik jer cara lapisan Yatie buat kuih ni jelez dah ni haaa..hehehe

    ReplyDelete
  11. Yatie ni memang pakar kuih tradisional laaa... kuih lapis fav gee...terlior tengok...

    ReplyDelete
  12. hihi.. tun pun suka makan selapis selapis.. nikmat dia lebih sket.. ^^ cantik je lapisan kuih lapis akak nih.

    ReplyDelete
  13. AS-SALAM KAK YATIE
    dah malam2 baru sampai kat rumah kak Yatie ni...Wow!!! tak blh tgk..cantik sangat Kuih Lapis Seri Wangi tu..

    ReplyDelete
  14. Kak Yatie..tertarik saya dgn keanggunan kuih lapis nie..

    ReplyDelete
  15. Kuih lapis yg boleh kopek2 ni yg Along suka tau.

    ReplyDelete
  16. Salam Yatie

    ishhh cantek & kemas jer lapisan kuih tu yatie! memangla u ni chmapian lapis & talam :)

    ReplyDelete
  17. aduhai kak.. sedapnye.. klau akak dekat dah lama sya tempah ngan akak.. nak buat sendiri x larat.. mana nak cari ni kak.. sob sob..

    ReplyDelete
  18. Aslmkum Yati.cantik elok kuih lapis ni....kombinasi warna hijau dan coklat yg sesuai... serasi.lucu Hamka....confirm peminat warna hijau sejati ni....hi..hi..warna coklat tak mkn..nasib baik ada kakak tlg mkn. best Yati buat kuih sbb anak2 suka mkn.anak2 sy kuih manis ni kurang sikit, sy pulak mmg suka.izin ambil resepi dulu....

    ReplyDelete
  19. mmg dah sah jadi ratu talam yatie ni tau...cantik betul rupa talam ni..mesti sedap kan?..

    ReplyDelete
  20. dah lama teringin nak buat kuih lapis tapi tak sampai seru lagi. Nampak cantik ajer kuih tu... tentu sedap.

    ReplyDelete
  21. salam kak yatie..tengok pun dah terliur..hai sabarlah wahai hati..nak mintak sikit,duduk jauh bebenor la plk..nampak gaya kena wat sdri la..ahaks..

    ReplyDelete
  22. Sekali tengok kita dah terliur...cantik pulak tu. ira pun dah lama tak buat kuih lapis....

    ReplyDelete
  23. waaa. cantiknya kak yatie kuih ni,, tringat kuih yang lapis koko tu..lapis delight ke apa.. heheh hamka sabo jela.. nasib ada kak seri tulun makan n melayan nya. hehe

    ReplyDelete
  24. Assalamualaykumwbh kak yatie........waaaaaaaaaaaa....wangiiiii and catiknye...terasa2 la kak yatie........

    ReplyDelete
  25. assalam kak Yatie, apa khabar kak?lama tak singgah sini..lately ni bz ngna aktiviti ladies jer tapi bila tgk kuih muih akak ni mesti tak lupa punya nk singgah tgk juga.cantik kuih ni...akan dicuba nanti..tq:)

    ReplyDelete
  26. memang nampak tersgt ler cantiknya kuih lapis yg akak buat nie.. dah ler cantik.. kemas plak tu.. menarik!

    ReplyDelete
  27. cantik la kue lapis ni..nanti nak cuba la yatie..

    ReplyDelete
  28. Soooo Nice woo. But I can't understand Malay. Photo look so yummy .

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails