Tuesday, February 4, 2014

Kari Kepala Ikan Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak kari ikan merah. Kalau masak kepala ikan je, sian pulak kat anak2 sbb tak pandai makan, lagipun mmng tak elok kan anak2 makan kepala ikan. Kali ni saya masak sekor ikan merah, jadi dapatlah anak2 makan isinya. Saya mmng jarang masak kari ikan atau ayam, kalau masak lauk kari, mesti dah terbayangkan roti jala, roti canai ataupun lempeng pekak je. Sedap betul kalau di gandingkan dngn kari ikan ni....kan..

Sebenarnya teruja tngk Mat Gebu masak kari kepala ikan jenahak semalam, kebetulan arini nak masak ikan merah....jadi mmng sesuailah di masak kari. Kalau tak, maunya di masak asam pedas je. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi ni, izinkan akak kongsikan resepinya ya.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ikan merah
  • 2 biji terung ungu
  • 1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
  • 1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
  • 1 keping asam gelugor
  • 3 camca besar rempah kari ikan (Baba's)
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1/4 cawan pati santan
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
  • 4 biji bawang merah kecil, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 2 tangkai daun kari, dilurut
  • 1/3 camca teh jintan halus
  • 1/3 camca teh jintan kasar
  • 1/3 camca teh biji sawi
  • 1/3 camca teh halba
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dipotong kepada beberapa bahagian, cuci dan perap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 15 minit, cuci bersih dan toskan. Terung dikerat 2 setiap 1, kemudian belah 2 setiap keratan. Dan belah 2 tapi tak putus untuk setiap kerata. Rendam. Satukan bahan kisar halus dan rempah kari, kacau hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan pes rempah, kacau rata dan masak hingga rempah wangi dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 1200 ml), kacau dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan kepala ikan, masak sekejap dan boleh masukkan terung (toskan) dan cili hijau dan merah. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih hingga terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.

8 comments:

  1. Wlupun tgah mlm..tto terlior sy nengoknya..lawan mkn dgn smbl belacan sedap ni

    ReplyDelete
  2. Waaa.... tiap kali singgah dapur Yatie ni gulp..gulp.... telan ailio... sedapnyaa...

    ReplyDelete
  3. mgancam sungguh la kari ikan akak masak ni..cukup semua bahan ade..adoiii sama mcm kak G telan liuq aje la

    ReplyDelete
  4. Sdp2 sy juga pnh mencuba resepi ni.. Enak

    ReplyDelete
  5. Salam nak tanya apa beza sukatan 1 sudu kecil dan 1 sudu teh? Harap di bls

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails