Thursday, February 13, 2014

Bingka Jagung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi merajinkan diri buat bingka jagung ni. Resepi ni mudah je mcm bingka2 yg lain, cuma tambahkan jagung krim manis je. Pada peminat kuih bingka tu, bolehlah cuba resepi mudah ni. Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan-loyang 9x9 inci (dpt 5 keping kuih kalau guna acuan pecah 8)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn tepung kastard
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar mentega/minyak sapi-cairkan dan sejukkan
  • 4 biji telur
  •  secubit garam
  • 1 tin jagung manis ala krim (cream style golden sweet corn)
  • bijan utk hiasan
  • sedikit pewarna kuning
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati.
  2. Tuangkan adunan dlm mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati.
  3. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan sapukan rata. Boleh juga guna mentega.
  4. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
  5. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing.
  6.  Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

5 comments:

  1. Sedapnya kak....tiba2 macam rasa nak buat ptng ni...:)

    ReplyDelete
  2. Da lme xbuat ni kak yatie...pagi2 ni tgk bingka berzapin plak perot ni...sedap nmpk

    ReplyDelete
  3. Sedapnya jagung... semlm berhajat nk buat bingka berlauk tp pg ni terlewat bangun pulak... tp bila tgk bingka jagung yatie ni terlior la pulak... hehehe

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan lagi ni bingka jagung...gerenti sedap ni.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails