Thursday, October 31, 2013

Asam Tumis Batang Keladi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu biasa2 je tapi luar biasa seleranya bila sesekali menikmatinya. Kalau makan lauk mcm ni, tak payah lauk lain pun dah sedap. Kali ni saya gandingkan dngn ikan goreng dan sambal belacan...mmng sedap betullah. Resepi biasa2 je, boleh juga lihat diSINI. Jomlah semak resepinya, kalau teringin tu, cepat2lah cari batang keladi dan masaklah ikut selera masing2 ya.



Bahan Bahan
  • 2 ikat batang keladi dan buahnya
  • 1/2 cwn air asam jawa
  • 3 tangkai daun kesum
  • garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
  • Air secukupnya
Bahan Di kisar
  • 1/2 cwn ikan bilis, buang kotoran,cuci dan toskan
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • sedikit belacan
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 tangkai cili merah
  • sedikit belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup
Cara- Caranya.
  1. Batang keladi dan buahnya di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Rebus hingga empuk. Toskan airnya bila nak masak nanti.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa dan masukkan pula batang keladi dan buahnya yg di rebus tadi.
  4. Masukkan air secukupnya, bergantung nak masak pekat atau cair. Biarkan hingga mendidih.
  5. Masukkan daun kesum, garam dan gula.
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa bolehlah matikan api dan hidangkan.

Monday, October 28, 2013

Bingka Ubi Rebus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pernah makan bingka ubi rebus tak? Buat pertama kalinya saya buat dan makan bingka ubi rebus ni. Biasanya kita parut ubi pastu buat bingka. Kali ni kita rebus dulu ubi tu, barulah buat bingka. Tak sangka mmng sedaplah, terasa kelainannya. Pada kwn2 yg nak merasa tu bolehlah cuba ya...mmng sedap sngt, terasa lemak manis ubi rebus tu. Terima kasih pada K.Fida berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.




Bahan-bahan ( loyang 9x9 atau 4 kpg acuan pecah 8 )
  • 500 gm ubi yang telah di rebus, toskan
  • 2 cawan santan (Yatie guna 200 ml santan pekat dan selebihnya tambah air)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 1/4 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 sudu besar majerin/mentega- cairkan 
  • sedikit butter utk sapu keliling acuan/loyang
Cara-cara
  1. Masukkan kesemua bahan dalam blender kecuali tepung dan majerin cair dan kisar halus.Tuangkan adunan kisar ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan tepung dan majerin ke dalam adunan tadi dan kacau rata dan sebati. 
  3. Sapu loyang atau acuan dengan majerin rata2 dan panaskan sebentar. Tuang adunan.Bakar hingga masak dan garing permukaannya. Kalau suka bijan boleh ditaburkan atas permukaan kuih sebelum dibakar.
  4. Biar bingka benar2 sejuk baru dipotong dan disajikan.

Sunday, October 27, 2013

Udang Goreng Lada Hitam

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu yg ringkas di hari minggu tapi amat menyelerakan. Biasanya udang di masak sambal, masam manis, gulai nenas ataupun tumis bersama sayur je. Kali ni saja mahukan kelainan bila udang di masak lada hitam. Resepi asal guna ayam dan boleh juga di gantikan pd ikan. Memandangkan kuah dan rasanya yg sedap, saya pun gunakan udang sebagai bahan utamanya. Maklumlah sendiri masak....sendiri makanlah, mmng sedap. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya.



Bahan-Bahan
  • 1 kg udang sederhana besar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak masak secukupnya
  • 1 sudu besar lada hitam-kisar kasar
  • 1 tangkai cili merah*
  • 1 tangkai cili hijau*(*potong serong)
  • Daun sup secukupnya-hiris halus
  • 1/2 btng lobak merah-potong ikut suka
  • 1 biji tomato- belah 4
  • 1 labu bawang besar-potong bulat
Bahan Hiris
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
Bahan Sos
  • 3 sudu besar kicap jalen manis
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1/2 cawan air+1 sudu kecil tepung jagung (bancuh bersama)
Cara Menyediakannya.
  1. Udang gunting muncungnya, di bersihkan, cuci dan toskan. 
  2. Lumurkan udang bersama serbuk kunyit dan garam.
  3. Goreng sehingga masak. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.
  4. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 hiris sehingga sedikit layu. Masukkan bahan2 sos dan gaul rata.
  5. Masukkan lada hitam kasar, cili hijau, cili merah. Masukkan udang yg di goreng tadi. Gaul rata.
  6. Masukkan bawang besar yg di potong bulat dan tomato. Gaul rata. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu. Perasakan, sekiranya dah ok...matikan api dan bolehlah di angkat dan hidangkan.
  7. Taburkan dngn hirisan daun sup. Sedap di makan bersama nasi putih panas.

Friday, October 25, 2013

Kek Lumut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni terajin sikit sbb buat kek lumut. Lama tak buat kek, kebetulan pagi tadi dah keluarkan butter awal....sambil masak utk lunch saya pun kukuslah kek lumut ni. Lagipun kukus kek ni makan masa 2 jam, bila sambil masak tak terasa lamalah....terasa kejap je dah masak. Bila petang tu dah boleh wat minum petang..mudahkan. Kek ni sedap, lembut, lemak dan moist je. Kek ni manis sikit, jadi saya dah kurangkan pengunaan gula dan seri kaya tu dlm adunan kek. Rasanya mmng moist je. Sebelum ni pernah juga buat di SINI dan SINI. Pada yg belum pernah merasa tu, bolehlah cuba..mmng sedap sngt. Terima kasih pada Dayang Jack berkongsi resepi kek yg sedap ni. Izinkan sekali lagi Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya.



Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 1/2 cawan gula halus
  • 250 gm mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya
  • 2 sudu besar seri kaya
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)

Friday, October 18, 2013

Famous Amos Chocolate Chip

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran. Sejak2 ni mmng jarang update blog, kdng2 tu rasa kesian pula pd pengunjung blog Sinar Kehidupanku...asyik menu yg sama je. Maklumlah tuan rumah busy je musim persekolahan, minggu depan plk anak2 menghadapi peperiksan, lagilah bertambah sibuk. Anak yg periksa maknya pula yg sibuk....he3...takpelah, kira ambil perhatian pd anak2...jadi aktiviti berblogging ni lagilah bertambah lemau. Tapi takpe, saya akan sedaya upaya berkongsi resepi pd pengunjung blog ni.

Sekurang2nya bagi idea utk masak apa setiap hari, kdng2 ianya sedikit sebanyak membantu juga kan. Oklah, berbalik pd menu arini, resepi kukis yg kerap saya buat dan terlaris sekali. Baru ni saya buat utk Hari Raya AidilAdha, semuanya suka. Kebetulan cuma buat 1 jenis biskut je, mmng tak pandang lain lah...mmng cepat je habis. Selebihnya saya buat kek kukus buah, carrot cake dan kek kukus coklat lapis cream cheese. Pada kwn2 yg belum pernah mencuba resepi biskut yg sedap ni, bolehlah cuba....mmng sedap. Kwn2 juga boleh lihat di SINI dan juga singgah blog adik manis Sue Joshua. Terima kasih pd penyumbang resepi asal.




Bahan²

  • 1 cawan gula kastor/halus-Yatie guna 1/2 cwn je
  • 1 cawan gula perang  
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan minyak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu segar
  • 4 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu besar serbuk koko*- Yatie tambah
  • secubit garam*
  • 1 sudu kecil cream of tatar*
  • 1 sudu kecil baking soda*(* di ayak bersama)
  • 1/2 cawan badam cincang- bakar dulu dan sejukkan
  • 2 cawan semisweet chocolate chip
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara²
  1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat,cream of tartar, badam dan coklat chip.
  3. Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
  4. Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
  5. Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.

Saturday, October 12, 2013

Udang Masam Manis

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tentunya ramai kwn2 yg sudah pulang ke kampung halaman bertemu sanak saudara utk meraikan Hari Raya Korban yg tinggal 2 hari saja lagi. Walauapa pun selamat bercuti semua. Malam esok barulah kami sekeluarga pulang ke kampung. Hari ni masak menu mudah tapi di gemari kami sekeluarga. Kalau lauk udang ni mmng kena masak lebih, maklumlah anak2 mmng suka sangat, lebih2 lagi Hamka...suka betul dia. Kalau dah makan pun boleh terasa lapar lagi...kdng2 tu buat mama nya gelak je sbb Hamka kata baru je makan tapi tak terasa mcm dah makan ...ni penangan lauk udanglah. Kalau lauk lain kuranglah sikit dan takdenya nak cakap mcm tu. Layankan jelahhhhhh..selagi anak berselera nak makan.

Resepi mudah je, janji ada sos tomato, sos cili dan sos tiram jadilah masam manis tu..he3..mudahkan. Kalau nak pedas tu, tambahkan je cili kisar atau cili padi. Bila dah siap, perasakan....cukup masam dan manisnya..kira oklah tu. Jom semak resepi mudah ni. Ini resepi bila nak masak ikan masam manis juga....kita tukar je udang pada ikan..mudahkan...kita buat dia, dan kita juga yg makan...



Bahan-Bahan

  • 1 kg udang sederhana besar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 cwn sos tomato
  • 1/2 cwn sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cwn air
  • 2 biji tomato-dipotong dadu
  • 2 keping gegelang nenas dlm tin-potong kecil
  • Garam, serbuk kunyit, dan sedikit gula
  • sedikit daun sup/ daun limau purut-utk tabur atas udang
  • minyak masak secukupnya
Bahan Hiris
  • 10 biji cili padi merah
  • 1 labu bwng besar
  • 3 ulas bwng putih
Cara Memasak
  1. Udang di gunting muncungnya, cuci bersih dan toskan.
  2. Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga masak/garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dulu.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali, tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan sedikit air. Biarkan  mendidih sambil di gaul rata.
  5. Masukkan nenas dan tomato yg di potong kecil. Masukkan garam, gula dan gaul rata.
  6. Setelah siap dan cukup rasa, matikan api dan bolehlah masukkan udang yg di goreng tadi. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan. Tabur dngn daun sup/ daun limau purut yg di potong kecil.

Thursday, October 10, 2013

Bingka Roti Jagung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak buat kuih bakar/ bingka. Kebetulan banyak roti putih kat rumah ni, jadi daripada terbiar gitu je...saya pun buatlah bingka roti berjagung ni. Anak2 mmng suka makan jagung. Tak kisahlah jagung rebus, jagung bakar, jagung dlm tin dan jagung krim. Apa2 yg berkaitan dngn jagung mmng suka yg amat. Bila kenangkan semuanya suka, apalagiiii..mama pun buatlah bingka roti berjagung ni. Resepi sebenar dari Mat Gebu, tapi saya dah buat guna sukatan cawan. Kali ni saya guna santan dan susu cair..mmng sedap dan bertambah lemak berkrim. Sebelum ni guna susu cair je sbb kehabisan stok santan di rumah. Kedua2nya sedap..yg penting bakar garing...tang kerak tu yg menjadi rebutan. Terima kasih pd penyumbang resepi, akak kongsikan sekali lagi resepinya ya.




Bahan-Bahan- loyang 10 inci
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula halus/kastor
  • 100 gm mentega, dicairkan dan biarkan suam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 12 keping roti putih, didadu
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 liter santan / susu (Yatie guna 500ml santan dan 500ml susu cair)
  • 1 cawan jagung krim dalam tin
Cara-Cara
  1. Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan/susu dan kacau hingga semua sebati.
  2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....
=> Saya tambah 10 minit lagi utk bakar guna api atas sahaja supaya permukaan garing.
=> Untuk pengunaan santan di atas, saya guna 200ml santan pekat dan tambah 300ml air utk menjadikan adunan 500ml santan...manakala 400ml susu cair dan 100ml air biasa utk menjadikan jumlah susu 500ml.

Monday, October 7, 2013

Pulut Serunding

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kita sekali lagi di hari isnin yg indah ini. Lama tak makan pulut serunding buatan sendiri. Gara2 dah teringin sangat, mlm tadi saya mengigihkan diri utk masak pulut dan serunding sekali.Kira mlm tadi tidur lenalah bila hajat nak buat dan makan pulut serunding ni kesampaian. Alhamdulillah....sedap tak terkata.. Bayangkan dah pkl 10 mlm mengukus pulut dan buat serunding....suami senyum je, siap tanya lagi....buat apa maaaa mlm2 ni..tidur jelah....he3..

Resepi mcm biasalah kopipes kat Mat Gebu. Kalau singgah blog DTS ni mmng semua menu nak di cuba. Sebelum ni pernah buat di SINI...mmng sedap. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat pulut serunding tu, bolehlah buat ya...mmng sedap.



 BAHAN PULUT :-)
  • 300 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit dan toskan
  • Santan cair secukupnya
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 helai daun pandan, disimpul
BAHAN SERUNDING :-)
  • 1 kelapa parut, pilih yang kulit basah
  • 1 batang serai, hiris halus*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 5 biji bawang merah*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 2 biji cili merah*
  • 1 camca besar ketumbar*
  • 1/2 camca teh jintan halus*
  • 1/2 camca teh jintan kasar*
  • 2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
  • 2 camca besar gula pasir*(*dikisar halus)
  • Garam secukup rasa (agak2 dalam 1/2 camca teh)
  • 1 keping asam gelugor
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SERUNDING :- Tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan garam dan juga kelapa parut, gaul rata. Kecilkan api dan masak sambil dikacau selalu hingga serunding berderai tetapi tidak kering. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan, masukkan pulut dalam bekas dan tuang santan cair sehingga separas pulut. Masukkan garam dan gaul rata. Letak daun pandan dan kukus 20, gaul pulut dan kukus lagi 5 minit. Angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK PULUT SERUNDING :- Sarung tangan dengan plastik bersih, ambil sedikit pulut dan kepalkan. Golek dengan serunding sehingga membaluti pulut. Boleh dihidangkan. (Dalam gambar cm guna scoop ais krim saiz sederhana, sapu sedikit minyak makan pada bahagian dalam scoop ais krim tadi, dan cedok pulut, tekan2 sedikit dan keluarkan. Kemaskan bentuknya dan golek dengan serunding kelapa). Boleh hidangkan...

Saturday, October 5, 2013

Puding Tauhu Laici

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Musim panas ni sedap layan puding utk sejukkan tekak. Kerap sangat saya buat puding ni sbb mmng satu family suka sangat. Rasanya yg lemak manis buatkan siapa yg merasanya tak pernah jemu. Resepi asal dari K.Nor tapi saya buat ikut selera sendiri. Bahan2 masih sama, cuma saya mmng suka makan puding yg lembik2 sikit, kalau boleh masuk mulut terus telan je....perghhhhh sedap betullah. Resepi mcm biasa, boleh juga lihat di SINI.



Bahan-Bahan
  • 10 gm agar-agar serbuk
  • 2 liter air (8 cawan)
  • 1/2 cwn gula
  • 1 cwn susu pekat
  • 1 cwn santan (200ml santan kotak+50ml air)
  • 2 cawan susu cair (1 tin susu cair 400ml+100ml air)
Cara-Cara
  1. Masak agar2 serbuk bersama air dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan susu pekat, kacau rata. Masukkan santan dan susu cair. Kacau lagi.
  3. Setelah siap, tutup api dan biarkan sebentar.
  4. Tuangkan ke dalam acuan mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Boleh juga di tuang ke dlm loyang, tapi kalau nak makan kenalah sendukkan kedlm mangkuk kecil.
  7. Hidangkan bersama buah laici ataupun bahan2 kuah seperti di bawah.
Bahan kuahnya
  • 1 tin laici- toskan airnya, siat2kan laici tu
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn air masak
  • 1 cwn air laici tadi
  • 5 sudu besar gula, nak lebih pun boleh
Caranya.
  1. Bancuhkan air masak bersama gula. Masukkan air laici tadi, susu cair dan gaul sebati. Masukkan laici yg di siat2 tadi. Bila dah siap, bolehlah di hidangkan bersama puding tauhu lemak manis.
  2. Selamat Mencuba.

Tuesday, October 1, 2013

Kari Ikan Gaya GOA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu kari ikan gaya GOA yg kerap saya masak. Walau tak guna rempah kari, tapi rasanya sedap sangat. Terima kasih pada penyumbang resepi asal iaitu Chef Wan dan saya kopipes dari Mat Gebu. Kalau dah sifu kata sedap, mmng sedap betullah tu. Kalau nak merasa tu bolehlah cuba....mmng sedap.




BAHAN-BAHANNYA

  • 600 gram ikan tenggiri- Yatie guna 4 keping isi ikan kachi dan sekeping kepala-di belah 2
  • 3 biji tomato*
  • 3 biji cili hijau*
  • 3 camca besar serbuk ketumbar*
  • 3 camca besar serbuk jintan putih*
  • 2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
  • 2 biji bawang besar, dicincang
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 inci halia, dicincang
  • 1/2 camca besar biji sawi
  • 4 camca besar cili kisar
  • 500 ml santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air)
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 2 biji tomato, belah 3 setiap satu
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum.
  2.  Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
  4.  Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...
Related Posts with Thumbnails