Thursday, October 31, 2013

Asam Tumis Batang Keladi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu biasa2 je tapi luar biasa seleranya bila sesekali menikmatinya. Kalau makan lauk mcm ni, tak payah lauk lain pun dah sedap. Kali ni saya gandingkan dngn ikan goreng dan sambal belacan...mmng sedap betullah. Resepi biasa2 je, boleh juga lihat diSINI. Jomlah semak resepinya, kalau teringin tu, cepat2lah cari batang keladi dan masaklah ikut selera masing2 ya.



Bahan Bahan
  • 2 ikat batang keladi dan buahnya
  • 1/2 cwn air asam jawa
  • 3 tangkai daun kesum
  • garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
  • Air secukupnya
Bahan Di kisar
  • 1/2 cwn ikan bilis, buang kotoran,cuci dan toskan
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • sedikit belacan
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 tangkai cili merah
  • sedikit belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup
Cara- Caranya.
  1. Batang keladi dan buahnya di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Rebus hingga empuk. Toskan airnya bila nak masak nanti.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa dan masukkan pula batang keladi dan buahnya yg di rebus tadi.
  4. Masukkan air secukupnya, bergantung nak masak pekat atau cair. Biarkan hingga mendidih.
  5. Masukkan daun kesum, garam dan gula.
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa bolehlah matikan api dan hidangkan.

7 comments:

  1. bestnya lauk ni kak yati, dulu2 arwah ma selalu buat tapi sejak dia takde ni, mmg dah tak pernah makan pun sbb Liza mmg tak pandai buat ni...hihii

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...Ya Allah sdapnya menu Yatie tghari ni.Selain dri ikn goreng digndingkn dgn ikn masin pn sdapkan...

    ReplyDelete
  3. aslkm akak.... memang betul2 terkenangkan arwah ayah... memang favourite ayah...

    ReplyDelete
  4. berselera makan dengan nasi panas2 ni akak hehe...

    ReplyDelete
  5. tengok gambar pn dah rasa sedapnya.... :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails