Monday, October 7, 2013

Pulut Serunding

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kita sekali lagi di hari isnin yg indah ini. Lama tak makan pulut serunding buatan sendiri. Gara2 dah teringin sangat, mlm tadi saya mengigihkan diri utk masak pulut dan serunding sekali.Kira mlm tadi tidur lenalah bila hajat nak buat dan makan pulut serunding ni kesampaian. Alhamdulillah....sedap tak terkata.. Bayangkan dah pkl 10 mlm mengukus pulut dan buat serunding....suami senyum je, siap tanya lagi....buat apa maaaa mlm2 ni..tidur jelah....he3..

Resepi mcm biasalah kopipes kat Mat Gebu. Kalau singgah blog DTS ni mmng semua menu nak di cuba. Sebelum ni pernah buat di SINI...mmng sedap. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat pulut serunding tu, bolehlah buat ya...mmng sedap.



 BAHAN PULUT :-)
  • 300 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit dan toskan
  • Santan cair secukupnya
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 helai daun pandan, disimpul
BAHAN SERUNDING :-)
  • 1 kelapa parut, pilih yang kulit basah
  • 1 batang serai, hiris halus*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 5 biji bawang merah*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 2 biji cili merah*
  • 1 camca besar ketumbar*
  • 1/2 camca teh jintan halus*
  • 1/2 camca teh jintan kasar*
  • 2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
  • 2 camca besar gula pasir*(*dikisar halus)
  • Garam secukup rasa (agak2 dalam 1/2 camca teh)
  • 1 keping asam gelugor
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SERUNDING :- Tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan garam dan juga kelapa parut, gaul rata. Kecilkan api dan masak sambil dikacau selalu hingga serunding berderai tetapi tidak kering. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan, masukkan pulut dalam bekas dan tuang santan cair sehingga separas pulut. Masukkan garam dan gaul rata. Letak daun pandan dan kukus 20, gaul pulut dan kukus lagi 5 minit. Angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK PULUT SERUNDING :- Sarung tangan dengan plastik bersih, ambil sedikit pulut dan kepalkan. Golek dengan serunding sehingga membaluti pulut. Boleh dihidangkan. (Dalam gambar cm guna scoop ais krim saiz sederhana, sapu sedikit minyak makan pada bahagian dalam scoop ais krim tadi, dan cedok pulut, tekan2 sedikit dan keluarkan. Kemaskan bentuknya dan golek dengan serunding kelapa). Boleh hidangkan...

10 comments:

  1. Kakk!!!...saya baru sebut pulut serunding, sekali tgk ada kat blog kak yatie....

    ReplyDelete
  2. minggu lepas nmpak pulut kat dapur kak Hazila,ari ni kat sini...tak tahan rasanya nk makan..

    ReplyDelete
  3. Tengok resepi serunding ni dah tau sedap!

    ReplyDelete
  4. nyum2..sedapnya makan pulut serunding..

    ReplyDelete
  5. Sedaappnya .....tenguk gambar pun dah terlio.....ini yang buatkankan hati berkoba2 nak buat......
    Ambil resipi dulu ye Yatie......

    ReplyDelete
  6. salam

    1st time tgk pulut serunding ni....slalu dengar nama jak :)
    ble tahan menggoda juga pulut serunding ni :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum... wah...nmpak enakk.

    ReplyDelete
  8. Pulut kuning makan dengan serunding memang la sodapp x dapat nak dinafikan. Best10X. Try cuba makan dgn lain-lain jenis serunding. Kalau yang tak tau tu ,serunding ada macam2, ada serunding daging , serunding ayam n serunding ikan. Semuanya best2 belaka. Leh try yer...

    Serunding.i1corner.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails