Wednesday, January 18, 2012

Garlic Bread and Creamy Chicken Soup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya baru lagi saya buat Mushroom Soup, ni dah buat lagi atas permintaan suami dan anak2. Semuanya suka mushroom soup ni. Kali ni kami sekeluarga makan bersama garlic bread pula, makan masa panas2 mmng sedap betullah. Mushroom soup yg saya buat aritu takyah tumis dan letak bawang segala. Resepi kali letak bawang cincang dan perlulah di tumis sebentar. Memang ada kelainan dari segi rasanya, saya suka resepi yg ni manakala suami dan anak2 suka yg saya buat tempohari. Maklumlah mushroom soup lah katakan, satu family mng suka sangat dngn mushroom. Resepi kali ni boleh juga ditambah mushroom kalau suka, terpulang pada selera masing2lah ya. Jom kita semak resepi. Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah buatnya sendiri..lagi puashati dan puas makan.



Bahan Utk Garlic Bread
Sumber-Fendi@myresipi.com
  • Roti France
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar mentega
  • parsley kering secukupnya
Cara-cara
  1. Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna api dapur je..
  2. Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.
  3. Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.
  4. Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C
Bahan2 Utk Creamy Chicken Soup
Sumber-Mohd Roslan, Tun Telani, Zaliedana
  • 50 gm butter/margerine
  • 1 labu bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sudu kecil dried oregano(boleh juga guna dry parsley)
  • garam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
Cara Menyediakannya
  1. Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  2. Masukkan bawang putih dan tumis lagi.(Pas msk bwng putih,aku terus masukkan tpng gandum,utk mengelakkan dari berketul)
  3. Masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak, masukkan sedikit air dan kuib ayam. Masak sampai kuib ayam larut.
  4. Kecilkan api dan masukkan tepung gandum, kacau sampai rata.
  5. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2,gunakan whisker jika perlu.
  6. Masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih.
  7. Perasakan garam dan masukkan oregano.
  8. Siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..

21 comments:

  1. Wsalam Yatie.. Apa kbr? Tentu harum satu rumah dgn bau garlic bread kan.. "yummy" trima kasih atas perkongsian resepi nya.. terliur la plak hehe

    ReplyDelete
  2. Simple ja tp sedap. Akak sue ingat buat garlic bread tu just gosok garlic tu atas roti tu n bakar kejap. Hehehe. . Tu la gunanya berkawan dgn org yg pandai msk. . :)

    ReplyDelete
  3. mmg sedap dicicah ngan roti nie,lapar lak bila singgah mlm2 ni..hihi

    ReplyDelete
  4. salam kak yatie.. sukanya ita dengan garlic bread ni.. kalau suami ita dapat tak yah makan nasi pun tak pe.. nampak akak punya ni rasa nak buat esok plak..:)

    ReplyDelete
  5. Assalam kak yatie, sedapnya tgk mushroom soup ni kak..best ni kalau dpt hirup sup panasx2 ni time sejuk beku kat sini:)

    ReplyDelete
  6. Salam Yatie, lapo pagi2 subuh ni.. tp nak g briskwalk dulu. sarapan later!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum akak yatie...
    sedapnya kalau dapat makan nie... kalau anak2 diana mmg suka sgt garlic bread + soup gini...

    ReplyDelete
  8. As'salam Yatie

    memang fav k.ct sangat2 ni. kalau singgah ke giant batu Caves waktu berbelanja, kompom k.ct akan makan dulu mushroom soup ni. Hubby pulak memang dah tahu apa yang k.ct suka makan jadi Hubby ikutkan jerlah..hihi

    K.ct sukalah, nak amik resipi simpan dulu. Kot2 teringin nak buat boleh cuba resipi Yatie pulak..mintak halal ya Yatie..tr kasih :)

    ReplyDelete
  9. Salam kakk..apa2 pun klu wak sdri ni memang jimat kan..klu kdainya smgkuk ciput je dh 3 hngit...buat sdri lgiii sdppp..puas mkn anak branak kan...

    ReplyDelete
  10. salam kenal Yatie... sedapnya chicken soup, favourite anak2 saya tu...saya mintak izin follow & copy resepi ye....tima kasih ^_^

    ReplyDelete
  11. kak yatie...
    mas nak buat gak sup ni....
    dah lama bertanggguh....
    hmmmm...tak tahan lak nengoknya..he3

    ReplyDelete
  12. Dah lama teringin nk hirup mushroom sup ni tp tak buat2 lagi... amek resipi dululah ye Yatie... cuti raya cina ni boleh try buat...

    ReplyDelete
  13. sedap sgt! kak yatie, tun pun masa 2nd time buat ni, tambah jugak mushroom yg tun cincang2.

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap...boleh mama try nanti...

    ReplyDelete
  15. WoW! bestnya....cecah lak ngan mushroom sup...memang ngam lah..:0

    ReplyDelete
  16. asslam yatie,
    cantiknya set pinggan yatie ni..kita tengok
    pun bekenan ler..dah lah tu tengok garlic bread & soup tu lagilah terasa nak ngap aje..ni..

    ReplyDelete
  17. Assalam Yatie cayangg....waah baru ajee beberapa hari x jenguk...berderet menu keluar..semuanya menambat selera... Akak bz 3 hari ni...hehee..menguruskan anak2 dara balik, x sama tarikh, xleh la si adik menumpang si kakak...hahaha...

    ReplyDelete
  18. Nampak sedap! Jemput baca resipi saya . Simple sgt

    http://rehanswardrobe.blogspot.com/2014/11/garlic-bread-sangat-simple-sedap-kenyang.html

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails