Monday, January 21, 2013

Bawal Tumis Asam Lada Hitam

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kita di minggu baru dngn mood baru. Tuan rumah busy yg teramat sangat, jadi masak yg mudah2 je. Lama tak bersiaran kan, tapi takpelah, sekurang2nya ada juga peminat setia yg sudi berkunjung ke blog Sinar Kehidupanku. Terima kasih kawan2 semua, sokongan dari anda amat2 saya hargai. Resepi ikan ni mudah je, rasanya menu simple mcm inilah yg kerap saya masak masa baru berumahtangga dulu. Kebetulan suami suka masakan yg pedas2 masam, mmng kena betullah selera kami masa tu. Jadi pada adik2 di luar sana yg mahu bermesra2 dngn dapur tu, menu ini mmng sesuailah utk di cuba....mudah je, yg pasti ianya sedap sangat. Jomlah semak resepi mudah ni....



Bahan-Bahan
  • 4 ekor ikan bawal- sederhana besar- guna ikan lain pun boleh
  • 1 btng serai- di titik
  • Daun saderi/sup- dihiris halus
  • 1 sudu besar lada hitam-tumbuk, saya guna yg dah kisar kasar
  • 2 sudu besar asam jawa-bancuh bersama 1/2 cwn air
  • 2 sudu besar kicap jalen manis
  • Garam dan sedikit gula
  • Sedikit kunyit serbuk utk goreng ikan
  • Minyak secukupnya
  • 1 cawan air atau secukupnya
Bahan di hiris
  • 2 tangkai cili merah
  • 2 tangkai cili hijau
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
Cara-Cara
  1. Siang ikan, kelar permukaannya, cuci bersih dan toskan. Gaul ikan bawal bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga  masak. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumis bahan yg di hiris tadi, masukkan juga serai yg diketuk tadi. Tumis hingga naik bau.
  3. Setelah wangi, masukkan air asam jawa. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air lagi jika perlu.(ikut selera masing2 ya nak kuah bnyk atau sikit)
  4. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi dan gaul sebentar. Perasakan...sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan hidangkan.Taburkan bersama daun sup yg dihiris halus.
  5. Sedap di makan bersama nasi putih panas.

8 comments:

  1. Tie... tiap kali nampak resepi ikan bawal, teringat aku kat ayahandaku...suka sangat beli ikan bawal, dulu kami goreng, atau masak kicap je... (zaman takde blender) sekarang ni macam2 resepinya ye Tie..

    ReplyDelete
  2. sedappp ikan bawal ni, lembutje kan isi nya, tapi disini jarang dpt yg fresh selalu yg forzen je tulah akak jarang beli, tengok ni macam sedap gak nak kena cari jugak ni

    ReplyDelete
  3. husband sy suka ikan bawal tapi kalu masak sambal2 macam ni ahruslah dia merajuk.. bagus gak, sy dpt mkn byk, hehe

    ReplyDelete
  4. nak try la, bahan2 pun simple jer tp kena guna ikan lain la sbb tak de ikan bawal. agak2 klu guna ayam sedap tak kak?

    ReplyDelete
  5. masak yg simple2 mcm nilah yang sesuai bagi ibu2 bekerja.. boleh dicuba nanti resepi ni.. t.kasih ye yatie..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya ikan bawal goreng... makan dgn nasi panas ni pasti bertambah2

    ReplyDelete
  7. tangkap selera lbih kalau makan nasi lauk macam ni..sepinggan jadi 2 pinggan..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails