Monday, January 14, 2013

Talam Sinar Pesona

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kita di minggu baru, moga semuanya baik2 saja. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi kuih talam yg sangat sedap. Macam biasalah, dah tuan rumah suka buat kuih2 mcm ni, jadi terciptalah idea utk buat kuih talam yg sedap dan mempesonakan bila di pandang. Bukan saja cantik di pandang tapi sedap bila di rasa. Rasa gabungan 3 perasa membuatkan kuih ini sungguh istimewa. Kalau kawan2 nak tau macamana rasanya tu, bolehlah mencubanya...mmng berbaloi...enak banget....ada rasa coklat, rasa pandan dan rasa labu..perghhhhh...mmng best...jomlah semak resepi mudah ni...kalau teringin tu, bolehlah cuba...                




Lapisan Tengah - Guna Loyang 10x10x2 @3
  • 1 cawan labu manis- yg sudah di parut/sagat halus
  • 1 1/2 cawan tepung beras*
  • 2 sudu besar rata tepung jagung*
  • 1 cawan santan pekat*
  • 2 cawan air*
  • 1/2 cawan gula castor*
  • 1/2 sudu kecil garam*
Cara- Caranya
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis  dan masak hingga naik wap, Sentiasalah di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit - tutup api.
  2. Masukkan labu yg di parut tadi dan kacau rata. Ketepikan dulu.
Lapisan Atas dan Bawah.
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar rata tepung jagung
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • pewarna hijau dan perisa pandan
  • pewarna coklat dan coklat emulco
Cara- Caranya
  1. Bancuh semua bahan, kecuali perisa dan pewarna. Tapis semua bahan ke dlm periuk & masak hingga naik wap. Hendaklah sentiasa di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satu bahagian letak pewarna hijau dan perisa pandan, manakala satu bahagian lagi letak pewarna coklat/ coklat emulco. Gaul sebati. Ketepikan.
Cara Melapis dan Memasak Kuih.
  1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu rata sekeliling loyang dngn sedikit minyak.
  2. Tuangkan adunan hijau dan kukus dlm 10 minit.
  3. Cakar2kan sedikit permukaannya dan tuangkan adunan tengah dan kukus selama 15 minit.
  4. Tuangkan pula adunan coklat dan kukus selama 20 minit.
  5. Setelah siap, angkat dan biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik. 
** Pastikan setiap lapisan tidak terdapat air di permukaannya. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan buangkan airnya guna sudu/ kitchen towel, barulah tuang adunan seterusnya dan kukus spt masa yg di kehendaki. Ini bagi mengelakkan kuih lembik dan tak cantik setiap lapisan. Selamat Mencuba.

13 comments:

  1. oooo... pakai labu ye Tie... patutlah ada urat2 kuning tu, ada wangi coklat & wangi pandan lagi!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yatie

    Alhamdulillah dah dapat masuk, cantik kejadian kuih talam ni bersinar mata tengok, tak sabar nak mencuba. Yatie memang pakar dalam pembuatan kuih talam. suka kak ct tengok. Izinkan kak ct copy ya. Tq :D

    ReplyDelete
  3. ni baru boleh dikatakan judge a book by its cover..cover ngan book nampak menarik...sedapnyaa..heheheeh

    ReplyDelete
  4. Aslmkum Yatie.cantik dan kemas potongan talam....nama pun sesuai dg rupa parasnya...ada rasa coklat pandan tentu sedap....

    ReplyDelete
  5. Assalam Yatie cayang...adehh rindunya, semoga Yatie sihat2 selalu hendaknya... Waaaah, mmg terpesona habis akak tgk kuih talam ni....terliuurrr jek pandang taauuu... Bila la nak merajinkan diri buat2 kuih pulak ni....mintak sikit la Yatie...take care, muuuaahhh!

    ReplyDelete
  6. wah dapnye kak..baru je zila try kuih lapis labu kak yati..dah kuih lain kuar lagi..masuk list jela dulu

    ReplyDelete
  7. cantik je warna dia......
    mmg tue ke nama kuih nie...??

    ReplyDelete
  8. gabungan yg mantap ni yatie... ada 3 perasa yang tentunya semua sedap2 belaka.. boleh cuba one fine day... hehehe... tp now kalau nak buat kuih takleh wat byk2 sbb kat rumah dah kurang sorang ahli keluarga.. hehe.. yg ada kat rumah tu pulak bukan penggemar kuih2 manis.. jd mmg kena buat half adunan jelah kot.. anyway thanks utk resepi yg menarik ni ye yatie.. akak simpan dulu..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaykum Kak Yatie...
    salam kenal kak. Saya suka sekali jenguk blognya kak Yatie ini. Terpikat deh dengan bebagai macam kue talamnya. Talam Sinar Pesonanya sungguh menggiurkan kak, pastilah lezat ini...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Kak Yatie, saya minta izin copy ya, terima kasih..

    ReplyDelete
  11. salam dek yatie manis kussss... akhirnya kak ilah dah buat dah..pagi ni dah sapu sawangan di dapo maya.. N3 pertama resepi dari yatie..terima kasih atas resepi ini..tapi kak ilah gantikan dgn nangka madu.... yatie pembakar semangat kak ilah utk tahun 2013 hehehe..terima kasih ratu talam kusss..muah3x

    ReplyDelete
  12. TK lah Yatie. Dah byk kak ana copy resepi

    ReplyDelete
  13. Salam..baru saja mambuatnya....sangat sedap....Terima kasih kerana kongsi resipi....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails