Thursday, January 10, 2013

Kuih Dadar/ Gulung/Ketayap Inti Durian

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni buat kuih ketayap/dadar/gulung gara2 nak habiskan inti kelapa durian yg saya buat semalam. Masa tu buat dlm 2 biji kelapa, mmng sedang elok je utk kuih dadar ni pulak. Sejak2 ni sedap pulak makan menu berkaitan durian, maklumlah dah nak habis musim, nnti dah tak musim mencarilah pulak durian ni. Resepi ni mcm biasa je, boleh juga rujuk diSINI, kalau rajin tu bolehlah letak warna yg lain bagi ceria sikit. Kali ni nak cepat, buat warna hijau je...lagipun warna hijau je yg sangat laku kat rumah ni..jomlah semak resepi mudah ni, sambil taip ni sambil makan kuih gulung inti durian ni..perghhhh sedap betullah..



 Utk Inti Kelapa Durian

  • 1 biji kelapa- parut putih je
  • 1/2 cwn gula merah/gula melaka 
  • 3 sudu besar gula pasir(manis ikut suka)
  • 3 sudu besar lempuk durian- boleh guna isi durian juga
  • 2 helai daun pandan di simpul
  • sedikit air utk masak gula merah/melaka dan gula pasir- tapiskan

Cara-cara

  1. Satukan gula merah bersama sedikit air panas. Gaul rata dan tapiskan. Ketepikan dulu.
  2. Dalam kuali masukkan kelapa parut putih, gula pasir dan secubit garam. Gaul rata.
  3. Masukkan air gula merah/melaka tadi dan gaul rata. Masukkan daun pandan yg di simpul dan masukkan sekali lempuk/isi durian. 
  4. Guna api sederhana dan gaul rata sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan dan masak sehingga sedikit kering.
  5. Angkat dan keluakan daun pandan tadi. Sejukkan dan bolehlah di buat inti kuih.
Bahan-bahan.

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil pewarna hijau 
  • 1 sudu kecil pes pandan
  • 2 cwn air
  • 1 cwn susu segar/santan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • minyak utk oles pada kuali/non stick pan
 Cara-cara
  1. Gaul tepung,susu/santan,air,telur dan garam. Letak 1 sb minyak masak dan gaul sebati menggunakan whisk atau senang di blend terus.
  2. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidang.

8 comments:

  1. Owh sedapnye nampak kuih ni. Kaler pun sungguh menarik. Haruslah buat wiken nanti...

    ReplyDelete
  2. Tergoda dengan color hijau kuih ketayap ni....kuih fav anak bujang saya ni.

    ReplyDelete
  3. saya kalau mkn kuih ni,, mkn kulit luar je, kelapa letak tepi... :P

    ReplyDelete
  4. Sedapnya tengok kuih ketayap kak yatie ni... dah tu inti durian lagi lah tergoda :D

    ReplyDelete
  5. salam yatie..kuih ketayap simple n sedap....tambah2 gamba yg marbeles tuh!!:D

    ReplyDelete
  6. peberet cikwan jugak ni...perisa durian lagi la suka. like3 <3

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails