Tuesday, October 30, 2012

Sambal Sotong Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ini menu biasa je. Sambal sotong sedap yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Lebih sedap lagi kalau makan dngn nasi lemak..perghhhhh mmng  mabeleslahhhhh. Menu siang tadi, ringkas je kan....jomlah semak resepi sempoi ni....tak tau nak kata apa2 daaaaaaa.....


Bahan-bahan
  • 1 kg sotong (dibersihkan dan toskan)
  • 1 labu bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 biji bawang merah *
  • 1/2 inci belacan  * 
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1 cwn cili kisar
    1 sudu besar kicap jalen manis
    1/2 labu bawang besar (dimayang)
    garam dan gula - secukup rasa
  • 1 /2 cwn minyak utk menumis
Cara-cara
1. Rebus sotong separuh masak dan toskan.
2. Kisar bahan2 bertanda *.
3. Panaskan minyak di dlm kuali.Tumis bahan2 kisar dan cili kisar hingga wangi dan pecah minyak.
4. Masukkan kicap, garam, gula dan sedikit air. Kacau rata2.
5. Masukkan sotong, bawang besar yg di mayang dan jus air asam jawa. Gaulkan sebati.
6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa masam, manis dan masinnya, tutupkan api.
6. Setelah siap, angkat dan bolehlah di hidangkan.

6 comments:

  1. menarik la resepi kak yatie ni..kuahnye pekat..mesti sedap kak...

    ReplyDelete
  2. oh kak yatie menggoda zila tau sotong tu..nak wat jugek la ni ari..nk mintak jauh..

    ReplyDelete
  3. balik kang nak beli sotong la..kalau dapat yang ada lemak2 tu pun best kan..

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak yatie...kita nak try resepi akak ni :)

    ReplyDelete
  5. Saya nak try resepi ini..nampak macam sedap pulak

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails