Saturday, August 11, 2012

Almond London

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah biskut kegemaran anak2 saya. Malam tadi Seri dngn Dina yg menggentel biskut ni, pagi tadi tugasan mamaNya pulak salut coklat pada biskut ni, pastu Hamka plk tlng tabur badam kat atasnya. Terasa kecoh je masa buat biskut ni, maklumlah semuanya ikut membantu...tapi seronoklah pulak. Biskut ni dibuat sempena menyambut kepulangan anakanda tersayang Mohamad Talhah dari London esok,jadi mmng bersesuaianlah biskut ini disajikan. Alahaiiiii saje je sebenarnya, maklumlah puasa2 ni takde modal nak berceloteh, nnti ntah apa2 plk yg dicelotehkan.

Sebelum ni buat guna tepung gandum je, kali ni ada 3 jenis tepung dlm adunan biskut ni, mmng sedap dan rangup biskut ni. Pada kawan2 yg masih tercari2 lagi resepi Almond London yg sedap tu, boleh cuba resepi ni. Terima kasih pada Nizamadey@myresepi kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, juga pada Rahel yg mewar2kan biskut yg sedap ni. Kak Noor juga dah buat biskut ni, siap ada love lagi. BTW terima kasih semuanya. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepinya.



Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung*
  • 300 gm tepung gandum*
  • 2 sudu tepung beras*
  • 1 tsp baking powder*(*di ayak bersama)
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)
  • sedikit butter/shortening utk cairkan coklat
Cara-cara
  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

14 comments:

  1. kak yatie...
    dah banyak ke ngukis kak..
    hmm..sedapnya tengok almond london akak tu...

    ReplyDelete
  2. Aslmkm kak yatis...comel2 biskut akk...td saya pon dah siap salut coklat..nk ngemas satu hal lak..huhu...

    ReplyDelete
  3. waalikumuslam Yatie...
    wah tentu happy ya menyambut kepulangan anak tersayang Mohammad Talhah tu mmg sesuai sngt ni hidangkan almond london ni kan,akak pun sedang bersembang dengan orang london jugak ni macam2 cerita dengan puasa nya disana yang terlalu panjang pukul 9.30 malam baru berbuka,syukurlah sempat lagi berpuasa dinegera sendiri,apa2 pun almond london rahel mmg sedap crunchy anak2 suka sngat mungkin gabungan banyak tepung tu kot kan...

    ReplyDelete
  4. biase sy order je biskut ni, tp tahun ni tak order, buat pun idak..makan time beraya rumah org je lah ye..

    ReplyDelete
  5. Asslmkum kak!
    Ada pembantu baru lah bleh bwt biskut byk2 kan. Almond landon ni mn2 rmh pun mesti ada. Sue dl suka mkn biskut ni, but now mcm x bp suka sgt dah. :)

    ReplyDelete
  6. kita selalu stress bila part choc tu,
    choc cepat keras.. cmane ea kak? huhuh..

    Jangan diulang kecewa, kelak engkau terusan merana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna teknik double boil tu.. pakai compound chocolate. InsyaAllah ok..

      Delete
  7. Apa bezanya compund coklat dgn coklat masak biasa yg mudah dapat di kedai....?

    ReplyDelete
  8. Sedap sgt.. thanks sis bg resepi ni.. xsmpt raya 1 balang husband dah abiskn...

    ReplyDelete
  9. sis, izin kan sy ambik resepi yer....

    ReplyDelete
  10. Sis..izinkan saya ambil resepinya ya..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails