Wednesday, August 1, 2012

Vadai/ Magelek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Vadai/magelek ni saya buat petang tadi utk berbuka puasa. Bila bln puasa ni suka pulak makan yg bergoreng. Masa goreng ni pun dekat2 nak berbuka baru goreng sbb nak makan masa panas2. Bila panas lagi tu rasanya sedap sngt, garing diluar dan lembut di dalam. Kali ni amil resepi dari Mat Gebu lagi, dan menurut Che Mat resepi ni adalah dari Rinchan. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Tetiba teringat masa beli vadai ni dulu, mamak tu beri sekali sebatang lada hijau utk di makan bersama vadai/magelek ni....tu yg tangkap gambar dngn ladanya sekali..he3..


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 250 gram kacang dhal, cuci dan rendam 4 jam
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 1 camca teh jintan manis
  • 2 tangkai cili kering, gunting kecil2
  • 1 tangkai daun kari, dilurut
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan kacang dhal tadi, kemudian kisar hingga hancur, kalau masih ada sedikit biji2 kacang dhal pun tak mengapa. Kisar tanpa air. (mat guna food processor). Tuang ke dalam bekas.
  2. Masukkan jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari (kalau daun kari anda besar, hiris sedikit). Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Biar sekejap.
  3. Ambil sehelai plastik bersih, sapu dengan sedikit minyak makan, dan ambik anggaran 1 camca besar penuh adunan vadai, bulat2 dan leperkan sedikit. Susun atas loyang yang telah dialas plastik dan juga disapu sedikit minyak. Buat hingga siap.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Jika suka, boleh juga masukkan beberapa helai daun kari dalam minyak gorengan tadi bagi menambah aroma. Boleh hidangkan untuk minum petang... Selamat mencuba!!..



5 comments:

  1. malam malam terdetik hati nak tengok blog kak yat, eh tak sangkaaaa, esok saya pon plan nak buat vadai ni, ada balance lg dhal yg sy bawa balik aritu, tengs kak yatie, sy copy resepi!

    ReplyDelete
  2. Asslmkum kak!
    Sue klu vadei ni, suka yg garing2. Kalo yg keras rangup2 tu lg suka. Ada org x suka mcm tu. Buat patah gigi katanya. . Hihihiii

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak makan vadai...mmg sedap makan panas2.klik nuff yatie.

    ReplyDelete
  4. dh lama jgk x mkn vadai nie kak.rajin kak yatie buat..zila suka yg panas2 best tue:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails