Wednesday, September 14, 2011

Kek Kukus Velvet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni nak kongsikan bersama resepi kek kukus velvet yg kerap saya buat utk majlis tertentu. Selain rasanya yg sedap, warna yg menarik, mmng wajiblah saya buat lagi dan lagi kek ni...dahtu mudah pula utk membuatnya. Kek ini juga antara juadah masa open house tempohari. Keesokkannya pula kakak saya menempah utk jamuan open house di rumahnya. Kira kek terlarislah buat kaum keluarga kami. Terima kasih pada K.Fida kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Kalau kawan2 nak tengok resepi yg guna sukatan cawan pun boleh lihat di SINI. Saya mmng kerap gunakan resepi yg sukatan cawan, ianya mudah. Ok, pada yg pening nak buat kek apa utk open house ari minggu ni..bolehlah cuba resepi kek kukus velvet yg sedap ni. Jom kita lihat bahan2 yg diperlukan.



Bahan-bahan
  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 225 gm gula halus
  • 220 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil rata baking powder
  • 1 sudu besar ovallette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna merah, kuning dan hijau
  • asam hawflakes secukupnya
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 3 bahagian....letak pewarna kegemaran.
  4. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama, letak merah dulu menggunakan 6 sudu makan setiap adunan dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  5. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
  6. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  7. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan, ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 3 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...

13 comments:

  1. cantik je tgk kek akak ni... saya belum buat lagi kek ni...

    ReplyDelete
  2. huhhhh...saya buat baru ni tak jadi ler... frust sungguh..dalamnya macam tak masak...sayang jer telur...sib baik suami saya tak tau saya wat kek tu.. :(

    ReplyDelete
  3. memang cantik dan rajin..belum lagi ada kerajinan begitu

    ReplyDelete
  4. Kak yatie, saya ni nak melapis tu yang bercinta sangat

    ReplyDelete
  5. cantikk la kek kukus tu kak..
    berseri2 jerk...

    ReplyDelete
  6. kak yatie...cantiknyer..takut la nak wat, risau masuk air..huhu

    ReplyDelete
  7. akak.. yg nie diana x perna lg buat... insyaallah akan diana buat dlm masa terdkt... nampak sedap..

    ReplyDelete
  8. salam kak...saya dah cuba resepi akak ni...menjadi...terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Awesome! Its genuinely awesome article, I have got much clear idea regarding from this piece of writing.


    Feel free to visit my site getsmarq.com
    Also see my page: tsvetnoy.pp.ua

    ReplyDelete
  10. I like the helρful infо you supрlу оn your aгticles.
    I will booκmark yοur weblog and taκе
    а lοok at again here regularly. Ι am somewhat suгe I'll be informed a lot of new stuff right right here! Best of luck for the following! just click the following internet site

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails