Thursday, September 29, 2011

Puding Roti Karamel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi Puding Roti Karamel yg sangat sedap. Lama dah teringin nak buat puding ni, asyik tertangguh je. Bila dah buat dan merasa puding ni...hai terfikir pulak, kenapalah saya tak buat awal2 dulu...sedapnya bukan main lagi. Lebih sedap bila di makan sejuk puding ni. Terima kasih pada Kak Rosaliza kerana berkongsi resepi puding yg mudah dan sedap ni. Ramai juga kawan2 yg telah mencubanya, antaranya K.Nor, Kak Ummi, Mat Gebu, Mas dan.....maaf ya tak berapa ingatlah. Rata2 mengatakan puding ni mmng sedap sangat. Pada kawan2 yg belum mencuba tu, bolehlah mencubanya...saya jamin mmng sedap dan akan buat lagi dan lagi dan lagi......Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.



Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat - Yatie letak 3/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - Yatie kukus 30minit je.
  4. Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.

23 comments:

  1. salam Yatie. nak cuba sebab nadia suka sangat puding roti. kalau sudi, sila amik award kat blog Kjee yer.

    ReplyDelete
  2. petang ni gak kita buat..sebab ada roti lebih..

    ReplyDelete
  3. kak yatie..memang sedap puding roti ni..
    mas pun dah banyak kali buat tau..
    halus jerk kan puding ni..

    ReplyDelete
  4. ermmm dapnyer
    kaloi reti beli jerk hhehehehe

    ReplyDelete
  5. Assalam Yatie, terima kasih kerana bagi sokongan pada resipi ni, halus n mulus je kejadian puding tu

    ReplyDelete
  6. salam yatie.cantiknay puding yg yatie buat ni.mai sepiring:)

    ReplyDelete
  7. salam yatie lama pulak x buat pudding roti ni..buat pun dha byk kali..mcm nak aje yg org punya hehh

    ReplyDelete
  8. cantik dan sedap kak.. suka resepi ni..:)

    ReplyDelete
  9. Singgah tgk puding roti karamel. Mmg sedap jika kita makan setelah puding ni disejukkn dulu..

    ReplyDelete
  10. Lama tak makan ni...nampak sedap sangat...kena break dari blogging cari makanan dulu...hehehe..

    ReplyDelete
  11. akakkkk..saya pun dah buat.. ehhehee

    ReplyDelete
  12. wahh menarik la kak, nampak pun dah tau sedap tu...harus dicuba nanti:)

    ReplyDelete
  13. mmg tergoda tgk puding roti yg akak buat nie ... teringin nak cubanya.. diana suka sgt makan puding gini.. sedap2! terliur plak tgk lelama tau.. hehehe

    ReplyDelete
  14. Sedap kan Yatie....asyik nak lagi dan lagi dan lagi je eh.. ^__^

    ReplyDelete
  15. wah terliur rasanya ....sedappppp.....terasa nak operasi lah....

    ReplyDelete
  16. Sedap nya tgk puding nih... nak cuba la buat...

    ReplyDelete
  17. tengok gambar pun dah terasa sedapnya...
    tunggu ada jamuan kat opis..nak cuba buat. Kalau buat untuk famili tak berbaloi sebab anak2 tak suka puding

    ReplyDelete
  18. Salam yatie...susu cair bleh x tkr fresh milk

    ReplyDelete
  19. sdp sangat.pernah buat bila roti tak habis.anak n suami suka makan

    ReplyDelete
  20. salam kak yatie..semalam shda try wat...dorang kata sedap..shda x makan pun..buatkan utk test food

    ReplyDelete
  21. Salam yatie,...wah kalau baca komen diorang cam x sabar2 nak try buat esok. Harap2 hasilnya memuaskan. Tkasih.




    ReplyDelete
  22. Hari tu dah try, hari ni nak buat lagi sebab sedap, yummiezz! Esok boleh bawak gi birthday party my niece:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails