Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya masih sempat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Rindu rasanya pada kawan2 semua, maklumlah suasana dan bahang raya ni masih terasa, tak putus2 di kunjungi teman2 dan sanak saudara. Bila suasana macam ni mmng meriah tapi nak update blog jadi malaslah pulak. Bila dah penat sangat tu, satu apa pun tak jadi....lama betul nak balik semula mood rajin berblogging ni.
Oklah, di sini saya nak kongsikan bersama foto2 yg sempat di ambil sempena raya tempohari. Saya mempunyai keluarga besar iaitu ada 8 beradik 7 perempuan dan seorang saja lelaki. Suami saya pula cuma 2 beradik je. Tiap2 malam raya mmng saya akan berada di rumah mertua sebab kesian mak dan ayah mertua...kalau tak, mereka berdua jelah yg masak ketupat dan rendang segala. Suasana tu jadi sunyi dan sepi. Melihatkan keadaan itu saya pun mengambil keputusan utk sama2 memeriahkan malam raya bersama mereka. Selepas marhaban di pagi raya, saya pun berkunjung kerumah ayahanda dan bonda kesayangan pula. Nasib baiklah rumah kami berdekatan, bila raya senang sikit....boleh berkunjung kerumah kedua2nya sekali...alhamdulillah seronoknya.
Sebenarnya saya dah tak sabar nak kongsikan bersama2 foto2 raya ni, tapi kesihatan yg tak mengizinkan. Raya kedua saya mengalami sakit pinggang yg teruk. Agaknya terlalu banyak buat kerja masa sblm raya sehinggalah menjelang raya. Bila dah buat kerja tu, terlupa diri ini tak mampu melakukan tugas2 berat. Bila dah sakit tu, menyandar jelah...segala pergerakan jadi terbatas. Syukur alhamdulillah bila dah berurut tu, nampak oklah...rupanya tegang urat, terpaksalah betul2kan balik urat2 yg terseliuh tu...hah3....luculah pulak...
Oklah jom kita lihat foto2 yg tak seberapa ni. Minggu ni pun saya sibuk sebab nak buat kenduri kesyukuran anak sulung saya Mohamad Talhah. Pada 16.9.11 depan anak saya akan berangkat ke England utk melanjutkan pelajarannya. Moga semuanya berjalan lancar dan di permudahkan segala urusan. Sekali lagi kami terpaksa berpisah demi tugas, tanggungjawab dan cita2. Semoga Allah SWT memberkati kami sekeluarga. Aminnn...
Tema thn ni merah...merdeka raya....
Gambar selepas marhaban, saling bermaafan
Gambar anak2 yg menjadi penyeri hidupku dan suami
Gambar kami sekeluarga bersama ayah dan ibuku
8 beradik bersama ayah dan ibu tersayang (Hamka nak gambar juga)
Wah merah Yatie sekeluarga tahun niii..kita org coklat..Pe2 pun selamat hari raya maaf zahir batin. :)
ReplyDeleteSalam akak...wah tema merah tahun ni..meriah sungguh kenduri sama ngan meriahnya baju raya...hehehe
ReplyDeleteselamat hari raya buat kak yatie sekeluarga..
ReplyDeletemeriahnya.......
seronok mas tengok...
salam lebaran kak.. seronok betul tengok org ramai dtg rumah.. hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum akak..
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri... maaf zahir & batin..
wah meriahnya raya kat sana yer akak... suka tgk pic2 kat atas tu.. cantik semuanya d hari raya.. ;)
Salam Kak Yatie, selamat hari raya, maaf zahir dan batin ya. Seronok tgk family Kak Yatie yg ramai, mesti meriah kan.
ReplyDeleteselamat hari raya kak yatie...wah! serba merah gitu,,tahniah juga untuk anak bujang akak..ke oversea plak dia yek....
ReplyDeleteSelamat hari raya kak yatie... tahniah pada talhah, semoga berjaya...
ReplyDeleteSalam Yatie...cantik sedondon,merah..kemeriahan syawal..sewtahun sekali kan..
ReplyDeleteassalamualaikum.. kak yatie .. team family pakai merah nya syawal ni hehe.... selamat hari raya utk akak sekeluarga :)
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri untuk Yatie sekeluarga...
ReplyDeletewahh serba merah kak
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM..selamat hari raya buat kak yatie sklrg
ReplyDeletealhamdullilah, family kak seperti ayu jua.. berkumpul bersama2...
bersalaman.. dan family seramai beratus2 orang hingga memenuhi ruang tamu hingga luar.. siap pasang balai lagi....
hehehhe
kak.. tahniah utk anak sulong kak.. mohamad tahlal... kirimkan salam dan ucapan tahniah buat beliau ya...
semoga beliau pulang pergi dan kembali dengan selamat dan membawa apa yang diimpikan selama ini.
kak................. akak mmg hebat sebab ada anak2 yang bijak..!
salam aidilfitri dan maaf zahir batin...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya...Yatie...cantik sedondong merah, biru...
ReplyDeleteselamat hari raya
ReplyDeletewah sedondon merah ehee.. selamat raya Kak Yatie
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Kak Yatie :)
ReplyDeleteHarap2 anak2 saya akan ikut jejak langkah anak kak yatie juga :)
salam Yatie.. selamat hari raya..cantik sedondon merahnya..
ReplyDeletesalam syawal buat yatie & family....wahhhhh merah gitu..suka3..:))
ReplyDeleteSalam kak yatie...meriah sungguh hari raya. Tahniah pd anak akak..
ReplyDeleteSalam aidilfitri, maaf zahir batin
ReplyDeleteseronoknya raya..semua spoting
selamat hari raya kak..cantik tema merah tuew
ReplyDeleteorkay
ReplyDelete