Wednesday, September 21, 2011

Rendang Daging Istimewa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semalam saya masak nasi impit, rendang daging dan kuah sayur lodeh utk jamuan raya di pejabat suami. Kami para isteri di bahagi2kan tugas utk menyediakan juadah. Saya kena masak nasi impit dan rendang manakala kawan2 yg lain ada yg masak nasi tomato, ayam masak merah, rojak, satay, mee kari, spaghetti bolognese dan sebagainya. Bila di kumpulkan mmng banyak makanan yg terhidang, cuma pilih je nak makan mana satu. Alhamdulillah rezeki yg ada..sampai tak tau nak makan yg mana satu sbb bnyk sangat makanan.

Ok kali ni saya nak kongsikan bersama resepi rendang daging istimewa yg saya masak semalam. Resepi kali ni mmng tak letak halia dan kunyit utk masak daging. Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah mencubanya....mmng sedap bila di makan bersama nasi impit, pulut dan sebagainya. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan.




Bahan-Bahan
  • 1 kg daging btng pinang ( dihiris kecil dan nipis)
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 2 cawan santan (sedikit pekat)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1/2 ketul gula melaka (hiris halus)
  • 2 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan minyak masak utk menumis
Bahan Kisar Basah
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bwng besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai - di hiris halus dan kisar
Bahan Tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 batang serai - diketuk
Bahan Disangai dan Dikisar Kering
  • 3 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
Cara Memasak
  1. Hiris daging nipis, cuci dan toskan.(Kalau guna daging biasa rebus dulu hingga empuk)
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar basah dan cili kisar dan kacau lagi.
  4. Masukkan bahan kisar kering. Kacau lagi. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga keluar air daging dan kering sedikit airnya. Kacau sesekali.
  5. Masukkan santan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana agar daging lembut elok.
  6. Masukkan pula gula melaka dan asam gelugor. Masak lagi hingga daging sebati.
  7. Bila daging sudah hampir masak, masukkan kerisek,daun limau purut dan garam secukup rasa dan masak hingga kuahnya pekat sedikit. Kacau rata. (bila dah letak kerisek, masakan akan mudah hangus, elok dikacau sesekali.....masa ni guna api kecil je).
  8. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutup api bila daging sudah benar2 empuk dan kuahnya pekat/kering.
  9. Setelah siap bolehlah di hidangkan bersama ketupat, pulut kuning atau nasi impit..

9 comments:

  1. salam salam sejahtera...menarik semua ada lodeh, nasi impit, rendang dgg...selera sungguh negok rendang tu...suka yg basah2 camni..nnt leh lah cuba resepi yatie pula

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak Yatie.
    Sedapnyer rendang daging...pekena ngn lotong pasti terangkat..

    Kak, Tun dah try kuih lepat pisang akak..sedap..tq kak Yatie

    ReplyDelete
  3. pehhhhh.....lontong tu memang sedappp dimakan ngan rendang...
    maunya bertambah2 longtong tu..
    sedappppppnya...

    ReplyDelete
  4. Salam cayang Yatie....waaah nampak sedap dan cantik jer rendang Yatie ni..berkilat lembab gitu...nnt2 mesti akak nak cuba laah...sedap kan...kan...hehe

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Yatie..Wahhh..rendang ni betul2 intimewa..Resipi sayur lodeh akan menyusul tak...? nampak pun sedap tuuuu..sesuai lah mkn ngan nasi impit

    ReplyDelete
  6. Yatie, Lontong tu fav akak sekeluarga, baru je buat sabtu lepas..ank2 balik dari hostel nak mkn..sedap tgk rendang, cicah ketupat best nii..! :)

    ReplyDelete
  7. akak...
    sedap2nya menu kat atas tu akak... meleleh air liur d buatnya.. rendang tu... sayur lodeh lg... alahai... terliur tgk

    ReplyDelete
  8. Akk sy slalu guna resepi akk pd stiap msakan ..sedap dan senang fhm..tq kak..

    ReplyDelete
  9. kak yatie, saya selalu guna resepi ni..sedap kak..tak sangka akak orang johor

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails