Tuesday, September 27, 2011

Victoria Sandwich Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi Victoria Sandwich Cake yg saya buat semalam. Kek ni sedap dan mudah je membuatnya. Anak saya Hamka sampai tanya kenapa tak letak tuna/sardine kek ni. Saya pun pelik juga kenapa dia tanya macam tu. Rupanya ada kaitan dngn nama kek ni iaitu ada perkataan Sandwich di tengahnya. Hah3...klakorlah pulak si Hamka ni, betul gak kan...

Syukur Alhamdulillah sejak 4 hari yg lepas anakanda Mohamad Talhah telah selamat sampai di bumi UK. Bila mendengar suaranya hampir setiap hari, membuatkan hati ini lapang je, terasa dekat sangat di hati walaupun terpisah jauh. Kali ni saya saja menyibukkan diri melakukan sesuatu supaya ingatan padanya tak terlalu sangat. Sejak2 ni pun ada je adik beradik atau mak dan ayah dtng rumah, jadi suasana taklah begitu sunyi. Leka dok bersembang2 membuatkan diri ini terhibur.

Oklah, takleh citer panjang tentang anakanda Talhah, ada kang yg sedih tak tentu pasal. Kita semaklah resepi yg mudah ni ya. Resepi ni saya ambil dari KZai dan KZai C&P dari KG@Yani. Terima kasih pada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya.




Bahan-Bahan:-
  • 250 gm butter
  • 250 gm gula castor - akak bubuh 200 gm gula castor
  • 220 gm tepung kek + 30 gm tepung jagung*
  • secubit garam*
  • 5 biji telor yg besar
  • 2 sudu besar golden syrup
  • 2 sudu teh esen vanila
  • Jem strawberry utk sapu pd kek - akak guna jem strawberry jenama"Smuckers"
Cara-Cara:
  1. Panaskan oven suhu 150C dan sediakan acuan kek 2 biji ukuran 8 inci yg dialas dgn kertas kek
  2. Ayak bahan bertanda *sehingga 3 kali supaya kek jadi gebu dan ketepikan.
  3. Putar butter,gula dan golden syrup hingga kembang dan gebu.
  4. Masukan telor satu persatu sambil diputar perlahan dan bubuh esen vanila.
  5. Masukan tepung dan kaup balik dengan senduk hingga sebati.
  6. Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian dan ratakan kedalam 2 tin kek tadi dan bakar selama 30 minit.
  7. Sejukan kek dan sapu jem diatas sebiji kek dan lapiskan dgn sebiji lagi kek..kemudian tabur diatas kek dgn gula castor.
*Yatie guna loyang 8x12x2"..bakar sekali je, dah sejuk bahagi 2 bahagian dan sapu jam.

12 comments:

  1. Salam.rajin yatie buat kek..sy lama juga x membeingkin ni...x silap zmn sekolah dulu mak pur suka buat kek ni..mmg sdp ...tegah2 sapu jam...

    ReplyDelete
  2. salam yatie - lina pecaya bila yatie kata sedap boleh masuk list...jom tukar cake kita pagi ni sarapan :)

    ReplyDelete
  3. Gd morning yatie. mmg nampak sedap kek tu

    ReplyDelete
  4. kak yatie .. terima kasih atas ingatan dan doa pada fathnin ye.. happy annidversary jga buat akak dan sami ye... menarik kek akak tu..:)

    ReplyDelete
  5. salam yatie..lama akak x kemari..tahniah ye menyambut hepi aniversary ke 20 thn..juga tahniah wat anakanda thalhah yg berjaya melanjutkan pelajaran ke UK.syukur alhamdulillah! moga semuanya dipermudahkan..bak kek sandwich ni 2 potong..hehe!

    ReplyDelete
  6. Bila bukak blog rakan2, seronok betul tengok beraneka jenis kek yang dicuba. Masalah akak ni, kalau buat kek, memang kena terus sedekat kat jiran sebab anak2 tak suka makan kek.. teringin gak nak try buat, maybe one of these days la kot...

    ReplyDelete
  7. sedapnya tgk kek nie akak....kalu anak2 mmg suka makan kek cam nie... tp mummy dia nie x buat2 gak kan.. :D. nie lain kali bole cuba resipi nie plak.. terima kasih akak.. nampak sedap n gebu..

    ReplyDelete
  8. Assalam sis

    Halalkan ye saya amik n guna resipi sis..
    Terima kasih ;)

    ReplyDelete
  9. Boleh tak kukus kek ni?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails