Wednesday, March 26, 2014

Serimuka Batik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Hari ni menu berasaskan pulut hitam lagi. Kebetulan semalam saya buat bubur pulut hitam, jadi saya rebuslah lebih semata2 nak cuba buat kuih ni. Maklumlah nak rebus pulut hitam ni bukannya sekejap, memakan masa yg lama juga. Jadi takmo membazir gas dan masa, saya rebuslah pulut hitam ni lebih. Bila dah empuk tu, saya asingkan dlm 1 cawan utk buat serimuka batik ni. Sebelum ni pernah makan kuih ni, tapi beli je. Dalam hati teringin sngt nak buat, tapi tulahhhhh....bercinta betul nak rebus pulut hitam ni.

Sebelum ni nampak Ayu Singapore buat kuih ni, saya pun tak sabar nak mencuba. Alang2 dah ada pulut hitam yg di rebus, saya pun buatlah utk minum petang. Alhamdulillah sedap kuih ni. Resepi asal menggunakan resepi serimuka pandan Chef Asma, cuma kita tambahkan pulut hitam je. Pastikan pulut hitam tu betul2 empuk ya, baru campurkan bersama pulut putih yg telah di kukus. Sebelum tu toskan air pulut hitam, lalukan kat air paip dan tapiskan supaya bila di campur pulut putih ianya jadi cantik spt kata Ayu. Kalau terus masukkan takut tak nampak perbezaan pulut tu....tak jadilah corak batik tu. Terima kasih Ayu berkongsi resepi ni, izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya.




Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 400 gm beras pulut
  • 100 gm pulut hitam
  • 300 ml santan pekat
  • 250 ml air
  • 1 sudu besar gula
  • 1sudu kecil garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam beras pulut sekurang2nya 3 jam. Saya guna pulut susu, tak rendam pun takpe.
  2. Sementara itu, rendam juga pulut hitam dlm bekas berasingan selama 3 jam. Cuci bersih dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk, lalukan di air paip dan tapiskan. Ketepikan dulu.
  3. Sementara itu, masukkan pulut putih bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  4. Kukus pulut putih selama 30 minit.
  5. Apabila pulut putih dah masak, masukkan pulut hitam yg di rebus tadi dan gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2".Sementara itu buat utk adunan lapisan atas.
Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A
  • 250 gm gula castor
  • 100 gm tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air (10 helai daun pandan- diblender dengan air.-tapis ketepikan)
Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu kecil pandan essence
  • pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:-
  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
  2.  Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje dlm 3 minit.
  3. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30 minit.
  4. Bila dah masak angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong guna pisau plastik.

7 comments:

  1. Sedapnyaaaa .. kc tak pernah try lagi tapi memang nampak sedapp sgt.

    ReplyDelete
  2. sedapnya la haiii...cantik sungguh

    ReplyDelete
  3. salam yatie...
    aduhh.. pagi2 nampak serimuka batik yg menawan ni.... makin lapar dibuatnya...

    ReplyDelete
  4. Assalam...sedapnya..kombinasi pulut ngan pulut hitam tu...kombinasi yg menarik.Hitam putih dan ijo...suka lah dak Hamka tu heheee

    ReplyDelete
  5. dah lama tak makan ni...nak membuatnya entah bila tak tau heheee...

    ReplyDelete
  6. Terimakasih yatie,
    sudi mecuba..trial & error kita ni ya..:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails