Bahan A
- 2 sudu kecil rata yis mauripan
- 1/4 cwn air suam
- 1 sudu kecil gula halus
- 2 cwn tepung gandum
- 1/2 cwn gula pasir
- 1 1/4 cawan air
- secubit garam
- 1 sudu kecil perisa ros/sirap
- 1 sudu kecil pewarna merah
- Satukan bahan A, kacau rata dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
- Satukan bahan B dlm mangkuk besar dan gaul rata.
- Masukkan bahan A tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1/2 jam.
- Lenserkan loyang 9x9x3 inci dngn sedikit minyak, gaulkan lagi adunan tadi sebati dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 1/2 jam lagi. Kukus adunan selama 40 minit.
- Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
- Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.
** Jangan biarkan adunan apam terlebih naik, nnti apam rasa masam dan menurun bila di kukus. Kalau nak apam naik tinggi sikit, guna loyang 8 inci utk adunan ni.
Harus cuba ni
ReplyDeleteAslmkm Yati. Kalau Liana nampak ni pasti dia terpikat dgn warna pink & kuih yg gebusy camni. Along bawa buah tangan kek green velvet sepotong utk Yati,.... mmmmmuah2
ReplyDelete