Thursday, May 30, 2013

Siakap Masam Manis - Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu ikan siakap masam manis kali ni saya masak paling mudah. Kebetulan anak bujang kat UK tanya, mcmana nak masak masam manis. Saya pun cakaplah, janji ada rasa pedas sikit dan masam manisnya...dah kira menjadilah tu. Jadi saya pun nak kongsikanlah juga resepi mudah tu kat sini. Pada anak2 dan adik2 di luar sana, bolehlah cuba resepi mudah ni...mmng mudah dan semestinya sedap. Jom semak resepinya.


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap sederhana
  • 1/2 cwn sos tomato
  • 1/2 cwn sos cili
  • 1/2 cwn air
  • 1 biji tomato-dipotong dadu
  • 2 keping gegelang nenas dlm tin-potong kecil
  • Garam, serbuk kunyit,gula
  • sedikit daun sup-utk tabur atas ikan
  • minyak masak secukupnya
Bahan Hiris
  • 10 biji cili padi merah
  • 1 labu bwng besar
  • 3 ulas bwng putih
  • sedikit halia
Cara Memasak
  1. Ikan di bersihkan, kelarkan permukaan ikan, cuci dan toskan.
  2. Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga masak/garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dulu.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali, tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air. Biarkan  mendidih sambil di gaul rata.
  5. Masukkan nenas dan tomato yg di potong kecil. Masukkan garam, gula dan gaul rata.
  6. Setelah siap dan cukup rata, matikan api dan bolehlah di curahkan kuah keatas ikan siakap dan tabur dngn daun sup yg di potong kecil.

Tuesday, May 28, 2013

Bingka Jagung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan bersama resepi bingka jagung yg saya buat semalam. Pada mulanya nak buat bingka pandan, tetiba tukar plan jadi bingka jagung lah pulak. Kebetulan dah lama tak makan bingka jagung, bila puasa ni, tekak jadi teringin nak makan macam2. Sambil masak sambil membancuh adunan bingka jagung ni. Dapatlah kiranya sediakan juadah berbuka puasa semalam. Alhamdulillah sedap kuih ni, terasa lemak manis jagung krim tu. Resepi macam biasa je, cuma tambahkan jagung manis krim. Pada peminat kuih bakar/bingka tu, bolehlah cuba resepi mudah ni.




Bahan-Bahan-loyang 9x9 inci

  • 1 cawan gula
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn tepung kastard
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar mentega/minyak sapi
  • 4 biji telor
  •  secubit garam
  • 1 tin jagung manis ala krim (cream style golden sweet corn)
  • bijan utk hiasan
  • sedikit pewarna kuning
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati.
  2. Tuangkan adunan dlm mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati.
  3. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
  4. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
  5. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing.
  6.  Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

Monday, May 27, 2013

Sayur Lodeh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sayur lodeh ni saya makan bersama nasi impit dan rendang daging cili hijau. Resepi macam biasa je, pernah juga kongsikan resepinya di SINI. Pada peminat sayur lodeh tu, bolehlah cuba resepi mudah ni. Jom semak resepinya.




Bahan- Bahan Sayur
  • 10 btng kacang panjang - dipotong pendek/serong
  • 2 biji kentang - kupas kulitnya, di potong dadu/kecil
  • 1 btng carrot - di potong 1" tapi tipis
  • 1/4 biji kobis - di hiris
  • 1/4 biji sengkuang- di potong 1 " tapi tipis
  • 2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
  • 1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
  • 2 keping tempe*
  • 2 keping tahu*(* di goreng, dah sejuk di potong kecil)

  • 2 btng cili merah- di potong serong
  • 2 btng serai- di titik
  • 3 cwn santan cair*
  • 3 cwn santan pekat*( saya guna 2 biji kelapa parut, kalau guna santan kotak, saya guna 2 kotak...200ml setiap satu kotak, selebihnya tambah air)
  • garam dan sedikit gula
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar udang kering
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar. Masukkan serai yg di titik.
  2. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yg di potong dadu tadi. Masak hingga sedikit empuk
  3. Masukkan carrot, kcng panjang dan sengkuang. Gaul sebati.
  4. Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
  5. Masukkan santan cair dan biarkan sehingga mendidih sambil di kacau.
  6. Masukkan cili merah yg di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
  7. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
  8. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
  9. Hidangkan bersama nasi impit, lontong, ketupat ataupun bersama nasi putih.

Rendang Daging Cili Hijau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat bercuti pd warga pendidik juga anak2 murid. Gunakanlah masa cuti persekolahan ni dngn sebaiknya. Rajin2 lah tolong ayah dan ibu di rumah ya anak2 dan rajin2lah ulangkaji pelajaran masa cuti ni. Berbalik pada menu ni, sebenarnya saya masak rendang daging ni semalam. Kebetulan hari minggu, jadi bolehlah masak yg berat2 sikit. Rendang daging ni saya masak guna cili padi hijau dan cili hijau. Kalau nak ikutkan rendang ni warna hijau sbb guna cili hijau, tapi bila dah letak kerisik segala dan sedikit kunyit..jadi warna lainlah pulak. Tak kisahlah yg penting rendang daging cili hijau ni mmng sedap. Kali ni saya makan bersama nasi impit, sayur lodeh dan pulut kuning..umphhhhh..mmng sedap sangat. Anak2 paling suka menu macam ni. Maklumlah mama nya dah lama tak masak menu kegemaran diaorang ni... Pada kawan2 yg nak rasa kelainan rendang tu, bolehlah cuba resepi mudah ni. Sebelum ni saya masak guna ayam, kali ni tukar pada daginglah plk...Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 1 kg daging batang pinang
  • 250 ml santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 btng serai-di ketuk
  • 2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • sedikit air jika perlu
Bahan Kisar
  • 4 batang serai-hiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 30 biji cili padi hijau
  • 5 tangkai cili hijau
  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
Cara Memasaknya
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan serai yg di ketuk.
  2. Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana je masa ni.
  3. Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa.
  4. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
  5. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
  6. Sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan bersama nasi impit dan pulut kuning.
**Kalau guna daging biasa, mestilah direbus dahulu hingga empuk, kemudian toskan airnya dan bolehlah di masak seperti biasa.

Tuesday, May 21, 2013

Kek Coklat Kukus- MOIST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak tayang kek coklat pula. Sebenarnya teruja bila tngk K.Nor tayang kek coklat kukus yg mewah dngn strawberry aritu. Kebetulan buah strawberry ada kat petiais dan bahan2 lain semuanya ada, saya pun buatlah kek coklat ni walau takde apa2 majlis. Bila rasa nak makan tu, mmng terus buat jelah....kita juga yg untung...tak payah nak order segala. Kek ni sedap dan moist je. Saya mmng suka kek2 yg di kukus sbb lembut dan moist je. Pada peminat kek coklat tu, bolehlah buat ya. Terima kasih pada penyumbang resepi juga terima kasih pada K.Nor kerana berjaya menggoda Yatie dngn kek coklat yg sungguh sedap ni. Jom semak resepinya..






KEK COKLAT MOIST KUKUS

resipi : chef zubaidah
sumber : alongroz@myresipi 
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( 8-9 inchi  )
  • 100gm Serbuk Koko*
  • 250gm Gula Kastor *  1 tin Susu Isian Cair*
  • 200gm Minyak Masak Sayuran*
  • 250gm Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150gm Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil Soda Bicarbonat
  • 1sudu kecil Baking Powder
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama b.soda dan b.powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.
  3. Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. Tutup loyang dngn aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache.
GANACHE SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan
  • 150gm cooking chocolate
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu besar minyak (sayuran/masak)
Cara:
  1. Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.
  2. Padamkan api dan.kacau hingga choc cair.
  3. Masukkan.minyak dan kacau.
  4. Biarkan seketika baru dicurah atas kek
*kaedah letak minyak ni sbg gantikan butter utk hasilkan ganache yg berkilat. Dn juga kek yg dihias.dgn ganache ni,.ganache.nya.tk mengeras/berkeping bila.dh dibiar dlm peti ais. kaedah ni k.nor pelajari kat kelas deco yg dihoskan oleh chef dr Vietnam baru2 ni..

Sunday, May 19, 2013

Kek Buah Kukus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya buat kek buah kukus yg sangat sedap. Kek ni sungguh moist, lebih moist lagi bila dah semalaman...mmng terbaiklah resepi ni. Sejak nampak Sheila buat kek buah ni, teruja sangat nak mencubanya. Bila kenangkan masa mengukus 4 jam tu, jadi terbantutlah pulak nak membuatnya. Banyak kali tertangguh disebabkan masa yg tak mengizinkan. Maklumlah biasanya siap masak tengahari, terus siap2 nak hantar anak pergi sekolah, lepas tu ambil anak sekolah, pastu hantar sekolah agama pula...pastu ambil dari sekolah lagi...jadi masa yg betul2 free tu takde. Jadi terpaksalah ditangguhkan dulu niat nak buat kek kukus ni. Bila cuti hari minggu baru ni, saya pun tekad nak buat dan merasa kek buah kukus ni. Bila dah buat tu, tak sabar nak merasa.....asyik tengok jam je, bilalah nak masak kek ni...menunggu mengalahkan budak kecik je...he3..

Dalam penantian yg menyeksakan tu, hati saya jadi berbunga riang bila lihat hasilnya. Kek buah ni sungguh cantik hasilnya, buahnya tak mendap di bawah, keknya lembab dan rasanya sedap dan tak berapa manis sangat...kira sedang2 elok je. Saya tak sangka bila suami mengatakan kek ni merupakan kek buah yg mewah mcm kek omputih katanya. Sebelum ni mmng suami saya tak berapa suka sangat kek yg manis2 mcm kek gula hangus tu. Bila rasa kek ni....suami siap tanya pada saya....kenapa kek ni sedap sangat, kenapa tak rasa mcm selalu yg bersarang tu..(kek gula hangus lah tu..) Lain kali buat kek ni jelah..sedap sangatlah...he3...tu dia penangan kek buah kukus ni. Saya berangan dah nak buat utk raya sebagai menu wajib ni. Takmolah nak buat kek asam manis lagi..kih3...ni gara2 kemaruk makan kek buah lah ni anak beranak. Anak2 saya pun semuanya suka...siap makan sikit2 takut habis...

Terima kasih pada penyumbang resepi asal Chef Zubaidah bte Chepa dan dikongsikan resepinya oleh rakan alam maya Sheila iaitu Kamilia Ibrahim/Kak Uteh. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg belum mencubanya tu, saya cadangkan supaya cuba...mmng tak rugi dan mmng berbaloi.....kek ni sungguh sedap sangat. Pada peminat kek buah tu, cuba2lah buat ya sebelum raya...kalau boleh buat sendiri, tentunya jimat sikit....kalau beli dah tentu mahal kan harganya....bila buat sendiri tu, bolehlah di buat hidangan di pagi raya kat rumah mak dan mertua tersayang. Resepi  ni saya copy dari Hana...mekasih ya..





Bahan-bahan
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
  • 350g gula pasir
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran
  • 3 biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat* 
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*
  • 1 sudu kecil esen vanila
 Cara-cara
  1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebentar. Kemudian sejukkan.
  2. Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  3. Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
  5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh juga dikukus 2 jam shj)
  6. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).
Petua supaya kek buah menjadi dgn jayanya. 

** Yatie kukus 2 jam pertama guna api sederhana je dan 2 jam terakhir guna api kecil sahaja. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dngn air panas. Yatie isikan air hampir penuh di pengukus supaya tak perlu tambah air masa mengukus, sedang elok je.

**Bila kek dah masak biarkan dlm 5 minit, barulah di buka penutup kukusan. Lapkan air yg terdapat di atas permukaan aluminium foil dan kelilingnya. Lubangkan kecil sedikit di permukaan aluminium foil supaya wap panas keluar. Bila dah 10 minit barulah buka keseluruhan aluminium foil dan biarkan kek di pengukus sehingga sejuk. Jika kek di angkat dari pengukus terus bila dah masak, buah akan turun.

**Potong kek bila betul2 sejuk. lebih baik di biarkan semalaman dlm tudung saji. Kek ni lebih sedap di makan selepas 2 hari, tapi saya makan je sbb dah terliur sangat...mmng sedap. Bila dah semalaman lagilah sedap dan bertambah moist kek buah ni.

Thursday, May 16, 2013

Bingka Permata Kacang Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi Bingka Kacang Merah yg sangat sedap. Sebelum ni buat guna resepi diSINI, kali ni olah resepinya dan guna kacang merah mcm tu je, tak payah di kisar. Sedap betul makan kuih ni bila tergigit kacang merahnya, macam makan aiskrim lah pulak. Pada peminat bingka tu bolehlah cuba resepi mudah ni. Jom semak resepinya.


Bahan-Bahan
-loyang 9x9 inci
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar mentega/minyak sapi
  • 4 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 tin kacang merah (red kidney beans)-buangkan airnya, cuci dan toskan
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan kecuali kacang merah dan bijan. Kisar sampai sebati.
  2. Masukkan dlm periuk dan masak hingga pekat sedikit dan sentiasalah kacau guna whisk. Guna api sederhana je.
  3. Masukkan kacang merah dan gaul rata.
  4. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
  5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
  6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

Wednesday, May 15, 2013

Kek Labu Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pernah makan kek labu tak kawan2? Kalau tak pernah, bolehlah cuba resepi dari Mat Gebu ni. Kek ni sedap sangat, terasa lemak manis labu tu. Sebelum ni pernah juga nampak Amie buat, Amie berjaya menggoda saya dngn kesedapan kek labu manis. Sebelum ni asyik kita buat talam labu, bingka labu, pengat labu, koci labu, cucur labu dan sebagainya..apa kata kali ni cuba pula buat Kek Labu Manis ni...kalau dah rasa tu, mesti nak buat lagi dan lagi. Terima kasih penyumbang resepi. Izinkan akak kongsikan sekali lagi kat sini ya. Jom semak resepinya....buat taw...




 BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair)
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/4 camca teh garam
  • 450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
  • 2 1/2 cawan tepung gandum *
  • 1 camca teh soda bicarbinate*
  • 1/2 camca teh baking powder*
  • 1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)
 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam macam dalam gambar tu, kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C).
  2. Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
  4. Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  5. Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...

Sunday, May 12, 2013

Kek Seri Batik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Moga kalian semua sihat2 selalu dan ceria di samping insan2 tersayang. Hari ni merupakan Hari Ibu, saya juga tidak ketinggalan utk mengucapkan Selamat Hari Ibu pada semua ibu2 walau di mana jua anda semua berada. Sebenarnya, bukanlah hari ni je kita mengingati ibu yg banyak berjasa pada kita. Setiap hari merupakan hari yg sangat istimewa buat ibu yg tersayang. Terlalu besar pengorbanan ibu yg mengandungkan, melahirkan, membesarkan dan mendidik kita. Tiada tolok bandingnya kasih ibu dan tak boleh diungkapkan dngn kata2...namun daku sentiasa mendoakan moga ibuku,ibu mertuaku sentiasa dlm rahmat dan kasih sayang Allah SWT sentiasa.

Sebenarnya kek seri batik ni saya buat saje je utk minum petang. Kek ni mudah je buatnya, cuma kali ni saya menggunakan santan dan keknya menjadi lebih sedap dan lebih lemak rasanya. Pada kawan2 yg nak merasa kelainan rasa kek batik ni, bolehlah cuba resepi..Jom semak resepi mudah ni.




Bahan-bahan:
  • 400 gm biskut marie - patahkan 2
  • 250 gm mentega
  • 5 biji telor gred A - pukul sikit
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/4 cawan serbuk koko (Yatie guna jenama Van Houten)
  • 1/2 cawan milo
  • 1 sudu kecil nescaffe
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara Membuat:-
  1. Sapukan mentega di sekeliling loyang, ketepikan. Kalau alas plastik lagi mudah di keluarkan dari loyang. Guna loyang 9 inci.
  2. Masukkan mentega dlm kuali, masukkan gula dan bahan2 lain kecuali biskut marie.
  3. Masak guna api sederhana sehingga sedikit pekat dan berkilat. Masa ni guna whisk je gaul supaya rata adunan.
  4. Setelah sebati, masukkan biskut tadi dan gaul rata.Tutup api.
  5. Kemudian cedukkan adunan ke dalam loyang tadi. Ratakan dan tekan padat dengan sudip atau penekan kek lapis.
  6. Biarkan sejuk sebentar dan bolehlah masukkan dalam petiais lebih kurang 1 - 2 jam. Bila nak makan bolehlah keluarkan dari petiais, biarkan sebentar dan bolehlah di potong. Simpan selebihnya semula dlm petiais.

Friday, May 10, 2013

Kek Span Cheese Bersalji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Terima kasih atas ucap selamat hari jadi pada anak saya Seri Izati. Saya amat2 menghargainya, moga doa dan harapan kita semua dimakbulkan Allah SWT. Aamiin.
Semalam merupakan hari yg sangat sibuk, maklumlah minggu peperiksaan bagi anak2. Saya kenalah pantau anak2 supaya membuat persediaan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Kalau mama tak pantau, sudah tentu anak2 pun leka dibuatnya. Lagi2 Hamka yg kena diberi perhatian lebih.
Bila dah selesai semuanya, barulah mama kat dapor sorang2 menyediakan kek utk Seri. Anak2 ni lain sikit, kalau mama tak buatkan kek, diaorang masih ok lagi...tapi dlm hati hanya Tuhan je yg tahu. Bagi tak mengecewakan Seri, mama pun buatlah kek coklat oren span bersalji ni. Resepi asal dari Sweet4ever dan resepi topping saya ikut snow cheesecake. Mudah je kan..

Kek ni sangat lembut dan amat sesuai dibuat kek hari jadi, ditambah pula gandingan rasa oren dan coklat, mmng sedap betullah. Kek ni tetap lembut walau diletak dlm petiais, keknya tetap lembut dan boleh dimakan terus. Pada kwn2 yg nak buat kek birthday utk insan2 tersayang tu, bolehlah cuba resepi ni..mmng sedap..yg paling penting mudah menyediakannya. Selamat Mencuba ..






Bahan-bahan : (loyang 4 segi 8 inci)
  • 150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama)
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telor gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80 ml susu segar
  • 80 ml minyak masak / mentega cair
  • Perisa dan pewarna oren 
  • Coklat emulco
Cara-cara :
  1. Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa dan pewarna oren, satu bahagian lagi letak coklat emulco. Gaul sebati semuanya.
  5. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  6. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
  7. Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias. Kalau tak hias pun takpe.
 UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
  • 1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara menghias kek
  1. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  2. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  3. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  4. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong

Thursday, May 9, 2013

Selamat Hari Lahir ke 17 Seri Izati Mohd Khata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni 9.5.2013 merupakan hari ulang tahun kelahiran anak saya Seri Izati yg ke 17 tahun. Sekejap je masa berlalu, masih terngiang2 lagi suara bayi saat saya melahirkannya 17 thn yg lalu. Kini Seri sudah remaja, banyak cabaran yg harus ditempuhinya. Mama sentiasa doakan moga anaknda Seri dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik berpanjangan, menjadi anak yg solehah yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan mama dan abah serta berjaya di dunia dan di akhirat. Tiada apa yg istimewa dari mama, sekadar ucapan selamat hari lahir dan salam penuh kasih sayang dari mama dan abah. Nanti kita buat kek sama2 ya.
Buat pengetahuan kwn2 semua, Seri akan menduduki SPM tahun ni, doakan kejayaan utk Seri ya.


Tuesday, May 7, 2013

Talam Sago Gula Melaka

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran tapi masak tetap setiap hari. Bahang PRU 13 masih terasa lagi, sana sini kawan2 masih bercerita lagi tentang PRU 13 ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dngn lancar dan tiada perkara yg tak di ingini berlaku. Sama2lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran Bumi Malaysia tercinta ini.

Sebenarnya kuih talam sago gula melaka ni saya buat masa balik kampung utk mengundi tempohari. Kebetulan mak memang suka kuih Talam Tokyo, kali ni saya buat kuih berasaskan sago juga tapi lapisan atasnya saya campurkan gula melaka ikut resepi Talam Cendol. Kedua2nya resepi dari Chef Asma yg telah saya gabungkan...hasilnya memang sedap sangat. Pada peminat kuih talam2 ni bolehlah cuba resepi ni..mmng sedap sangat. Jom semak resepinya..




Bahan Utk Lapisan Bawah (loyang 10x10x2")
  • 300 gm sago kecil warna putih
  • 60 gm sohoon
  • 100 gm kelapa parut putih
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1 sudu kecil garam.
Cara-Cara
  1. Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
  2. Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil2.
  3. Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak.
  4. Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.
 Lapisan Atas
Bahan A
  • 200 gm gula melaka
  • 100 gm gula merah
  • 50 gm gula castor
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan- simpulkan
Bahan B
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar tpng jagung
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 1/2 s/k garam
Cara-caranya:-
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)-sentiasalah di kacau guna whisk ya supaya adunan sekata dan tak berketul2.
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

Friday, May 3, 2013

Carrot Apple Cake


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kek ni di buat masa hari pekerja yg lepas. Walau cuti hari bekerja, tapi surirumah mcm saya ni mmng sentiasa bekerja di rumah. Kek ni saya buat atas permintaan anak saya Seri yg mmng sukakan kek lobak merah ni. Masa belanja brng2 dapur aritu, Seri lah ambil carrot sampai 2 kilo. Saya pun tanya, nak buat apa dngn carrot banyak2 ni. Seri senyum je, dia kata nak makan mcm tu je dngn nak buat carrot jus...dlm hati ni berkata..iye2 je Seri ni. Last saya pun buatlah apa2 menu yg berkaitan dngn carrot ni. Sebelum ni buat carrot cupcakes, tapi tak sempat ambil gambar sbb masa tu dah mlm...mata pun dah ngantuk, jadi biar je mcm tu. Bila pagi tu anak2 dah bawa bekal ke sekolah...adalah tinggal beberapa ketul je. Tak kisahlah, asalkan di makan.

Kali ni saya buat saje je utk makan, padahal takde hari istimewa pun. Kalau dah teringin nak makan tu, jadi rajinlah pulak nak membuatnya. Kawan2 boleh juga lihat di Sini. Terima kasih pada penyumbang resepi. Pada peminat carrot cake tu, bolehlah mencubanya....mmng sedap sangat.






Bahan- Bahan
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate
  • 1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
  • Secubit garam halus
  • 1 cwn gula perang halus
  • 1/2 cwn gula castor
  • 4 biji telur
  • 1 cwn minyak jagung/masak
  • 100gm mentega, dicairkan
  • 200gm lobak merah, diparut- perah sikit airnya
  • 150gm apple hijau, diparut
  • 30gm hazelnut (Boleh ganti dengan kekacang lain... )- yg ni Yatie tak letak 
 Cara Membuat Kek
  1. Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
  2. Masukkan kesemua bahan lain.
  3. Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
  4. Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
  6. Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.
CREAM CHEESE TOPPING:
  • 250gm cream cheese- Yatie tambah 125 gm lagi
  • 4 sudu besar butter
  • 1/3 cwn gula icing, diayak
  • 1 sudu kecil jus lemon
*Cara2nya=> Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2.

**untuk kek di atas, Yatie buat dlm 2 loyang saiz 7inci. Bakar dlm 2 loyang berasingan. Sejukkan barulah ratakan kek sebelum di sapu topping.Sapukan cream cheese topping dan deco ikut kreativiti masing2.
Related Posts with Thumbnails