Sebenarnya kuih talam sago gula melaka ni saya buat masa balik kampung utk mengundi tempohari. Kebetulan mak memang suka kuih Talam Tokyo, kali ni saya buat kuih berasaskan sago juga tapi lapisan atasnya saya campurkan gula melaka ikut resepi Talam Cendol. Kedua2nya resepi dari Chef Asma yg telah saya gabungkan...hasilnya memang sedap sangat. Pada peminat kuih talam2 ni bolehlah cuba resepi ni..mmng sedap sangat. Jom semak resepinya..
Bahan Utk Lapisan Bawah (loyang 10x10x2")
- 300 gm sago kecil warna putih
- 60 gm sohoon
- 100 gm kelapa parut putih
- 100 ml santan pekat
- 300 ml air
- 1 sudu kecil garam.
- Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
- Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil2.
- Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak.
- Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.
Bahan A
- 200 gm gula melaka
- 100 gm gula merah
- 50 gm gula castor
- 500 ml air
- 2 helai daun pandan- simpulkan
- 150 gm tepung gandum
- 1 sudu besar tpng jagung
- 3 biji telur
- 250 ml santan pekat
- 1/2 s/k garam
- Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
- Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
- Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
- Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)-sentiasalah di kacau guna whisk ya supaya adunan sekata dan tak berketul2.
- Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit
Eiiii... geramnya kat Yatie ni...selalu tayang kuih sedap2 tau... terlior la pulak...
ReplyDeletesalam kak yatie..
ReplyDeletesangat menarik dan unik resepi ni kerana menggunakan sago dalam resepi talam ni..
sedapnya kak...=)
ReplyDeleteyakin enak ki kak...
ReplyDeletesy minit jugak kuih ni...cari masa nak buat la...nanti sy nak cuba resepi ni.
ReplyDeleteSaya pon nak try nanti, in syaa Allah....
ReplyDeletesalam kak yati, Liza mmg suka tgk resepi talam kat sini, menarik..
ReplyDeleteTalam kak yatie ni kemas je bila dah potong. Bila lah no pndi menalam cam akak
ReplyDelete