Tuesday, June 19, 2012

Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak2 ni makin busy sangat. Banyak urusan yg perlu di selesaikan. Dalam pada kesibukan yg melanda tu, tugas memasak tetap berjalan spt biasa. Maklumlah anak2 dan suami lebih suka mamaNya masak sendiri berbanding beli. Tak kisahlah, asalkan semuanya gembira. Lama tak buat kek. Kebetulan ada cream cheese kat petiais, jadi saya buatlah kek lapis kukus cream cheese kegemaran keluarga. Lagipun kek ni di kukus...mmng kegemaran kamilah. Saya suka kek ni lembut dan moist je. Ramai kawan2 yg telah mencubanya, pada kawan2 yg belum cuba tu..bolehlah mencubanya....mmng berbaloi sangat2...sedap tauuuu..Jom semak resepinya.



Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

45 comments:

  1. Wah.. sedapnyer.. Kalau saya ada alat untuk mengukus mesti saya dah try dah nih. terliur tgk kek tu. :)

    ReplyDelete
  2. As'salam Kak Yatie ...

    Wahh ...!! Menarik yer~~
    masuk list Nina ehh.. (entah bila lah nak dibuatnyerrr)
    hehee

    ReplyDelete
  3. salam yatie...sedapnyaaaa!!Singgah malam2 kat sini lapar la pulak negok kek cream cheese ni...

    ReplyDelete
  4. Assalam kak Yatie, menarik dan cantik lapisan kek lapis kukus cheese akak ni..saya pun ada lagi stok cheese kalau rajin bolehla buat ni nanti..:)

    ReplyDelete
  5. salam kak yatie

    sedapnya, kalau kukus mesti moist je kan

    ReplyDelete
  6. Yatie,
    walaupun aku wong German, tapi kalau kek yang berkrim cheese tu tetap aku pulun, namun mataku tetap juga tak berubah biru hijau ha ha ha hahhh

    ReplyDelete
  7. Salam Yatie..
    nie baru jgk nampak kek lapis kukus kat dapur nani..
    nmpk mcm sedap n moist jer..

    ReplyDelete
  8. As'salam Yatie

    sedapnya kek cream cheese ni ada lapisan koko lagi emmm..bertambah lagi sedap. k.ct belum cuba jadi kena cubalah ni eh hihi

    ReplyDelete
  9. Adusss sedapnyaaaa... K.Nor pon tayang cheese jugak... terlior dah ni...

    ReplyDelete
  10. Yummy... saya suka kek kukus sebab dia lembut dan lembab sidikit... sedap jer lalu di tekak.. nak cuba juga lah kak yatie... mohon share resipi ye :D

    ReplyDelete
  11. kak yatieeeee..i missss uuuu. lama daah tak menghuru hara kan kotak komen kak yatie nih. ikikiki... sya suke kek ni. mmg dari sini pun sumber resepi yg saya dpt. mekasih kak yatieeee ;-)

    ReplyDelete
  12. sedapnya kak yatie...lia x penah cuba lagi resepi ni.. klu rajin insya'allah nak buatlah ptg ni.kebetulan ada lbh cheese kat peti ais tu...lbh buat muffin mlm.klu di biar lama rosak pulak nnti...

    ReplyDelete
  13. samalah kita yatie... suami lebih suka mkn makanan yang dimasak sendiri di rumah.. jd kenalah masak juga walau sesibuk mana pun.. hehe.. kdg2 tu.. stok bwg2 dan sayuran masih byk lagi.. husband tak top-up! memang takde chan nak ponteng masak2.. hehehehe...

    kek coklat kalau ada cheese pasti bertambah2 sedap...

    ReplyDelete
  14. salam kak...cantik sama besar je lapisan kek tu...terus teringin ;)

    ReplyDelete
  15. bestnya resepi ni Yatieeeee. Kalaulah Ella ada masa, selapis demi selapis Ella buatkannya. Tapi tu la .. buat beria-ia. Mkn cuma bertiga. Harussss membulat 'tummy' saya nanti.

    ReplyDelete
  16. As'kum Kak Yatie waduhh cantik hasilnya mengecurkan.. belum pernah mencuba.. Insyallah nanti nak cuba jugaklah.. dah banyak kali tengok ni..:)) tq kak Yatie cayangg

    ReplyDelete
  17. Kak Yatie, Nur menjamu mata kat sini.. Hmm sedapnya...:D

    ReplyDelete
  18. best resepi ni, nti bole try..

    ReplyDelete
  19. nak try..leh amik resepi ni ea..best nmpak

    ReplyDelete
  20. salam ziarah kak yatie. Apa khabar?

    ReplyDelete
  21. Assalam Yatie cayangggg...apa khabar? Sori la akak lama x berkunjung rasanya, x beron9 sgt sekarang ni..bz ntah apa2. Harap Yatie sihat2 je la yea... Rajin dia wat kek..kalau dekat, mesti akak dah mintak setengah loyang...skrg tgh cuti2 masak sikit..hb suh tgn akak ni rest betul2...haha

    ReplyDelete
  22. seronok singgah sini, ade jer resepi2 baru... ^__^

    ReplyDelete
  23. salam kak, saya nak bertanya, saiz cawan yg digunakan cth macam mana ya? boleh bg cth tak, krn cawan ada berbeza saiz. tq

    ReplyDelete
  24. hye...nak tanya. cwn yg digunakan 2, cwn apa? klu xkebrtan, nak tau sukatan dlm sukatan metrik..senang ckit nak try. tq kak… :)

    ReplyDelete
  25. Guna cawan sukatan yg ada jual kat pasaraya atau kedai kek
    Saya baru lepas buat, ikut resepi tu, dalam masa sama sempat pulak tu buat sos black pepper!

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah..2 hari lepas ada try resepi ne....sedap la.. tq for the resepi...kita dah pos kat FB...nak try lain resepi plak pas ne..

    ReplyDelete
  27. saya dah try, memang sedapppp! :)
    thanks akak sbb kongsi resepi. kawan2 boleh la cuba, silap2 boleh buka utk order. heeee :)

    ReplyDelete
  28. Nampak sedapla...bila nak cuba tak tau la. Asyiktengok gambar kek yatie je. Tak boleh tahan

    ReplyDelete
  29. thanks yatie...saya dah cuba...sedap

    ReplyDelete
  30. boleh saya tahu cream cheese jenama cik pakai?

    ReplyDelete
  31. Salam, sis, saya mohon nak cuba ya :D

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum kak yatie..waah..kemas betul layer yg akak hasilkan..mohon Cek Ah cuba resepi akak ni..rasa2 nk buat unt hari lahir anak tk berapa ari lagini..budak2 msti suka coklat dan keju kn kak yatie...

    ReplyDelete
  33. nampak sedap...nak kena try nih....

    ReplyDelete
  34. cawan saiz apa??dan sudu mcm mna??sya nak buat kek cheese ni...

    ReplyDelete
  35. Salam...kak yatie...tima kasih krn sudi share resepi yg sgt sedap nie...alhamdulillah sy dh cuba buat n jadi mcm yg akak buat...

    ReplyDelete
  36. Assalam... maksud sudu besar tu sudu makan ke atau ada yang lain lagi?

    ReplyDelete
  37. nk tya,60 gram tu klu guna cawan berapa byk yer?

    ReplyDelete
  38. SEDAPNYA
    PINJAM RESEPI YE
    TP NAK BUATNYA NTAH BILA
    HAHA

    ReplyDelete
  39. sy pun sama...nak cuba buat resepi ni...mcam sedap jek

    ReplyDelete
  40. Sy dah pon try buat kek ni....memang sedap

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails