Sunday, March 11, 2012

Tepung Pelita

Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu. Cuti persekolahan ni tak kemana2 ke?
Bagi saya macam biasalah, paling jauh pun balik kampung je, lagipun anak2 yg cuti sekolah..suami bertugas seperti biasa. Kalau nak jln2 makan angin pun tunggu sabtu dan ahad je. Tapi tak kisahlah anak2 pun dah faham dan tak paksa utk jln2 sangat. Diaorang pun lebih selesa duduk di rumah berehat sambil bantu mamaNya kat rumah. Kalau dah start sklh mmng tak cukup masa rasanya, jadi masa nilah di habiskan bersama keluarga tersayang.
Pada kawan2 yg bercuti makan angin tu, selamat bercutilah ya. Moga masa percutian ni di manfaatkan dngn sebaiknya.

Ok, semalam saya buat tepung pelita utk juadah minum petang. Lama tak buat rasanya. Buatnya mudah je, anak2lah paling seronok...diaorang ingatkan saya buat dadih lagi sbb saya guna bekas plastik mcm dadih, jadi disangkanya dadih. Saya suka guna bekas mcm ni sbb ianya bertutup dan senang nak simpan dlm peti ais. Kalau nak makan, ambil je dan terus nikmatinya. Sebelum ni pernah buat diSINI, dan rasanya ramai kawan2 dah pernah buat guna resepi Yani ni. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya di sini sekali lagi ya. Pada kawan2 yg belum pernah mencuba tu, bolehlah mencubanya...mudah dan sedap.



Bahan A
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 helai daun pandan dikisar
  • pewarna hijau atau esen pandan
  • 1 sudu kecil air kapur
Cara-cara
  1. Tepung beras( yg 1 cwn), air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat, guna api sederhana ya.
  3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Bahan B
  • 4 sudu besar tepung beras(rata)
  • 4 cawan santan
  • sedikit garam
Cara-cara
  1. Sementara itu satukan santan, tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  2. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  3. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  4. Sejukkan. Setelah sejuk bolehlah di makan.

15 comments:

  1. sdp..mkn sejuk2 pulak tu...x sedar habis becawan2 heheh

    ReplyDelete
  2. TQ Yatie..mama mmg dah lama tunggu resepi ni sbb mama suka makan..Ayah pun suka..tambah2 bubuh dlm bekas plastik macam ni..senang kan..I like ...nanti mama cuba..

    ReplyDelete
  3. Yatie...sedap nie jika di makan sejuk sejuk,,

    ReplyDelete
  4. suka makan kuih ni masa bulan posa..hehe

    ReplyDelete
  5. Assalam Yatie,
    senang je nak buat tepung pelita ye, tak payahlah nak cari daun pisang, nak pulun2 buat segi 4 bagai he he hehehh

    ReplyDelete
  6. Salam kak yatie! sedapppppp!!! minggu depan ni kita nak buet menu kuih2 jer lah masuk dlm blog hihihi.... kita dah seminggu cuti jogging, seram betulll nak tgk timbang.. Suke tepung pelita! daun pisang kita kan sbnrnyer byk lagi sbb tu nak kena guna, kalau tak dia kuning :D minggu depan ni nak buat menu2 berkaitan daun2 pisang dgn daun2 pandan hihihi... selamat hari minggu kak!

    ReplyDelete
  7. Assalam Yatie cayang...rindunya kat entry2 dia.. akak sampai tersalah komen kuih tepung pelita ni kat box talam suji bawah tu ha...hahahaa... memang suka tepung pelita...kalau buat berbuka ni mmg best kan...

    ReplyDelete
  8. Aslmkm Yatie. Jalan2 jap.... sedap ni, macam bulan pose pula.

    ReplyDelete
  9. Aslmkum Yati.apa kabar? baru sempat jln2 rumah kwn2 sejak balik cuti.tpg pelita mmg sedap terutama yg sejuk. anak2 sypun suka dadih .

    ReplyDelete
  10. akakkkk... slalu berangan nak buat. tunggu mood bulan puasa dulu datang.. leh laa menikmati cedukan kuih ni.. hmmm meh 4 bekas.. nak makannn

    ReplyDelete
  11. sedapnya kak yatie, terasa mcm bulan puasa pulak hihi

    ReplyDelete
  12. Salam Kak yatie...

    kuih ni kalau bulan posa baru dok sibuk kita cari...

    ReplyDelete
  13. sedapnyer kak yatie...dulu selalu suakn baby mkn nih...lembut jer kn...nti nk wat laa....x ghetti boh lam daun pandan/pisang tuuu...camni sonang baiii...

    ReplyDelete
  14. good idea kak yatie. ella tak penah terfikir nak buat dlm bekas ni. mudah dn senang, kan.

    ReplyDelete
  15. Nampak senang aje membuatnya, kalau letak dalam daun pisang agak rumit, perlukan kemahiran untuk membentuk daun pisang itu.Letak dalam bekas lebih mudah dan juga nampak cantik

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails