Monday, March 12, 2012

Kek Chiffon Keladi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita layan kek chiffon perisa keladi pula. Sebenarnya cuti sekolah ni layan jelah permintaan anak2 nak makan apa. Macam biasalah, anak2 mesti nak makan kek. Saya ni kalau buat kek simple mimple tu bolehlah, tapi kalau yg canggih2 tu mmng tak berapa mahir. Kali ni buat kek chiffon je. Macam biasalah, bila makan tu sedap bebenor rasanya. Maklumlah dah lama tak makan kek buatan sendiri. Bila cuti sklh ni adalah masa terluang sikit, jadi dapatlah makan kek...he3.

Resepi ni pun mudah je sebenarnya. Saya guna resepi Chiffon Pandan dan Strawberry Chiffon Cake yg saya buat sebelum ni...cuma tukar perisa je. Pada kawan2 yg masih tercari2 nak wat kek yg mudah tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.





Bahan-bahan (Yatie guna loyang berlubang 22cm)

Bahan A
  • 6 biji kuning telur
  • 1/2 cawan minyak Mazola
  • 1/2 cawan susu cair
  • secubit garam
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 sudu besar perisa keladi
  • sedikit pewarna purple
  • 1 ½ cawan tepung gandum *diayak
  • 1 sudu kecil baking powder* diayak
Cara-cara menyediakan Bahan (A):
  1. Pukul kuning telur, gula dan garam sebentar atau sehingga sebati, guna whisk je.
  2. Masukkan perisa keladi, pewarna purple, minyak & susu cair dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan B
  • 6 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil cream of tar tar (kalau takde, boleh tukar dngn 1 sudu kecil lemon jus)
Cara-cara menyediakan Bahan (B):
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan 3 kali dan bakar selama 45-50 minit 175c. Saya guna api atas dan bawah dan guna rak yg bawah sekali.
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Bila dah sejuk, baru sisip tepi loyang dan boleh keluarkan kek dari acuan.
  9. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

18 comments:

  1. Kak yatie,
    Nampak sedap sangat kek tu..kek chiffon ni kalau makan mesti ada air untuk di minum sama supaya tak rasa tersekat kan?

    ReplyDelete
  2. first time ella dgr kek chiffon keladi, kak yatie. menarik ni.

    ReplyDelete
  3. Wah,bestnya kek chiffon keladi.. boleh cuba ni,;)

    ReplyDelete
  4. menarik !
    memandangkan saya suka purple, insyaAllah nak cuba
    tapi kene tunggu dapur kat rumah tu sihat sket. skrg blom sihat sgt sbb tgh renovate. huhu

    ReplyDelete
  5. terbau aroma keladi sampai ....guna perisa keladi ye, nampak cantik warnanya!

    ReplyDelete
  6. sedapnyer nmpk..minta sepotong kak yati ..

    ReplyDelete
  7. bestnye kek chiffon....color purple lg...
    mesti ni yer kak...perisa keladi...
    kek nmpk gebu n lembut...

    ReplyDelete
  8. Wahh...cantek la kak purple2 ni..sukeeeee

    ReplyDelete
  9. Gebu nya Yatie.... Cantik warna nya!

    ReplyDelete
  10. salam Kak Yatie..sy ni trauma ngan kek cipon..2x dah x jadi..heheheh..p takpe..sy nnti try resepi ni plak..dh terguda ngn kek akak ni

    ReplyDelete
  11. amboiiiii gebunya...mcm kapas...klaer yg menarik...

    ReplyDelete
  12. Salam Yatie..
    Chiffon keladi.. warna purple menarik nie :)

    ReplyDelete
  13. Salam Kak Yatie...cantek sangat kek chiffon keladi ni,hulur sikit kat dapur Rahel..nak buat sarapan ni.

    ReplyDelete
  14. bila nampak kak yatie mencipon ni, teringin la pulak nak makan kek sedap ni.. ni kalau buat ni saya ngan anak2 je melantak. hehe..cantik nii.. geram la pulak

    ReplyDelete
  15. kalernya menggamit tul la kak! ingatkan dragon fruit tadi...kejadiannya tu. perghhh!

    ReplyDelete
  16. Assalam yatie,
    cantik warna kek cifon nilah..
    dah memang confirm lembut dan gebus..
    suka tengok ..rajinnya yatie buat kek cifon..kita dah lama tak menyipon..

    ReplyDelete
  17. Assalam Yatie cayang...adeeei terasa rindu bebenor pulak dah ni...walhal baru beberapa hari x beronline... Moga Yatie terus update yeaa...rajin2 taauu, akak akan tetap intai wpun blog akak sendiri bersawang2..hehe.. Teringin nak makan kek cipon, lama tul x buat...bila la nak rasa air tgn Yatie ni...meh kat akak sikit.. ^__^ muaaahhh, take care ya Yatie..

    ReplyDelete
  18. Assalam Dik Yatie....I miss you....wah Akak bab kek chiffon memang Akak suka tapi tak pernah sekali pun Akak buat...sebab penghuni rumah yang lain tak minat....especially kepala rumah...itu sebab selalu niat tu tinggal niat aje!!!Harumnya bau keladi tu...!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails