Saturday, March 17, 2012

Dalca Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak dalca ayam,hahhhh jangan pelik pulak ya. Biasanya mmng orang masak dalca daging je, kali ni saja je masak macam ni sbb nak gayakan dngn nasi minyak dan ayam bakar halia. Alang2 dah bakar ayam, buatlah sekali dalca ayam supaya lauk tu berkuah sikit. Lagipun anak2 mmng suka sangat dalca ayam atau dalca daging yg mamaNya masak. Puas makan sayur2 yg ada kat dalca tu. Paling suka sekali Hamka lah...dia makan macam tu je. Seronok sangat lihat anak2 mmng suka makan sayur2an. Takdelah membazir sayur2 tu di tolak tepi.

Resepi asal di beri nama Dalca Ayam Ala Johor oleh Mat Gebu. Saya tak letak pisang muda, jadi tak bolehlah di beri nama dalca ala Johor ya. Jangan marah Che Mat. Kalau stok pisang muda ada kat rumah akak, sudah pasti akak letak sama. Lagipun mmng kegemaran akak pisang muda tu. Kalau makan mmng tak ingat orng kat sebelah...he3..BTW terima kasih Che Mat berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1/2 ekor ayam, dipotong kecil (agak2 lah yea, tapi jgn kecik sgt), cuci dan toskan
  • 3 biji kentang, kupas, belah 8 setiap satu, rendam
  • 1 batang lobak merah, dipotong baji, rendam
  • 10 tangkai kacang panjang, kerat pendek
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap satu
  • 1 biji terung bulat, buang sedikit kulit dan dadu besar, rendam
  • 5 biji pisang muda, buang sedikit kulit luarnya, hiris sederhana tebal, rendam-Yatie tak letak
  • 1 cawan kacang dhal, rebus hingga empuk, tos dan asingkan airnya
  • 2 biji cili merah, belah dua
  • 2 biji cili hijau, belah dua
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 cawan pati santan
  • 2 camca besar cili kisar
  • 4 camca besar rempah kari daging (Baba's)
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMIS :-)
  • 4 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 2 pelepah daun kari, dilurut
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3/4 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan pes rempah kari dan terus memasak hingga rempah garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, kentang, pisang dan lobak merah. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (juga air rebusan kacang dhal). Kacau rata dan masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
  3. Tambah kacang dhal, kacang panjang, terung dan santan. Kacau dan biar mendidih. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan cili merah/hijau yang dibelah. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi kegemaran anda atau roti canai, lempeng dan sebagainya..

7 comments:

  1. Assalamualaikum Yatie

    Berseleranya Kak Lin tgk dalca tu...sedapnya makan dengan nasi minyak atau roti canai...

    Warnanya pun dah nampak mengoda..aduhai!

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie...tuu dia, tinggal masak nasi beriani ayam je ni.... ^__*

    ReplyDelete
  3. Salam kak yatie! sedappppppp dalca buat cicah ngan lempeng pun sedap, cicah roti prata lagiiiiiii sedap! kita tak berapa pandai lah nak buat dalca, nanti nak cuba buat lagi mkn dgn roti canai :D suke dalca yg tak berapa pekat sgt :D

    ReplyDelete
  4. salam sdp tu baru je buat minggu lepas mkn sama nasi serai..kalau x dah kempunan hehheh..cicah sama roti pun sdp ni

    ReplyDelete
  5. Sedapnya dalca... sedap betul dapat cicah dengan roti canai....

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan...suka follow blog akak..menarik...harap dapat belajar sesuatu daripada blog akak...minta izin ambik resepi akak ye

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails