Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam saya buat biskut badam rangup resepi dari
Mat Gebu. Mulanya ternampak di rumah
Ika dan ada juga di rumah
Maz. Sempena perasmian oven baru, resepi dari Mat Gebu menjadi pilihan utama. Sebenarnya banyak resepi biskut dari kawan2 lain yg sememangnya sedap2 belaka, tapi biasalah resepi dari CMG memang tak mengecewakan. Biskut ni sedap dan rangup. Saya memang suka kalau biskut ada badam...sedap sangat. Kalau kawan2 nak tahu rasanya.....bolehlah mencubanya. Mat, izinkan akak letak resepinya di sini pula ya...terima kasih banyak2.
Bahan-Bahannya:-150 g mentega
125 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)
Untuk Hiasan:-
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya
Cara membuatnya:-
1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.
3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...