BAHAN-BAHANNYA :-
- 140 gram mentega berkualiti tinggi
- 180 gram tepung gandum*
- 100 gram tepung kentang (boleh beli di kedai baking yeaa)*
- 80 gram cornflakes, kisar halus*(*A)
- 65 gram gula aising
- 1/2 camca teh esen vanilla
- 1 kuning telur
- 1 kuning telur, untuk disapu
- Gula manik warna-warni untuk hiasan
- Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar hingga rata. Perlahankan kelajuan, masukkan bahan bertanda (*A) sedikit demi sedikit hingga habis dan menjadi doh yang lembut. Bulat2 kan doh.
- Bagi doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 keping plastik setebal 1/2 cm, terap dengan acuan kegemaran. Alih ke dulang pembakar, buat hingga siap.
- Sapu kuning telur dan tabur guna manik warna-warni tadi. Buat hingga selesai. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....
Salam kak yatie...
ReplyDeleteKann dah kata, sedap kan biskut nih...lemak, dan kurang manis...saya kan tu hari mcm terfikir nak buat biskut pedas..campur cili...rasa2 ok tak?..hahaha
salam ramadhan..bahan lain dah ada..tepung kentanglah pulak tak dak..ishhh mengiurkan
ReplyDeletekak yati..comeln kemas la biskut niii... nk ckiit
ReplyDeletekak yatie..cantik la biskut tu....menarik...akak raya mana tahun ni...
ReplyDeletekak yatie....very nice one la. Semua family sihat2 belaka? Byk lagi ke kak nak wak cookies? Nanti pick up la kad raya n singgah dapur kita yer....rindu nak dengar kakak..;)
ReplyDeleteakak, boleh tak tepung kentang tu ganti ngan tepung lain? xdpt cari tepung kentanglah
ReplyDeletecute la biskut ni....nampak mcm sedap je. bahan2nye pn mudah.
ReplyDeletecute la biskut ni....nampak pn sedap. bahan2nye pn mudah.
ReplyDelete