Tuesday, September 7, 2010

Biskut Bunga Cina

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya buat biskut bunga cina resepi dari Kak Nor. Bahan2 mudah di dapati dan rasanya rangup dan sedap.Rasanya ramai kawan2 yg sudah mencubanya...pada yg belum tu, bolehlah mencubanya. Terima kasih pada K.Nor yg sudi berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini, izinkan saya letak resepinya di sini ya.



Bahan-bahan ( dalam 80 biji .....bergantung pd cara tekan) )
  • 100 gm mentega/marjerin
  • 90 gm gula caster/halus
  • 1 biji telur (A)
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung ubi/kanji
  • Ceri merah utk hiasan (potong kecil2)
Cara-cara
  1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
  2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
  3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
  4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
  5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
  6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
  7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya.
  8. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..
Sedikit tambahan :
Utk yg tak biasa buat, mmg payah sket nak picit/teran doh dr acuan tu. Sebaiknya jgn habiskan kesemua tepung, tinggalkan sedikit dan cuba dulu. Kalau dah elok keluar (jgn lembik sgt nanti lepek jer bunga tu bila siap dibakar) boleh la teruskan dgn baki doh. Kalau nak lebih elok, bakar dulu sket dan lihat hasilnya, kalau dah cantik membentuk kelopak bunga boleh teruskan tp kalau yg siap tu lepek, tambah sket lg tepung dan gaul sebati dan picit la doh tu hingga habis dan dibakar.

Satu lg jgn dedahkan doh yg dah siap diuli pd udara lama2, sbb nanti doh tu akan mengering/mengeras. Ni yg buat doh payah nak diteran/tekan keluar dr acu. Cuba tutup bekas adunan ya supaya tak terdedah pd udara.

9 comments:

  1. ohh..nama nya biskut bunga cina ye..eija biasa panggil bisut samperit tepung jagung..hehe..mmg sedap biskut ni..

    ReplyDelete
  2. slm yatie. rajinnya yatie buat kuih.akak lum buat apa2 lg.beli pun belum.hehe

    ReplyDelete
  3. salam kak yatie..
    Perghhh..akak ni ganass..sekejap jee berderet biskut semua keluar...

    ReplyDelete
  4. salam aidilfitri...

    sya pun suka buat biskut ni...suka makan...mula2 buat mmg susah nk tekan..maklumla dh lama tk buat...tp bila dh separuh jln baru la laju... :-)

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Seiring datangnya Syawal yang mulia..
    Dengan segala kerendahan hati..
    Izinkan saya memohon maaf zahir dan batin..
    Atas segala kata bicara yang kurang berkenan di hati..
    Moga tiada tersisa khilaf dosa...

    ReplyDelete
  6. Salam kenal..
    Selamat hari raya..
    nice blog...I like.

    ReplyDelete
  7. Hello Yatie, salam Aidilfitri. I love your these biscuits bunga Cina. How come it has this name? Never heard before too.
    But they sure looks nice, I think masuk mulut tentu melt, ha ha.
    Here's wishing you and family selamat hari raya and all best wishes, Lee.

    ReplyDelete
  8. Hi KakYatie, hru doing dearie??? Cun la those kukis!!! Love it...;)

    I've made ur honey corn flakes almost 5 times now! hahaha...ada je family order suh buat! Love pun suke...:D

    Wish U a Selamat Hari Raya Aidilfitri dear!!! Have a safe celebration...;)

    ReplyDelete
  9. Salam Aidilfitri buat kak yatie dan family,

    Huwa.. sekut bunga cina sama tak dgn dahlia kak? nampak ada bahan tepung ubi. Sure cair kat mulut nih! tart nenas saya tak jadi buat la, tangan tak larat dah.. syian mr hubby. kena buat lepas raya neh. hihi...

    Kesempatan ni, saya mohon halal seme2 ya kak. Mohon ampun dan maaf kalu ada tersilap kata, terguris rasa sepanjang kita kenal ya kak. Moga Aidilfitri kali ni membawa sinar bahagia untuk kita smua.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails