Sunday, July 18, 2010

Nasi Carrot

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kepada kawan2 yg sudi memberi ucap selamat pada kami sekeluarga. Hanya Allah saja yg membalas budi baik kawan2 semua. Hari ni saya masak nasi carrot je. Nasi ni sesuai di makan bersama ayam masak merah, ayam masak kari dan sebagainya. Semuanya tu bergantung pada selera masing2 ya. Resepi asal adalah dari Kak Hanieliza. Terima kasih kak resepi yg sememangnya mudah dan sedap ni.


Bahan-Bahan
  • 4 cwn beras basmati....basuh dan toskan
  • 1 cwn carrot [potong dadu kecil]
  • 1 cwn susu cair
  • 4 cwn air
  • 1 kiub ayam knorr
  • 1 s/k gula
  • garam
Bahan Tumis
  • 2 s/b rempah kurma
  • 5 ulas bawang merah.]
  • 3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
  • 2 cm halia ]
  • 3 s/b minyak sapi
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun ketumbar.....mayang
  • daun pandan........simpulkan
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
  2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
  3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
  5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak seperti nasi biasa.
  6. Hidangkan dengan lauk kegemaran.

7 comments:

  1. salam yatie..akak paling suka mencuba berbagai resepi nasi..lebih2 lagi bulan puasa..terima kasih ye,,izinkan akak mencuba nanti..

    ReplyDelete
  2. Salam Yatie, rasa lapar plak tengok nasi carrot nih...rasa sket...

    ReplyDelete
  3. sedap nasi karot ni pekena pulak dgn ayam masak merah..sedap...selamat hari jadi buat hubby yatie ya..semoga berbahagia selalu.maaf ya tertinggal bas hehe

    ReplyDelete
  4. ponnnn2! ni Yus bawakan ayam panggang semalam, boleh lgi ni nak makan ngan nasi carrot tu.. hehe

    ReplyDelete
  5. dah list nih..tp sampai arini tk buat2! dapnyer kak! mintak sepinggann... danial ngan darwish suker makan carrot! danish jerk payoh sket! heeee

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails