Monday, July 19, 2010

Heavenly Carrot Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah kek yg saya buat utk hari ulangtahun suami saya semalam. Terima kasih kepada kawan2 yg sudi memberi ucap selamat....terharu rasanya. Sebenarnya suami saya tak kisah, takde kek pun takpe.....cuma anak2,biasalah bila tiba hari jadi mesti suruh buat kek. Carrot Cake ni mmng sesuai utk majlis ringkas ni....rasanya sesuai dngn namanya Heavenly Carrot Cake....mmng sedap sangat. Resepi asal adalah dari Jun Cup Cake dan saya C&P dari CMG....terima kasih kepada penyumbang resepi.



BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh garam halus*
  • 1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
  • 2 biji telur gred "A"
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
  • 1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
  • 1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
  • 1/2 cawan kelapa kering
  • 1/2 cawan kacang walnut, cincang
BAHAN CREAM CHEESE TOPING (Zaliana)
  • 50 gm mentega
  • 215 g cream cheese
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 125 gm gula aising, diayak
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
UNTUK CREAM CHEESE :-
  1. Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus.
  2. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...
CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturunkan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi...

11 comments:

  1. Salam kak..baru jenguk dapur akak ni..hujung minggu balik Jb,Pontian n Muar..sedapnya kek carrot ni..mesti buat ni tp kena tuggu rajin banyak hehehee..selamat pulang ke tanah air yea!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Yatie kek ni... Yummy!!! bilalah dapat buat kek ni...( Skrg ni mood malas tgh melanda2 )

    ReplyDelete
  3. salam...waa...nanti leh try la kek carrot ni bila k.yatie balik mesia,heheh...(xmalu kan??)

    ReplyDelete
  4. cantik la kek tu kak..nampak sedap sangat..teror la akak ni,ada lagi ke, nak rasa sikit...ngan ayam tu skali...

    ReplyDelete
  5. salam yatie...cantiknye cake yatie ni..erm,lame x bt, teringin gak cuma tunggu masa sesuai je-bila la agaknyer ye :)

    ReplyDelete
  6. Salam kak yatie!! rinduuuuuuuuuuunyer kat akak! kita nak mintak semua sekali yg dah terlepas ni :D mekaseh untuk doanyer n kunjungan akak :-) insyaAllah kalau dah settle sumenyer kita berblog kembali dlm masa terdekat ni tak leh nak update sgt sbb nak g cuti2, untuk akak, hugs!!! :D

    ReplyDelete
  7. kak yatie..larra pun nk try bat kek ni ler..tak penah buat.teringin nak rasa..dah bat nanti larra panggil cikgu tengok yek..

    ReplyDelete
  8. salam kak yatie...
    Sedapkan kek lobak nie...lepas 1 hari lagi sedap.. Masa buat kek ni kan, saya terpaksa omit cream cis tu, maklumlah dah gebu kan. hehehe

    ReplyDelete
  9. Salam Yati

    Saya nk try gak la buat kek ni..nampak mudah je
    apa pon..mmg nampak menyelerakan kek tu

    ReplyDelete
  10. Salam Yatie...dah lama Akak tak update blog tup..tup ada kek sedap!!! datang mengicak....mungkin dah habis pun....happy belated birthday buat Mr Hubby ya! Moga panjang umur & murah rezeki!

    ReplyDelete
  11. k yatie.. lama fiza dh melwat umah akak.. sibuk sikit skrang... tahu2 dah ada carrot cake sedapnya... boleh cuba!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails