Friday, July 2, 2010

Ayam Rempah BBQ

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni kenyang makan pancake je. Masak nasi tetap masak. Hari ni saya masak ayam ala2 BBQ. Resepi ni mudah je, tak perlu bakar2...cuma goreng ayam, lepastu siram je dngn kuahnya...memang sedap ala2 BBQ gitu. Kalau tak percaya, boleh cuba resepi ni. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam (potong 12 bahagian)
  • 1 s/b cili powder@cili kisar
  • 1 s/b serbuk jintan
  • 4 s/b sos BBQ-kalau takde, ganti kicap+sos tomato
  • 1 s/b serbuk lada hitam
  • 3 s/b sos tiram
  • 2 s/b kicap pekat
  • 3 s/b sos tomato
  • 3 s/b madu-kalau takde, ganti gula
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
Cara-Cara
  1. Ayam dipotong 12 dan bersihkan. Gaul ayam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali,tumis bahan2 yg dikisar dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili powder/kisar, serbuk jintan, serbuk lada hitam dan gaul sebati.
  4. Masukkan ke semua sos, madu dan tambah sedikit air dan gaul rata. Masukkan ayam yg di goreng tadi dan gaul rata.
  5. Perasakan, sekiranya rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi putih hangat. Selamat Mencuba..

8 comments:

  1. sedappnyaaaaaaa .. biler nak buat nieh .. huhuhuh

    ReplyDelete
  2. ayam dah kejung dalam esbox tu, blehlah masak macam ni trengahari besok kalu tekak hubby berkenan, dia tu cerewet.. balik-balik mau kari.. kari juga.. hehe

    ReplyDelete
  3. jd lapar pulak tengok ayam yatie. kebetulan dh nak kena lunch ni.

    ReplyDelete
  4. Salam yati,
    sedap ni ayam bbq..kalau buat kering2
    boleh bawak pergi picnickan ..

    ReplyDelete
  5. boleh dicuba ni:)nampak enak dan nak buatnya tak susah..t.kasih ya:)

    ReplyDelete
  6. Ieda=> bila teringin tu, bolehlah buat...mudah je..

    Yusa=> sesekali tukar seleralah....kalau sudi bolehlah cuba resepi ni..mmng sedap...

    ReplyDelete
  7. Ain=> Yatie pun sama kak, kalau tngk makanan..terliur di buatnya...

    Ayu=> wkmsalam, mmng kalau buat kering2 boleh buat picnic....terpulang pada masing2...Yatie dan suami mng suka yg berkuah...hi3..

    ReplyDelete
  8. Cik Manggis=> mmng mudah dan sedap...kalau sudi, bolehlah mencubanya..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails