Sunday, July 25, 2010

Kuih Serimuka Jagung

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah kuih serimuka jagung yg saya buat. Sebenarnya skrng saya sibuk sangat, tapi sempat lagi mengukus kuih. Kuih ni asalnya di rumah As, tapi saya adalah tukar bahan2 sikit ikut kesesuaian loyang ni. Terima kasih As kerana berkongsi idea untuk kuih yg sedap ni. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah mencubanya ya.



Lapisan Bawah:
  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/4 cawan santan cair
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn jagung biji dlm tin
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan 1 jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas selapis demi selapis.
Bahan lapisan atas:-
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 s/b tepung jagung
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Perisa/pewarna merah dan hijau..atau apa2 kaler
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  3. Masukkan pewarna hijau, merah dlm setiap bahagian.
  4. Masukkan 1 senduk adunan hijau keatas lapisan pulut tadi dan kukus selama 7 minit.
  5. Lapiskan pula 1 senduk adunan merah dan kukus lagi selama 7 minit.
  6. Lapiskan lagi adunan hijau dan diikuti warna hijau.
  7. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus lagi selama 20 minit ).
  8. Kuih hendaklah betul2 sejuk, barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik.
  9. Sejukkan dan bolehlah dipotong.

5 comments:

  1. uii..tabik la kat kka yatie..dalam bz mengemas tuh dan lagi melapis..aduyaii bila la nak jadi mcm akak nih..

    ReplyDelete
  2. bz pun smpat lagi mengukus kuih..bagusnya..,ermm..nmpak sedap nye kuih seimuka jagung ni..

    ReplyDelete
  3. rajin dan ligat kak yatie ni, sempat lagi buat kuih seri muka berlapis...cantik berseri2 kuih tu...

    ReplyDelete
  4. petua nak naik seri muka...sapa nak tau?

    jom makan seri muka..jagung yatie laaa baru berseri muka tgok jer dah berseri2 senyuman.
    kak ilah baru plan nak masak talam suji..sbb nak habiskan stok tepung tu ujung julai habis riawayat dia..ahakss..
    slmt berkemas hati2 di jalanan yg sempit dlm umah tuu hehe akak dah 18 kali pindah umah dekkk..dah fhm nauuu..jaga pinggang tuu jgn angkt terlalu berat.kak ilah dah kena hhuuuhuuu..

    ReplyDelete
  5. salam....rajin nye kak yatie buat kuih berlapis -lapis ni.cantik...mesti sedap ni nak sekeping....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails