Thursday, July 1, 2010

Sambal Kentang Berempah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Inilah lauk ringkas yg saya masak untuk hari ini. Sambal ni mudah je utk menyediakannya....selain di makan bersama nasi putih, ratah2 gitu je pun dah sedap. Mari kita lihat resepi yg ringkas ni.


Bahan-Bahan
  • 400 gm udang basah
  • 3 biji kentang (potong dadu)
  • 1 s/b serbuk kari
  • 1 s/b serbuk jintan
  • 1 s/b serbuk cili/ cili kisar
  • 1 s/b kicap pekat
  • 2 pokok daun bawang-potong2
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan di hiris
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bwng putih
  • 1 btng lada hijau
Cara-Cara
  1. Bersihkan udang dan toskan.
  2. Kupas kentang dan potong dadu. Gorengkan sehingga empuk dan angkat.....ketepikan.
  3. Panaskan kuali, letak sedikit minyak dan tumis bahan2 yg di hiris. Tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan serbuk kari, serbuk jintan dan serbuk cili. Gaul sebentar dan masukkan udang.
  5. Masukkan kentang yg di goreng tadi dan masukkan kicap, gaul sebati.
  6. Masukkan potongan daun bawang dan gaul lagi.
  7. Perasakan..sekiranya kurang rasa bolehlah di tambah garam dan sedikit gula. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.

9 comments:

  1. simple tp nmpak sedap! akak pulak suka kentang yg digoreng ngan telur, bwg dan sosej. mmg sedap ratah gitu2 aje.

    ReplyDelete
  2. sedapnye kak yatie..:)
    kak ain nyer citarasa tu pon best jugek..

    ReplyDelete
  3. slm..sedapnye..(posa hrni..,blogwalking cr idea nk msk utk berbuka) ;)

    ReplyDelete
  4. salam yatie...sedap ni rasa cm nk ratah je ni..p/s happy 18th birthday to talhah yg umminyer sll cantik n ayu :)

    ReplyDelete
  5. terbayang-bayang rasa sambal bila tengok gambar

    ReplyDelete
  6. he2..time lapar ni klu tgk mknn rs lg lapar =]

    ReplyDelete
  7. Ain=> kalau tengah tak selera....lauk simple2 mcm ni yg sedap....kentang dngn telur tu pun sedap gak kak...

    Mummyseri=> mmng simple tapi letak udang...ank2 suka udang....hi3..

    ReplyDelete
  8. Kinna=> wkmsalam, terima kasih sudi singgah...carilah mana2 resepi yg berkenan.

    Deliah's Deli=> wkmsalam, terima kasih atas ucapan tu...mmng sedap lauk ringkas ni...ratah2 gitu je...

    ReplyDelete
  9. Coodeang=> boleh cuba kalau teringin tu...

    Diriku=> mmng bertambah laparkan...akak pun mcm tu gak...hi3..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails