Saturday, July 24, 2010

Mee Hailam

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Kali ni saya cuba resepi mee hailam dari Kak Liza yg sememangnya pakar memasak tu. Resepi ni mudah je, saya skrng busy dan tak sempat nak taip resepi. Jadi izinkan saya C&P resepinya di sini ya kak...terima kasih banyak2.



Bahan-Bahan:
  • 600 gm mee kuning
  • 100 gm isi ayam (hiris nipis-saya guna daging yg dah rebus)
  • 100 gm udang
  • 250 gm sawi hijau [potong kecil]
  • 100 gm bunga kubis [hiris]
  • 1 biji cili merah [mayang]
  • 1 s/b lada hitam
  • 3 s/b kicap pekat
  • 3 s/b sos tomato
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 atau 2 cawan air
  • 4 ulas bawang putih [ketuk]
Bahan Hias
  • 3 batang daun sup ]
  • 3 batang daun bawang ] potong pendek
  • garam dan sedikit gula
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam/daging dan air. Biarkan sehingga lembut.
  3. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau rata.
  4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
  5. Masukkan bahan sayuran lain. Kacau rata.
  6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.
  7. ** Biasanya saya celur mee sebentar, toskan dan ketepikan, bila nak makan baru siramkan kuahnya di atas mee tadi.

4 comments:

  1. salam yatie,
    hari tu nampak juga recipe mee hailam ni kat blog kak liza, ingat nak buat juga, sebab stok mee kita terover ler..hahaha..sedap nampak mee hailam yatie ni..

    ReplyDelete
  2. salam yatie.
    mee hailam ni fav abg tau. suka benar dia. abg takde ni outstation ke penang n kl sampai mlm jumaat. pg td dia bertolak.
    nasi goreng akk mmg suka, tak kiralah jenis apa. hehe...
    biskut raya, anak-anak plk. nmpk sedap teringin plk nak buat. hehe...

    ReplyDelete
  3. kak yatie..sodapnya mee nih..tapi nak majuk la dengan kak yatie tak jawap pun soalan saya kat biskut tuh..oo kak yatie bz ye mengemas..bila fly balik mesia nya?

    ReplyDelete
  4. aduh ,lama dah tak makan mee hailam. Memang teringin nak cari resepi sebelum ni, bila tengok je gambar tu terus melekat kat blog ni

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails