Friday, December 9, 2011

Gulai Ikan Nasi Dagang

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah resepi gulai ikan Aya@tongkol yg di makan bersama nasi dagang tadi. Terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni...terima kasih juga atas pemberian rempah gulai yg istimewa tu. Pada kawan2 yg nak mencuba tu bolehlah cuba resepi gulai ni ataupun boleh juga lihat di SINI.


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan aya@tongkol- Yatie guna 3 ekor ikan tongkol sederhana besar
  • 3 kpg asam keping
  • sedikit garam
  • air secukupnya
Caranya
  1. Bersihkan ikan aya dan potong.
  2. Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
  3. Air hendaklah melebihi paras ikan.
  4. Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
  5. Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.
Bahan2 kuah:
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 7 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci kunyit hidup * ( * diblend )
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
  • 1 sudu besar rempah kari ikan adabi- Yatie tambah
  • 2/3 cawan santan fresh/pekat
  • 4 cawan air
  • air asam jawa
  • sedikit belacan ~ optional
  • 2 sudu besar gula nisan/gula melaka
  • garam
  • 10 biji cili padi- takyah belah
  • minyak utk menumis
Bahan penumis:
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
  2. Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  3. Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
  4. Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
  5. Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
  7. Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
  8. Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
  9. Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
  10. Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
  11. Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
  12. Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.
* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)


7 comments:

  1. .....nampak enak...
    tapi mamaijat sekeluarga lebih suka makan nasi dagang dgn kari ayam...
    .....anak beranak x berapa nak gemar ikan aya tu....

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnyer... simpan utk k.nor tau :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akak yatie cayang... menyelerakan sungguh tgk gulai ikan tu akak... sedaaapnya...

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak..tapi tak ada rempah tu mcm mana nk buat?guna rempah ikan biasa boleh ke?.:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    hehehe makan reti, buat tak reti. Apa nak jadi le kat saya ni kan kak.

    ReplyDelete
  6. Salam kak Yatie, sukanya gulai tongkol nie,belum pernah saya buat sendiri, asyik order je..aromanya memikat jiwa~~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails